Isnin, 10 Oktober 2011

Anime Review - Giant Killing

It's Anime review time!!

Post ini dibawakan khas untuk anda dari Aku Pencinta Anime

Ok kali ni kita akan review sebuah anime yang awesome. Betul ni. Serius. Lagi pulak kalau korang ni jenis peminat bola sepak macam aku. Just so you know, aku adalah peminat fanatik Barcelona. VIVA BARCELONA!!! Ha? Ape? Men Yu?? Kelab ape tu?? Diorang main sukan ape? Ping Pong??

Wakaka saje nak kacau hati dan perasaan peminat Man U. Bukan selalu dapat peluang kacau peminat setan merah kan? Lagi lak sejak diorang kalah kat final UCL ngan Barca baru-baru ni. Pastu yang latest aku dengar diorang seri lak ngan FC Basel. banyakkan sabar ye?? Huahuahua

Ok sebelum aku lari topik baik aku teruskan dengan review aku.

Anime kali ini diberi nama Giant Killing

Mari membunuh raksaksa!!

Pasukan East Tokyo United(ETU) berada dalam masalah besar. Kejatuhan mendadak pasukan East Tokyo United memaksa pihak pengurusan memecat ramai pengurus yang gagal menaikkan semula kelab ke zaman kegemilangan mereka. Akhirnya lembaga pengurusan kelab melakukan sesuatu yang tidak masuk akal. Mereka memanggil semula individu yang bertanggungjawab keatas kejatuhan pasukan East Tokyo United iaitu Tatsumi Takeshi. Beliau adalah seorang pengurus dan dahulunya adalah bekas pemain ETU, dan kelab itu jatuh selepas Tatsumi memilih untuk meninggalkan kelab bagi mengejar kemahsyuran bermain di liga lebih berprestij. Bila jadi macam tu, peminat pun panas la. Ade ke patut si pengkhianat dipanggil mengetuai pasukan kesayangan mereka? Maka keputusan lembaga pengarah untuk memanggil semula Tatsumi menjadi sangat kontroversi. Namun ada sebab di sebalik keputusan untuk memanggil Tatsumi bagi mengisi kerui panas ETU.

Tatsumi, selepas bersara dari arena bola sepak memilih Eastham United, sebuah pasukan amatur liga England untuk diuruskan. Di sinilah Tatsumi melakar sejarah, apabila kelab Eastham United berjaya mara ke 36 pasukan terakhir piala FA England, sesuatu yang dianggap agak mustahil bagi sebuah pasukan amatur. Mereka hanya tewas tipis 3-2 kepada pasukan Liga Premier England iaitu Portsmouth. Namun pencapaian ini sudah cukup untuk dijadikan bukti betapa Tatsumi adalah individu yang mampu mengembalikan kegemilangan ETU di kancah bola sepak JLeague.


UNITED WE STAND, FLY OUR FLAG!! Inilah bendera ETU

Begitulah sinopsis cerita ini. Mesti korang ingat Tatsumi berjaya mengubah ETU menjadi pasukan ternama kan? SALAH. AKU TAMPAR KAU LAJU-LAJU. Sehinggalah ke pertengahan episod, para penonton akan tertanya tanya "bila la makhluk Tatsumi ni nak menang? jaga kelab pun sambil lewa je. pastu banyak main lak tu..." Ya, memang Tatsumi gemar mempermainkan hati, jantung, limpa mahupun peparu dan perasaan pemain, musuh serta para penonton anime ini. Dia suka menang di kala orang tak sangka mereka boleh menang. Di satu ketika, korang akan dapat melihat satu aksi Giant Killing sebenar apabila ETU menumpaskan pasukan yang pada aku memang kuat tahap karma. Tatsumi memang otak geliga macam batu cincin. Tapi korang kene sabar la. Cerita ni bukan jenis keluar hero terus menang. Plot die berkembang steady je, tak terlalu pantas dan tak terlalu lambat berkembang.

Satu yang aku suka mengenai anime ni berbanding anime bola sepak yang lain, anime ni sangat realistik. Tak ada kuasa hebat cam Eyeshield 21 mahupun Inazuma Elezen hatta Captain Tsubasa sekalipun. Segala taktik dan kebolehan pemain dalam anime ini sangat realistik. Even pergerakan pemain pun ditunjukkan dengan teliti. Memang aku minat tengok cerita ni sebab rasa macam tengah menonton perlawanan live dalam TV. SYOK SIALLLLLLLL!!!

Tatsumi Takeshi ialah idola saya - Dato' K. Rajagopal

So kalau korang nak mencari sesuatu yang real, menghiburkan dan obviously kepada peminat sukan bola sepak, kalau tak tengok cerita ni memang macam tak lengkap la hidup korang. Jangan mengaku minat Men Yu kalau tak tengok cerita ni. Ape kene mengena? Aku peduli ape? Blog aku, aku punya suka la nak tulis aturan camne pon.

Okeh dah abes post aku kat sini. Nak layan cite Whistle lak. kalau menepati piawaian aku mungkin akan review pulak anime ni. Eh? Tapi aku rasa cam nak review manga tempatan yang satu tu? Hurm... Tengok la camne. Kalau aku ada mood aku tulis. Walaupun aku tau in the end, buat bazir je pasal takde yang baca pon

Peace out niggas

P/S : Giant Killing merujuk kepada istilah digunakan dalam bola sepak apabila kelab kerdil menewaskan kelab gergasi contohnya Wolverhampton Wanderers menewaskan Manchester United, Bimirgham City menewaskan Arsenal, Stoke City menewaskan Liverpool atau Hercules menewaskan Barcelona. Simbolik Giant Killing banyak berlaku dalam piala FA dengan pasukan seperti Scunthorpe, Charlton, Sunderland dan banyak lagi pasukan kerdil pernah melakar sejarah Giant Killing ketika kejohanan piala FA England.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan