Memaparkan catatan dengan label Thursday Thoughts. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Thursday Thoughts. Papar semua catatan

Khamis, 15 Mac 2012

Thursday Thoughts #5 - Soalan belum terjawab

Kali ni di Thursday Thoughts aku mahu compilekan persoalan di minda aku yang perlu dibersihkan demi menyiapkan assignment aku sebelum aku berangkat ke Bina Insan Guru (BIG) minggu depan. FUCK


Yes, MY MIND IS FULL OF F&%K

Let's do this.

1) Perlu ke fanservice melampau dalam anime dan manga masa kini?

2) Nak naik taraf pasukan bola tempatan? Habis kenapa pasukan negeri 'makan' pasukan kelab?

3) Kenapa ramai sangat dengki ngan pasukan Selangor F.A? Tau la team kuat.

4) Apsal artis pakai tudung nampak rambut? Kat skolah ustaz tak ngajar agama ke?

5) Kenapa ramai manusia paranoid dalam Malaysia ni? Sikit-sikit, ini agenda. Sikit-sikit, propaganda. Dafuq?

6) Kenapa ahli politik bangang sangat? Korang gaduh bukan selesaikan masalah rakyat pun. Meroyan nak berkuasa sangat ke?

7) Apsal aku dah tak berapa interested nak beli DVD mahupun melayan anime/manga? Adekah jiwa AniManga aku sudah mati? TIDAKKKKK

8) Sekali lagi, apsal orang politik sibuk nak pegang bola sepak? Sampai menjunam jatuhnya. Pegi la main golf sana. Pulut ayam tol la. 

9) Yang main online game apsal emo sangat kalau kalah? "Siap kau kalau aku jumpa kau kat luar" - Dafuq? Sebab game kau nak pukul aku? Nampak ketara bangang di situ

10) Betul ke pilihan jalan hidup aku?

11) Ustaz aku pesan kalau bersedekah kena berahsia. Jadi apa jadah sedekah depan TV masuk berita? Ustaz, yang ni kira ke?

12) Malaysia negara sedang maju(belum maju lagi). Tapi apsal ramai sangat manusia mentaliti kelas 3? Bila nak sampai wawasan 2020 kalau manusia camni ramai lagi lam Malaysia ni?

13) Berapa kali nak kena explain baru korang paham bahawa komik, manga, kartun, anime dan seumpamanya adalah universal? Bukan hanya untuk kanak-kanak. Sampai bila aku kena explain baru korang leh paham setannnnnnnn???

14) Apsal kuat sangat semangat kenegerian rakyat Malaysia? Korang ni rakyat Malaysia ke? Apsal nak assabiyah bagai? Nak makan kasut?

15) Bila aku speaking English ramai yang sinis. Apsal? Korang dengki? Tak patriotik abah kau. Patriotisme seseorang itu tidak diukur hanya melalui bahasanya. Salah ke nak memperkasakan bahasa kedua aku? Ada aku pinggirkan bahasa ibunda ke? Sipot la kau ni.

16) Awek pakai sendat tapi marah bila orang tengok. Nak buat camne? Dah kau pakai camtu orang tak tengok macam membazir la pulak. 

17) Pakai tudung tapi pakai ketat nampak lurah bagai. Korang ni memang bangang ke atau terencat sejak lahir?

18) Best ke merempit? Apsal tak daftar race halal je? Cub Prix tu bukan ke arena untuk korang peragakan skil? Bukan atas jalan?

20) Payah ke nak bagi signal kereta bila nak pusing? Ke korang ni lesen bayar(rasuah)?

21) Susah sangat ke sekolah sampai nak ponteng, berenti sekolah bagai? Aku dah masuk kolej ni aku rasa sekolah lagi heaven. 

22) Bila konflik Palestin-Israel nak berakhir? Aku dah penat boikot ni. Lapar McD.

23) Bila aku nak dapat idea yang REAL untuk Thursday Thoughts ni?

23 soalan. ada sesape leh tolong jawabkan untuk aku?

Khamis, 8 Mac 2012

Thursday Thoughts #4 : Another Delayed Entry

Yelah, yelah aku cuba nak rajin la ni

Wassup peeps. Sori aku tak update blog ni. Bukan aku taknak but the thing is aku sedang menyiapkan satu projek besar akhir tahun yang gempak. Untuk lebih info leh rujuk di Facebook Mangaka Community, satu event besar pertama kali dalam sejarah penubuhan kami sedang giat dirancang. Jadi di kesempatan ini aku nak iklankan jugalah kepada korang. Projek kami ialah untuk membuka sebuah booth atau gerai di Comic Fiesta hujung tahun ini. Ye, aku sibuk sangat dengan SBE dan jugak natang projek ni sampai terabai blog ni. Thursday Thoughts pun tak update. Pulut kan??

Jadi kalau nak tau lebih lanjut silakan melawat group page kami okeh?

Berbalik kepada isu asal. Apakah topik Thursday Thoughts hari ini? Hurmm. Jujur aku cakap aku memang takde idea pun nak discuss isu apa. Sori kepada yang selalu buka blog ni menantikan nukilan aku (eleh, macam la ade orang baca blog bersawang ni) Ada yang menanti sebenarnya. Aku menulis ni pun setelah ada yang menegur di Fb page yang berbunyi:
"perasan tak Thursday Thoughts minggu ni takde lagi?"
Oh sungguh aku tak sangka ada orang yang  membaca nukilan sampah ini. Tersentuh jiwa ragaku. 

Siyes aku tak sangka ada yang membaca. Aku rasa entri aku untuk Thursday Thoughts ni tak la padu mana. Padu lagi entri aku yang bertajuk Ikut Berfikir. One of my best entry thus far. Tapi pepehal, thanx for the supprt guys. Appreciate it.

Jadi untuk tidak menghampakan korang, aku cuba update Thursday Thoughts berbekalkan internet pelan rupa siput sedut dan keteguhan diri aku dibantu oleh secawan nescafe 3 in 1 pada pukul 2:30 pagi hari Ahad. Nama Thursday Thoughts update hari Ahad. Nampak bangangnya di situ.

Untuk kali ini aku nak bincang mengenai something yang biasa-biasa je. Sejarah. Yes topik boring. Silakanlah klik button pangkah dan pergi tidur mimpi pedobear mekaseh. 

Yes, sejarah. Aku ada terfikir, macam mana kita nak tahu sesebuah sejarah itu benar? Sejarah adalah kronologi atau timeline (bukan timeline Facebook ye. Aku cepuk ko kang berterabur gigi) mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku kepada seseorang atau sesebuah tamadun. At least that's how i define it. Tapi persoalannya di sini siapa yang menetapkan sejarah yang kita baca dalam buku-buku teks sebagai sesuatu yang benar? 

Dan sejauh manakah kebenaran sejarah yang ditunjukkan di dalam buku teks yang kita baca? Jangan kasi pening, aku beri contoh. Bayangkanlah andai kata aku boleh merubah masa. Aku ubahkan sejarah WW2. AXIS(German nazi, Japan, Italy etc) menang menundukkan Allied(U.S.A, Poland, British, Russia etc.). Korang leh bayangkan tak agaknya macam mana rupa buku teks kita? Bagaimana lak dengan isinya?

Isi buku teks itu akan berkisar mengenai kejayaan demi kejayaan AXIS dalam perang. Juga ditunjukkan wira-wira perang dan tokoh-tokoh ketika itu yang pastinya bukan dari Allied. Hitler akan disanjung, Jepun akan dianggap wira Asia, general perang dari Allied akan dianggap sebagai bajingan keparat penjenayah perang dan akan menghadapi hukuman gantung sampai mati. 

Yes, sejarah akan berubah. "Kebenaran" juga akan berubah andai AXIS yang menang dalam WW2. Senang cerita sejarah ni ditulis oleh pihak yang "menang". Yang kalah, no one gives a shit about their story. Nobody wants to listen to the story of the losing side. They believed in the words of the side that won. That's history. 

Sebab AXIS kalah, cerita Holocaust menjadi intipati utama bila nak menyalahkan the Nazis. Tapi korang pernah tak terfikir kemungkinan pihak Allied juga pernah melakukan kekejaman? Mungkin tak seteruk Holocaust tapi masih berkemungkinan kan? Kalau pihak AXIS menang perang agaknya apa cerita buruk mengenai Allied yang akan dijadikan isi buku teks kita? Cerita perang semua menunjukkan Allied sebagai penyelamat umat manusia? Itu sebab diorang menang perang. Kalau kalah? AXIS akan jadi penyelamat umat manusia dari kapitalisme keparat Amerika, itulah isi cerita yang akan jadi laris macam goreng pisang panas. 

Apa yang aku cuba sampaikan? Well, aku pun tak tau sebenarnya. Mungkin korang leh tolong cedokkan untuk aku apa mesej sebenar dalam entri kali ni? Niat aku cuma berkongsi apa yang aku fikir. That's the main puspose of this segment. To share my thoughts. That's why it's called Thursday Thoughts.

Jadi apa pendapat korang. Adakah selama ini kita disajikan dengan sejarah yang benar, atau sekadar propaganda?

Paranoid? Maybe...

Khamis, 23 Februari 2012

Thursday Thoughts #3 - Delayed

Takde sape-sape pun perasan minggu lepas takde Thursday Thought. Kan?? Kan?? Korang tak perasan kan?? 

Jadi walaupun aku lewat tapi aku tetap rasa aku bertanggungjawab untuk up satu entri Thursday Thought sebab itu yang aku janji kepada para pembaca setia blog ni. Walaupun kena diakui, yang membaca blog ni secara serius hanyalah beberapa kerat

Jadi apa isu kita minggu ini (minggu lepas, in this case)

Takde isu. Just something yang aku baru fikirkan baru-baru ni.

Korang leh bayangkan kad poker? Ace of spade, Ace of heart, King of club etc. adalah sebahagian dari setup kad poker kan? Kalau di Malaysia kad terup la orang panggil. Skang korang imagine lak kad permainan keluarga cam Happy Family, Donkey dan Old Maid. Dah dapat imagine? Nostalgia kan? Bagus...

Skang imagine lak, kalau korang bawak salah satu dari kad ni ke sekolah, which card will cause your teacher to go RAGGGEEEEE? Obviously, dua-dua permainan tapi yang satu lagi takdelah mengakibatkan RAGEEE yang dahsyat sangat kepada para guru.

Of course, kad teruplah yang akan mengakibatkan guru berkerut-kerut dan RAGGGEEE tahap karma ngan korang. Mungkin korang tak pernah kena kot sebab korang sume jenis budak rambut sikat tepi seluar sampai dada. Kehkeh joking, joking don't take it seriously kay?

Aku terfikir, siapa yang tetapkan bahawa kad terup ni 'jahat' dan kad permainan family macam Happy Family ni sebagai 'baik'? Hanya kerana kad terup digunakan dalam perjudian makanya kad ini dilabel sebagai sebahagian dari peralatan judi? Bitch please, there are games that we can play using poker card without having to gamble. Some of them a much more fun than boring old family card games. Kalau kat kampung kitorang ada game dipanggil Gebang. Korang tipu lawan korang dan cuba habiskan kad korang sepantas mungkin. Senang cite sape habis dulu menang la. Game ni siyes syok sebab leh tengok muka poker face masing2 masa nak mengencing member sendiri. Kadang-kadang leh baca yang dia nak Gebang(mungkin bahasa jawa untuk Tipu. sebab aku orang jawa) kita. Memang happening game ni. Tapi takleh main kat sekolah hanya kerana stereotype masyarakat mengatakan kad ini kad judi. What kind of a bullshit is this??

Yang berjudi itu orang bukan kad. Jadi kenapa kad pulak yang menjadi mangsa stereotype?

Apa relation kepada dunia AniManga? Meh aku jelaskan dalam konteks yang sama. Yang menonton hentai etc. tu cuma sebahagian perverted assholes. Kenapa nak stereotypekan kami semua para peminat yang decent?

Seriously i'm getting tired of all this bullcrap. Kita distereotypekan hanya kerana ada bangsat yang buat benda haram ni. 

Berhentilah menilai kami bila anda sendiri tidak memahami passion kami dalam bidang ini. Put yourself in our shoes and see whether you like it when you're being stereotyped. But knowing Malaysians and their ego, i doubt they'll ever do that. They won't even accept our opinion. Just like that scumbag Johorean fans when i said that what their TMJ is doing will affect Malaysian football in a long run. They all went RAGEEEE and start bashing me like some fucked up barbarians. You sick twat.

Yes, i'm a fucking rebel. Memang idea aku kadanag-kadang menongkah arus dan norma masyarakat. But what good will it make by stereotyping a guy like me? 

I'm off. Fikirkanlah elok-elok. You can continue to stereotype us and be a complete ass, or you can embrace the humanity in you and start to treat us equally. 

"I dream of a day where society will no longer stereotype us the AniManga lover". - Usagi9898, February 2012
 Malas nak cakap banyak-banyak. Usagi signing out

Khamis, 16 Februari 2012

Thursday Thoughts #2 - Pendapat


How's it goin, betch?

Thursday thought kali ni membincangkan mengenai penyakit manusia di Malaysia yang semakin parah saban hari. MELATAH

Mula-mula aku nak bagi satu example. Korang pernah dengar lagu Cerita Kedai Kopi? Salah satu part dalam lagu tu bunyinya macam ini :

"Hamba di Belanda di tengah ibu kota
Temanku Salam dreadlocks bawah mahkota
Anak perantauan yang punya citarasa Jamaica
Rindu nak dengar cerita kopi Malaysia
Aku cerita dia ketawa
Tak kering gusi jatuh kerusi
Dia pula bercerita tapi bukan tentang dia atau dia
Di Eropah orang bentang idea
Topik-topik intelektual di diskusi
Anjakan paradigma bila kena kopi
Peace love and harmony reggae sampai pagi
Keluar kedai kopi Amsterdam masih steady"

Malique memang suka buat lagu yang sinis menyindir orang2 Malaysia yang sempit pemikirannya. Orang Malaysia yang berfikiran terbuka memang ada, tapi most of em *facepalm*

And the funny part is that, these typical Malaysians nyanyi lagu ni sampai lebam wa cakap lu!! Kalau diorang faham makna lagu ni, aku konfiden terus terjun lombong tak timbul2 dah. Anyway, korang amati part yang aku bold-kan untuk korang tu.

Dari situ je dah menunjukkan mengapa bangsa di Eropah maju berpuluh tahun ke hadapan berbanding Malaysia yang penuh ngan manusia bermentaliti kelas ketiga. 

Kalau di Eropah, manusia membincangkan mengenai topik-topik yang bermanfaat dan mereka berani mengutarakan pendapat mereka secara terbuka. Lepas tu, perbincangan secara sihat di mana setiap individu yang terlibat dalam diskusi akan memberi pendapat mereka dengan tone yang matang. Malaysia?

Aku bagi pendapat yang agak kontroversi sikit akan ada golongan yang melatah. Aku sure. Camner nak maju?

This can be applied in the world of AniManga. Kalau korang nak duduk kat safe-zone, diam je taknak buat pape, camne dunia AniManga nak maju? Jangan takut untuk menyuarakan pendapat korang kerana dari situ akan bermula perbincangan ke arah pembaikan dunia AniManga. Kalaupun korang kena trash, so what? Yang trash korang tu manusia bermentaliti sempit kelas ketiga. Itu bahasa sopannya. Kalau bahasa kasar aku suka panggil mereka golongan manusia terencat bangang melantun. Pong pang pong pang cerita pasal menyebarkan dakyah AniManga di Malaysia la, mencari approval masyarakat tentang dunia anime la, benci di stereotypekan oleh masyarakat hanya kerana menonton anime la, tapi ape yang diorang buat untuk mengubah semua tu? NOTHING. They've done nothing except bashing the people who points out their views. What utter morons. Macam mana kita nak maju??

Golongan camni la yang Tun Dr. Mahathir tak suka. Pemikiran sempit. Ni satu lagi lagu untuk korang dari MALIQUE jugak untuk dijadikan iktibar:

"Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak"

Katak tu adalah korang yang berfikiran sempit.

Jadi sebelum korang melatah tak tentu hala bila ditegur dan bila seseorang mengutarakan pendapat mereka, nasihat aku korang istighfar banyak2, gi amek wuduk, tenangkan diri, pastu fikir sejenak. Cari rasional di sebalik point yang diutarakan. Kalau korang tak setuju sekalipun, you won't get anything by bashing the person. Apa kata kalau bincangkan dalam tone lebih matang, kan lagi elok? Takdelah korang senang2 kena cop bangang nanti. 

Aku berkali-kali dihentam hanya kerana pendapat aku berlainan dengan korang. Jadi Thursday Thought kali ni, i hope to make things clear. Aku nak Malaysia open their eyes, open up their mind, cuba berfikir out of the box, supaya industri AniManga yang kita cintai ni maju seiring dengan negara lain. Kata nak jadi sehebat Jepun dalam bidang ni? Ataupun itu cuma ungkapan angan mat jenin saja?

Memang aku agak radikal dalam menyuarakan pendapat aku di sini. Tapi kalau aku tak buat camni no one will give a shit about this. 

Yes peeps, if you're not radical, nobody gives a flying fuck about what you think.

Adekah korang nak kekal duduk di bawah tempurung korang? 

Khamis, 2 Februari 2012

Thursday Thoughts #1

I'm back betch

Thursday Thought ialah segmen baru dalam blog ni. Thursday Thoughts akan diupdate setiap hari Khamis, setiap 2 minggu. So next week takde Thursday Thoughts. But a week after akan update satu artikel. Dikendalikan oleh aku sendiri, The Great Pedosagi, segmen ini is mainly about my thoughts and opinion about some issues in the AniManga world. Jadi sila baca elok2. Ini ialah PENDAPAT aku sahaja. Kalau korang bash aku kerana mengutarakan pendapat aku mengenai certain issue, aku akan assume korang sebagai manusia bermentaliti kelas ketiga, berfikiran sempit dan bangang melantun tahap 20. Pendapat itu dikongsi untuk dibincangkan. Kalau baru bagi pendapat dah kene trash memang sah korang bangang.

Untuk memulakan segmen ni aku takmoh la bincang benda berat2. Aku rasa sesuatu yang cheesy dan isu yang agak lama boleh aku gunakan untuk kickstart this new segment. Jadi aku mau bincang mengenai FANSERVICE

That's right folks. FANSERVICE. We love them. I mean, sape yang tak suka fanservice? Golongan tak sihat tanpa nafsu je yang tak teruja tengok fanservice. Jadilah decent camner pon, korang kene akui behind your decent attitude, there's a beast within.

Tapi aku bukan nak bincangkan mengenai sama ada korang gemar atau tidak fanservice ini. What boggles my mind is that whether it is normal, or is it necessary to put as much fanservice in one single anime or manga? PERLU KE?


THIS

Tak perlu aku cakap, korang sendiri pon perasan kan?? Kalau sesebuah anime moden takde fanservice memang tak sah. Kalau yang genre biasa2 dah ade hardcore ecchi, korang bayangkanlah cerita bergenre Harem, Ecchi, Yaoi dan yang sama erti dengannya?? Lagilah banyak. Silap haribulan, boleh juling mata tengok objek terlebih lantun di kaca TV


WARNING: LATUNAN MAUT MAMPU MENJULINGKAN MATA ANDA

Bukanlah nak kata old anime takde ecchi. Ade tu memang ada. Love Hina, Midori no Hibi dan yang sama waktu dengannya pun ada unsur hardcore ecchi gak. Tapi berpada-pada la. Kalaupun ko nak mengetengahkan cerita macam tu, make sure la jalan cerita ko best. Kalau cerita ko berterabur dan hanya mengharapkan ecchi serta fanservice sahaja untuk menarik viewers, you're better off drawing a hentai manga goddamit!!

Kami(baca sebagai aku) peminat anime tak kisah kalau ada fanservice dalam anime kegemaran aku. Dalam anime favourite aku, Tengen Toppa Gurren Lagann, Yoko pakai tak cukup kain aku ok je. Jadi kenapa aku tak kondem TTGL? Sebab walaupun Yoko memang seksi dan berkali-keli menjulingkan mata aku dengan pakaian dia yang mencucuk mata, TTGL tetap memiliki kualiti penceritaan yang bagus. Kalau cerita ko bagus, aku tak kisah pun. Tapi majoriti(bukan semua) cerita anime sekarang tak memiliki kualiti cerita yang bagus. Camner nak layan?


Panty shot. PERVS, FEAST YOU EYES

Kalau aku nak tengok fanservice sahaja, baik aku tatap gambar bogel Yoko di depan skrin. Tapi aku tak buat. KENAPA?? Sebab aku nak layan CERITA bukan FANSERVICE. Mungkin sekali sekala tu boleh la, tapi haramjadah pe kalau setiap episod ada benda tu?

Aku perhatikan ini sudah menjadi satu trend. Fanservice sekarang sudah boleh jadi modal utama sesebuah manga atau anime. Aku malas nak list senarai anime atau manga yang mengutamakan fanservice sebab nanti ramai yang melatah. Lu pikir la sendiri.

In the end, this will just end up as another rant coz nobody will give a shit about a random blogger who start this blog for fun. Takde sape kisah tapi ade aku kisah? Sekurang-kurangnya sambil aku bercerita ni mungkin ada yang sependapat dengan aku kan? Dan dari situ kami leh berbincang dengan lebih mendalam mengenai perkara ni. Atau kalau ada yang tak setuju, kita leh berbincang secara matang. This way kita leh mengembangkan lagi pengaruh AniManga.

That's the main purpose of this segment. Jadi meh kita discuss. You, do you like em? I mean, too much fanservice. You think it's good for the industry?

Jom bincangkan