Memaparkan catatan dengan label sinis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sinis. Papar semua catatan

Khamis, 15 Mac 2012

Thursday Thoughts #5 - Soalan belum terjawab

Kali ni di Thursday Thoughts aku mahu compilekan persoalan di minda aku yang perlu dibersihkan demi menyiapkan assignment aku sebelum aku berangkat ke Bina Insan Guru (BIG) minggu depan. FUCK


Yes, MY MIND IS FULL OF F&%K

Let's do this.

1) Perlu ke fanservice melampau dalam anime dan manga masa kini?

2) Nak naik taraf pasukan bola tempatan? Habis kenapa pasukan negeri 'makan' pasukan kelab?

3) Kenapa ramai sangat dengki ngan pasukan Selangor F.A? Tau la team kuat.

4) Apsal artis pakai tudung nampak rambut? Kat skolah ustaz tak ngajar agama ke?

5) Kenapa ramai manusia paranoid dalam Malaysia ni? Sikit-sikit, ini agenda. Sikit-sikit, propaganda. Dafuq?

6) Kenapa ahli politik bangang sangat? Korang gaduh bukan selesaikan masalah rakyat pun. Meroyan nak berkuasa sangat ke?

7) Apsal aku dah tak berapa interested nak beli DVD mahupun melayan anime/manga? Adekah jiwa AniManga aku sudah mati? TIDAKKKKK

8) Sekali lagi, apsal orang politik sibuk nak pegang bola sepak? Sampai menjunam jatuhnya. Pegi la main golf sana. Pulut ayam tol la. 

9) Yang main online game apsal emo sangat kalau kalah? "Siap kau kalau aku jumpa kau kat luar" - Dafuq? Sebab game kau nak pukul aku? Nampak ketara bangang di situ

10) Betul ke pilihan jalan hidup aku?

11) Ustaz aku pesan kalau bersedekah kena berahsia. Jadi apa jadah sedekah depan TV masuk berita? Ustaz, yang ni kira ke?

12) Malaysia negara sedang maju(belum maju lagi). Tapi apsal ramai sangat manusia mentaliti kelas 3? Bila nak sampai wawasan 2020 kalau manusia camni ramai lagi lam Malaysia ni?

13) Berapa kali nak kena explain baru korang paham bahawa komik, manga, kartun, anime dan seumpamanya adalah universal? Bukan hanya untuk kanak-kanak. Sampai bila aku kena explain baru korang leh paham setannnnnnnn???

14) Apsal kuat sangat semangat kenegerian rakyat Malaysia? Korang ni rakyat Malaysia ke? Apsal nak assabiyah bagai? Nak makan kasut?

15) Bila aku speaking English ramai yang sinis. Apsal? Korang dengki? Tak patriotik abah kau. Patriotisme seseorang itu tidak diukur hanya melalui bahasanya. Salah ke nak memperkasakan bahasa kedua aku? Ada aku pinggirkan bahasa ibunda ke? Sipot la kau ni.

16) Awek pakai sendat tapi marah bila orang tengok. Nak buat camne? Dah kau pakai camtu orang tak tengok macam membazir la pulak. 

17) Pakai tudung tapi pakai ketat nampak lurah bagai. Korang ni memang bangang ke atau terencat sejak lahir?

18) Best ke merempit? Apsal tak daftar race halal je? Cub Prix tu bukan ke arena untuk korang peragakan skil? Bukan atas jalan?

20) Payah ke nak bagi signal kereta bila nak pusing? Ke korang ni lesen bayar(rasuah)?

21) Susah sangat ke sekolah sampai nak ponteng, berenti sekolah bagai? Aku dah masuk kolej ni aku rasa sekolah lagi heaven. 

22) Bila konflik Palestin-Israel nak berakhir? Aku dah penat boikot ni. Lapar McD.

23) Bila aku nak dapat idea yang REAL untuk Thursday Thoughts ni?

23 soalan. ada sesape leh tolong jawabkan untuk aku?

Khamis, 23 Februari 2012

Thursday Thoughts #3 - Delayed

Takde sape-sape pun perasan minggu lepas takde Thursday Thought. Kan?? Kan?? Korang tak perasan kan?? 

Jadi walaupun aku lewat tapi aku tetap rasa aku bertanggungjawab untuk up satu entri Thursday Thought sebab itu yang aku janji kepada para pembaca setia blog ni. Walaupun kena diakui, yang membaca blog ni secara serius hanyalah beberapa kerat

Jadi apa isu kita minggu ini (minggu lepas, in this case)

Takde isu. Just something yang aku baru fikirkan baru-baru ni.

Korang leh bayangkan kad poker? Ace of spade, Ace of heart, King of club etc. adalah sebahagian dari setup kad poker kan? Kalau di Malaysia kad terup la orang panggil. Skang korang imagine lak kad permainan keluarga cam Happy Family, Donkey dan Old Maid. Dah dapat imagine? Nostalgia kan? Bagus...

Skang imagine lak, kalau korang bawak salah satu dari kad ni ke sekolah, which card will cause your teacher to go RAGGGEEEEE? Obviously, dua-dua permainan tapi yang satu lagi takdelah mengakibatkan RAGEEE yang dahsyat sangat kepada para guru.

Of course, kad teruplah yang akan mengakibatkan guru berkerut-kerut dan RAGGGEEE tahap karma ngan korang. Mungkin korang tak pernah kena kot sebab korang sume jenis budak rambut sikat tepi seluar sampai dada. Kehkeh joking, joking don't take it seriously kay?

Aku terfikir, siapa yang tetapkan bahawa kad terup ni 'jahat' dan kad permainan family macam Happy Family ni sebagai 'baik'? Hanya kerana kad terup digunakan dalam perjudian makanya kad ini dilabel sebagai sebahagian dari peralatan judi? Bitch please, there are games that we can play using poker card without having to gamble. Some of them a much more fun than boring old family card games. Kalau kat kampung kitorang ada game dipanggil Gebang. Korang tipu lawan korang dan cuba habiskan kad korang sepantas mungkin. Senang cite sape habis dulu menang la. Game ni siyes syok sebab leh tengok muka poker face masing2 masa nak mengencing member sendiri. Kadang-kadang leh baca yang dia nak Gebang(mungkin bahasa jawa untuk Tipu. sebab aku orang jawa) kita. Memang happening game ni. Tapi takleh main kat sekolah hanya kerana stereotype masyarakat mengatakan kad ini kad judi. What kind of a bullshit is this??

Yang berjudi itu orang bukan kad. Jadi kenapa kad pulak yang menjadi mangsa stereotype?

Apa relation kepada dunia AniManga? Meh aku jelaskan dalam konteks yang sama. Yang menonton hentai etc. tu cuma sebahagian perverted assholes. Kenapa nak stereotypekan kami semua para peminat yang decent?

Seriously i'm getting tired of all this bullcrap. Kita distereotypekan hanya kerana ada bangsat yang buat benda haram ni. 

Berhentilah menilai kami bila anda sendiri tidak memahami passion kami dalam bidang ini. Put yourself in our shoes and see whether you like it when you're being stereotyped. But knowing Malaysians and their ego, i doubt they'll ever do that. They won't even accept our opinion. Just like that scumbag Johorean fans when i said that what their TMJ is doing will affect Malaysian football in a long run. They all went RAGEEEE and start bashing me like some fucked up barbarians. You sick twat.

Yes, i'm a fucking rebel. Memang idea aku kadanag-kadang menongkah arus dan norma masyarakat. But what good will it make by stereotyping a guy like me? 

I'm off. Fikirkanlah elok-elok. You can continue to stereotype us and be a complete ass, or you can embrace the humanity in you and start to treat us equally. 

"I dream of a day where society will no longer stereotype us the AniManga lover". - Usagi9898, February 2012
 Malas nak cakap banyak-banyak. Usagi signing out

Khamis, 16 Februari 2012

Thursday Thoughts #2 - Pendapat


How's it goin, betch?

Thursday thought kali ni membincangkan mengenai penyakit manusia di Malaysia yang semakin parah saban hari. MELATAH

Mula-mula aku nak bagi satu example. Korang pernah dengar lagu Cerita Kedai Kopi? Salah satu part dalam lagu tu bunyinya macam ini :

"Hamba di Belanda di tengah ibu kota
Temanku Salam dreadlocks bawah mahkota
Anak perantauan yang punya citarasa Jamaica
Rindu nak dengar cerita kopi Malaysia
Aku cerita dia ketawa
Tak kering gusi jatuh kerusi
Dia pula bercerita tapi bukan tentang dia atau dia
Di Eropah orang bentang idea
Topik-topik intelektual di diskusi
Anjakan paradigma bila kena kopi
Peace love and harmony reggae sampai pagi
Keluar kedai kopi Amsterdam masih steady"

Malique memang suka buat lagu yang sinis menyindir orang2 Malaysia yang sempit pemikirannya. Orang Malaysia yang berfikiran terbuka memang ada, tapi most of em *facepalm*

And the funny part is that, these typical Malaysians nyanyi lagu ni sampai lebam wa cakap lu!! Kalau diorang faham makna lagu ni, aku konfiden terus terjun lombong tak timbul2 dah. Anyway, korang amati part yang aku bold-kan untuk korang tu.

Dari situ je dah menunjukkan mengapa bangsa di Eropah maju berpuluh tahun ke hadapan berbanding Malaysia yang penuh ngan manusia bermentaliti kelas ketiga. 

Kalau di Eropah, manusia membincangkan mengenai topik-topik yang bermanfaat dan mereka berani mengutarakan pendapat mereka secara terbuka. Lepas tu, perbincangan secara sihat di mana setiap individu yang terlibat dalam diskusi akan memberi pendapat mereka dengan tone yang matang. Malaysia?

Aku bagi pendapat yang agak kontroversi sikit akan ada golongan yang melatah. Aku sure. Camner nak maju?

This can be applied in the world of AniManga. Kalau korang nak duduk kat safe-zone, diam je taknak buat pape, camne dunia AniManga nak maju? Jangan takut untuk menyuarakan pendapat korang kerana dari situ akan bermula perbincangan ke arah pembaikan dunia AniManga. Kalaupun korang kena trash, so what? Yang trash korang tu manusia bermentaliti sempit kelas ketiga. Itu bahasa sopannya. Kalau bahasa kasar aku suka panggil mereka golongan manusia terencat bangang melantun. Pong pang pong pang cerita pasal menyebarkan dakyah AniManga di Malaysia la, mencari approval masyarakat tentang dunia anime la, benci di stereotypekan oleh masyarakat hanya kerana menonton anime la, tapi ape yang diorang buat untuk mengubah semua tu? NOTHING. They've done nothing except bashing the people who points out their views. What utter morons. Macam mana kita nak maju??

Golongan camni la yang Tun Dr. Mahathir tak suka. Pemikiran sempit. Ni satu lagi lagu untuk korang dari MALIQUE jugak untuk dijadikan iktibar:

"Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak"

Katak tu adalah korang yang berfikiran sempit.

Jadi sebelum korang melatah tak tentu hala bila ditegur dan bila seseorang mengutarakan pendapat mereka, nasihat aku korang istighfar banyak2, gi amek wuduk, tenangkan diri, pastu fikir sejenak. Cari rasional di sebalik point yang diutarakan. Kalau korang tak setuju sekalipun, you won't get anything by bashing the person. Apa kata kalau bincangkan dalam tone lebih matang, kan lagi elok? Takdelah korang senang2 kena cop bangang nanti. 

Aku berkali-kali dihentam hanya kerana pendapat aku berlainan dengan korang. Jadi Thursday Thought kali ni, i hope to make things clear. Aku nak Malaysia open their eyes, open up their mind, cuba berfikir out of the box, supaya industri AniManga yang kita cintai ni maju seiring dengan negara lain. Kata nak jadi sehebat Jepun dalam bidang ni? Ataupun itu cuma ungkapan angan mat jenin saja?

Memang aku agak radikal dalam menyuarakan pendapat aku di sini. Tapi kalau aku tak buat camni no one will give a shit about this. 

Yes peeps, if you're not radical, nobody gives a flying fuck about what you think.

Adekah korang nak kekal duduk di bawah tempurung korang? 

Jumaat, 10 Februari 2012

Minggu yang tenang

Ha... Abam memang tenang skang ni. Dah lama abam tak rasa setenang ni.

Takde lagi awek Maxis kejar abam sebab tak bayar bil...

Takde lagi orang buku kejar pasal hutang buku...

And on top of that, kehadiran dua insan kedalam hidup abam menceriakan lagi suasana.

Dipersilakan, Encik Tablet Genius dan Glove Uhlsport!!

Encik Tablet bakal membantu abam di bidang lukisan dan encik Glove Uhlsport pula bakal membantu abam di atas padang di samping melihatkan abam sebagai penjaga gol yang kacak lagi hensem

Silakan jeles sekarang

Sape tak jeles dia baca Metro! End of conversation

Rabu, 8 Februari 2012

Ucapan revolusi oleh Abang Anime

Orang tanya - kenapa penulis blog ni sinis sangat? Beberapa penulis suka sangat berkasar dalam mengutarakan pendapat. Mohon pencerahan dalam isu ini

Bagi menjawab persoalan ini, abam bagi jawapan ringkas:

"Sebab kitorang dictator"

Dictator tak berlembut kalau tak rakyat pijak kepala faham? Ini adalah kerajaan untuk pemimpin bukan untuk rakyat. 

Lagipun, the only way to pierce the thick, typical mindset of a Malaysians is to be cynical. Kepala korang masing-masing tebal 8 inci setiap satu. Kalau abam tak sinis, korang ingat boleh sampai mesej abam?

Kalau tak boleh cerna perkataan kami yang mengguris, jangan baca. Kami perlu jadi seperti ini sebab objektif kami bukan sekadar menulis, tapi mengubah mentaliti masyarakat.

Akan tiba satu hari di mana masyarakat akan mula menerima kita ke dalam komuniti mereka. Tapi kita dan mereka perlu berubah untuk menyempurnakan diri masing-masing.

Ayat di atas adalah lahir dari hati sanubari abam yang mencintai anime. Kalau korang mencintai anime juga, jangan jadi katak bawah tempurung dan mula bekerja untuk perubahan

Orang laungkan revolusi. Tapi abam kerjakan revolusi

Semoga satu hari nanti suara abam sampai kepada mereka.

Jadi supportlah perjuangan kami!

Yang masih takleh terima, bontot korang itam. Kbai