Selasa, 4 Oktober 2011

USER by Zint manga review


Manga review people

Kalau tanya sorang-sorang akan mention nama artis antarabangsa sebagai idola diorang. Yang memberi inspirasi kat korang ni sume antarabangsa belaka. TAPI korang lupa. Artis tempatan pun AWESUMMMMM jugak. Bet ada makhluk2 pesimis yang akan ketawa baca statement aku ni. Siap cakap lagi :

"HAHAHAHAHAHAHA ARTIS MALAYSIA??? APEKEJADAH?? Lagi best layan komik Kubo Tite, Kishimoto Mashashi, Frank Miller bla bla bla bla bla"

Aku mohon kepada para pembaca blog aku yang tak berapa ramai, kalau jumpa makhluk2 sedemikian, adalah wajar sekiranya korang melibas mereka dengan penyapu lidi. Lupa daratan punya manusia. Dia ingat dia lahir katner kalau bukan kat Malaysia?? Walaupun KERA-jaan kat Malaysia ini sangatlah peliknye, tapi patriotiklah sikit. Sayangilah Malaysia dan barangan buatan Malaysia. PAYAH SANGAT KE??? Camner industri nak maju kalau tak ada yang nak support??

Tak salah kalau nak minat artis luar negara tapi support la sikit artis2 tempatan. Ramai yang bagus2 jugak ape?? Contoh tengok la Nutz, Ben, Zint, Nizam Bachok, Tadatada, Oren, Juice dan ramai lagi artis tempatan yang berusaha keras untuk memajukan lagi industri komik Malaysia. Usaha keras diorang akan sia -sia kalau tak ada yang nak support usaha diorang. Malas nak cakap banyak. Masing masing dah besar panjang. Dah la besar panjang lak tu. So mesti la dah pandai berfikir. Ha lu pikir la sendiri

Balek ke manga review, anak anak. Ye hari ini manga yang akan direview oleh saya yang hina ini adalah satu karya anak tempatan, yang pada aku merupakan satu karya antara paling AWESUMMMM skali. Bukan sekali malah berkali kali. Untuk memulakan sidang review saya ingin mengutarakan satu soalan buat para pembaca blog yang setia (eleh berape kerat la sangat yang baca blog ko ni. syok sendiri la ko mat) Soalan ini bernilai 5 juta rupiah. KORANG KENAL TAK ZINT?? Yush bebeh. Memang korang kenal Zint aku tau. Tapi haram die tak kenal angpa pon. Zint ialah antara pelukis komik paling produktif. Kenapa aku cakap camtu?? Sebab tatkala artis artis komik Malaysia struggle with one or two series, Zint manage to run multi-series(C-C-C-COMBO BREAKERRRRR), sometimes 2-3 series at a time. Now THAT'S what we call PRODUCTIVE ladies and gentlemen. Ketika post ini ditulis, Zint sudah berjaya menghabiskan satu siri komiknya yang awesum iaitu USER. Satu benda korang kene tau, walaupun Zint busy ngan kerjanya yang menimbun sebab run multi-series, tapi kualiti lukisan dan penceritaan komik beliau TAK DROP walau sikit pun. OMG ZINT YOU ISH AWESUMMMMMMMM

Ape makan Zint ni?

Komik beliau memang banyak. Dari komik beliau awal2 dulu iaitu 2Dudes ke komik terbaru dan ongoing, Kijiya. Dari aksi User hingga ke genre humor seperti Go Go Cha Cha Street, you name it. Aku memang serius respek kat bro Zint. Kerajinan beliau memang sangat inspiring.

Sekali lagi, balek ke manga review. Komik beliau memang banyak so aku agak pening nak review mana satu sebab semua memang best. Tapi akhirnya aku pilih nak review komik User, yang pada aku memang antara karya terbaik ciptaan beliau. Kenapa bukan Kijiya? Sebab Kijiya masih ongoing, aku tak nak spoil imaginasi korang. Kang aku dok review tetibe jadi spoiler lak. Kan haru??

User mengisahkan seorang remaja, Elan, seorang genius game, menyertai satu game yang digelar digital gladiator. Ok i admit aku tak sempat baca full episod komik ni (salahkan kemiskinan dan kekeringan poket aku untuk mendapatkan Gempak mahupun komik User dari kedai kedai berdekatan anda OTL) tapi walau aku terskip episod, aku tetap mengikuti cerita ni and i have to say, Zint memang seorang expert dalam lukisan komik aksi. SALUTE. Elan berjuang bagi memenangi title dan dalam perkelanaannya untuk mengejar title dia berjumpa dengan Ngu, salah seorang pemain digital gladiator. Ngu ditewaskan dan akhirnya mereka menjadi sahabat. Eh? Apsal aku tulis bahasa baku lak nih?

Mereka bermain bersama (bunyinya agak gay? persetan semua itu) namun malang tidak berbau, shit happens and .......................................................................korang bacalah sendiri!! Aku tak mau spoil korang nye pengalaman membaca. Memang itu je la aku leh bagitau. Ada twist dalam plot dia dan seriously, i never expected that. Bila aku baca aku terus je ber-reaksi macam ni:

"OMFG HOW THE HELL DID THAT HAPPEN???? NUUUUUUUUUUUUUUU~~~~~~~~~~"

roomate aku teruk baling bantal kat aku pasal memekak lam bilik.

Pada aku the strong point dalam komik ni ialah ia penuh aksi, sama macam kebanyakan komik Zint sebelum ni. Tapi dalam kita melayan aksi Elan dok elak-elak, belasah-belasah orang dan mem-PWND-kan pemain-pemain digital gladiators lain, masih terselit unsur humor dan kemasyarakatan di samping sedikit nasihat beguna buat generasi muda seperti kita-kita ni. Pada aku komik USER ini memang berbaloi untuk dibaca. Tak rugi duit poket korang dibelanjakan beli komik ni, serius. Kalau korang masih lom baca komik ni, korang sebenarnya telah terlepas satu dari kenikmatan hidup korang. I MEAN IT.

Err... Bro Zint, nak mintak dua posen duit iklan and promote boleh?

Pepehal sekali lagi aku tekankan, this is just my opinion. Mungkin korang ada pendapat lain mengenai Zint dan komik2 beliau tapi pada aku beliau memang sangat AWESUMMM.

Akhir kata, support la komik2 dan artis2 komik Malaysia.

Dah abes. Nak layan baca Kijiya. kthanxbye

Tiada ulasan:

Catat Ulasan