Khamis, 13 Oktober 2011

Kartun dan Anime - Similarity and Difference?

Terima kasih group MAWA kerana sekali lagi membantu sel sel otak aku berkembang dengan memberi ilham untuk aku menulis satu entri dalam blog aku. Aku rasa ini dah entri ke 4 kot minggu ni. Tak pernah aku tulis sampai 4 entri seminggu. Korang memang best!!

Kali ni aku cuba mengulas isu yang dibangkitkan oleh beberapa orang ahli MAWA. Isu kali ini adalah Kartun dan Anime - Ape beza? Cer cite, cer cite!!

Aku terangkan sedikit yang aku faham dari pengalaman aku selama beberapa tahun berkecimpung dalam hobi ni.

Nada entri sedikit serius? Memang pn. Sebab aku memang tengah SERIUS.

Dari satu sudut, kartun ialah segala jenis medium lukisan berbentuk penceritaan dalam bentuk animasi dan selalunya ditujukan kepada kanak-kanak. Tapi tak bermakna tak ada kartun untuk orang dewasa. Kartun yang popular seperti Mickey Mouse, Looney Tunes dan semua yang sama waktu dengannya memang ditujukan khas untuk kanak-kanak TAPI kadangkala ia juga boleh ditujukan kepada golongan dewasa. Contoh kartun dewasa seperti Futurama, Family Guy dan banyak lagi adalah antara jenis kartun dewasa yang menghiburkan. So sape kata kartun untuk budak-budak??

Anime pulak adalah CABANG kartun. Aku tau ada yang tak mau mengaku Anime tergolong dalam kategori kartun but THAT IS THE FACT MAN. Even nama Anime dicedok dari perkataan ANIMASI atau ANIMATION. Apa bezanya? Berbeza dari animasi asal, anime lebih mensasarkan golongan remaja dan dewasa berbanding kanak-kanak. Biarpun di awal usia Anime sebenarnya juga ditujukan buat golongan kanak-kanak sahaja namun trend moden mensasarkan golongan dewasa dan lebih terbuka. Tapi teknik lukisan Anime lebih rigid, iaitu sedikit berbeza dari teknik lukisan kartun yang normal. Bila aku kata rigid, kita boleh katakan ada persamaan dalam setiap lukisan anime dan kurang perbezaan. Contohnya kita boleh lihat mata watak anime selalunya dilukis dengan besar, dan ia menjadi satu trademark lukisan teknik anime. Dari teknik lukisan anime ini juga ada banyak pecahan teknik lukisan seperti Shoujo, Shonen, Seinen dan banyak lagi. Senang cerita walaupun sedikit berbeza, Anime tetap sebahagian dari pecahan Kartun.

Jadi kenapa dibezakan? Yang ini kita perlu korek lebih dalam lagi. Aku pun masih mencari jawapannya. Tapi yang aku ingin tekankan di sini, tak kiralah apa pun korang gelar benda ni, Anime ke, Kartun ke, Japanime ke, Animation ke, atau ape pun korang nak panggil, just remember to respect each others hobby. Apa kita dapat bila kita label orang yang meminati anime sebagai kanak-kanak? Kita hanya akan menimbulkan SENTIMEN, KEBENCIAN dan KONFLIK antara sesama kita. Adakah itu yang kita mahu? Dan adakah adil mengadili mereka hanya atas sesuatu seperti hobi mereka? TIDAK ADIL SAMA SEKALI.

Jadi sekali lagi aku katakan, ini semua adalah stereotype masyarakat. Kalau tak faham stereotype tu apa, pegi dok belek entri aku yang lama dulu. Aku rasa dalam minggu ni jugak aku post entri tu. Tapi masih ada yang belum faham lagi. Selagi stereotype ini wujud, akan wujud rasa tidak puas hati dan rasa tidak diadili dalam diri mereka yang terlibat.

Jangan salahkan mereka kerana minat mereka. Mereka juga manusia bukan?

Ini adalah post yang serius. Selepas ini baru aku buat lawak balik. Sori kalau bunyinya boring.

Sekian, penulisan malas dari aku. Harap korang faham. Tapi ini just pendapat. Andai bercanggah dengan pendapat korang, utarakan dengan tone yang matang

Nak pergi taklimat pengadilan. Bye

2 ulasan:

  1. region/language play role too. those marvel comic's animation is called 'cartoon',not anime rite? while in japan,i think even doremon,shinchan,n others kids-oriented animation is called an 'anime'.

    BalasPadam
  2. @Tsuyoshi wow didn't expect people to drop a comment on an old post LOL. but yeah region also plays a role.

    BalasPadam