Selasa, 11 Oktober 2011

Stereotype - Part 2


Apa neraka? (What the hell?) itulah reaksi aku tatkala stereotyping masih berleluasa ketika ini...

Topik ni lagi?

Dah jangan merungut. Aku care pasal dunia AniManga pasal tu aku post benda ni lagi. Kalau rasa bosan, dipersilakan tekan ALT+F4 dan layarilah laman lain yang korang rasa lagi bermanfaat. Disclaimer ini dibawakan khas untuk anda dari penaja bersama Aku Pencinta Anime, Mr. Pedobear.

Itu hari aku ada post pasal stereotype dalam blog ni. Adalah yang memberi sambutan agak galak buat post tu. Korang time post hangat camtu je baru nak like. Cheeky bastard. Baiklah kali ni post aku pun akan berkisar mengenai benda yang sama, cuma ada certain thing yang berlainan akan ditekankan di sini. Kalau dah nama ditekankan, dah tentu la penting. Jangan nak buat muka pelik, makan terompah ko kang.

Kalau korang respon baik aku belanja gula gula udang.

First of all, ada yang bertanya - "Stereotype tu apa?". Bagus soalan yang sangat bagus. Bertanya itu sesuatu yang sangat baik untuk kesihatan manusia. Kalau tak bertanya bukan sahaja boleh sesat jalan malah anda juga mungkin jatuh gaung sekali kerana tidak tahu jalan bukit. Sebelum aku merapik lebih jauh, baik aku terangkan makna stereotype. According to Oxford Advanced Learner Dictionary (Kamus Dewan veri bahasa inggeris la) Stereotype is "a fixed idea or image that many people have of a particular type of person or thing, but which is often not true in reality". Kalau ditranslatekan oleh BUKAN Google Translate, bunyinya lebih kurang camni - "Idea atau imej yang telah ditetapkan mengenai seseorang individu atau sesuatu yang dipersetujui kebanyakan pihak, tetapi realitinya adalah tidak benar."

Dah bagi definisi. So, mari kita kaji kenyataan ini. Apabila kita berbincang mengenai stereotype, akan terbayang di minda kita si suami bertanggungjawab menanggung keluarga sepenuhnya dan si isteri hanya duduk di dapur, memasak dan mengemas rumah. Ini adalah imej yang tepat mengenai stereotype. Apa jadah pulak pompuan wajib duduk kat dapur? Zaman moden macam gini, wanita juga menjana ekonomi negara tau?? Walaupun aku lelaki, aku tak salahkan perempuan kalau diorang nak kerja cari duit tanggung famili. Mulia ape diorang punye intention?? Jadi stereotype ini adalah tidak benar serta tahyul sama sekali. Di zaman moden ini patutnya sudah tidak ada stereotype lagi. Tapi itu baru satu contoh stereotype. Banyak lagi. Tapi pandai-pandai la korang buat research. Takkan nak harapkan aku sorang buat kajian? Korang ingat aku professor???

Salah satu contoh stereotype adalah begini. Aku ambik example kawan aku. Dia minat menonton certain shows on TV. Cuba teka dia suka tengok apa? Anime? ALMOST THERE MATE. Yeah, dia menonton rancangan Super Sentai Jepun yakni Kamen Rider dan Ultraman serta semua adiwira Jepun penyelamat bangsa manusia yang sama jenis dengan mereka. Jadi cube teka apa reaksi kawan-kawan dia?

"WAKAKAKAKA KO TENGOK RANCANGAN KANAK KANAK RIBENA TU???"

*facepalm*

Seriously, guys, aku rasa nak menangis. Tak tau la pasal statement tu terlalu LOLWUT atau sangat PHAIL. Tapi memang macam nak mengalir air mata dengar statement separuh bijak macam tu. Kawan ni ada passion ngan Super Sentai, so what?? Ini semua adalah hal citarasa la beb. KEMON LA!! HARAMJADAH PE JUDGE ORANG DENGAN HANYA MELIHAT KEPADA CITARASA MEREKA?? What The Park???

Kenapa diorang ni suka sangat label Anime dan yang bersangkut paut dengannya sebagai "Untuk tontonan Kanak Kanak Taski sahaja"?? Kalau camtu kenapa tak taruk satu jenis movie lagi? Instead of just having U untuk Umum, 18SX untuk filem berbaur seks dan 18PL untuk movie yang mungkin menyentuh sensitiviti sesetengah kaum dan agama, tambah la satu lagi iaitu UtoM yakni "Untuk tontonan kanak-kanak taski, tadika kemas, sekolah rendah, budak belum sunat dan Otaku Malaysia".

SALAH KE KITORANG NAK MEMINATI SESUATU SEPERTI INI?? Kami tak buat jenayah macam di Belgium, di mana pembunuh bersiri sengal ubi Mangamoord membunuh manusia tak berdosa. Kami tak sampai ke tahap otaku Jepun yang kahwin dengan watak dalam game. Jijik sangat ke kami ni?? Ape kriteria kami yang membuatkan kami ini kelihatan jijik di mata korang? Nak kata kami selekeh, heck some of us lagi hensem dari korang-korang yang stereotype ni. THAT'S A FACT and i'm going to post it on FB because that statement is so WIN. Like the status if you think so too.

Aku lagi hensem dari korang. THAT is a FACT.

Sebenar-benarnye, semua ini adalah soal CITARASA. Semua orang ada taste masing-masing. Kalau taste bud korang pun dah lain apalagi taste korang dalam menilai Anime dan Manga. Korang tak boleh salahkan aku sebab meminati Barcelona instead of setan merah MENYUT. (no offense Man U fanz. wakaka) Korang takleh salahkan peminat sebab meminati De Gea instead of Gianluigi Buffon. Korang takleh salahkan seseorang itu hanya kerana dia lebih minat makan keropok ubi berbanding chicken chop. Semua ini adalah soal CITARASA ladies and gentlemen. Kalau dah namanya citarasa, korang fikir semua orang taste sama ke?? Kalau camtu gila boring dunia. Kalau semua orang citarasa sama, ko cuba tanya kawan ko, perbualan akan jadi macam ni -

A: Weh, ko minat pasukan bola ape?
B: Aku minat Selangor
A: Eh? Sama la!!
*bincang sekejap hal Selangor. pastu diam*
B: Weh, ko minat makan apa?
A: Ayam masak merah.
B: HECK SAMA LA KITA!!
*bincang cara pelik makan ayam masak merah including cicah ayam ngan kicap, pastu diam balek*
*awkward situation*
A: urm... ko suka tak main game Left 4 Dead
B: Game faveret aku tu
A: EH?? Sama la kita!!
*bincang left 4 dead kejap, termasuk sejarah kene pwnd ngan Tank sampai melambung, pastu diam lagi*
B: Weh, ko rasa usagi tu kacak tak?
A: Kacak kot. Aku minat dia
B: EH?? SAMA LA KITA!!
*bincang pasal Usagi termasuk kesanggupan untuk bermadu semata-mata untuk dapatkan kasih sayang Usagi, pastu diam balek"

Err... Selain yang hok last pasal bermadu tu, yang lain boleh pakai.

Please, scratch that...

Jadi dunia akan jadi GILA BORING kalau tidak ada perbezaan cita rasa. Ini lak contoh kalau berbeza pendapat dan taste dalam perbincangan -

A: Weh, aku minat gila babeng ngan MEN YU
B: Apa barang MEN YU. BASILONA la beb. Ada si pendek MASSI
A: Eh, MEN YU best wooo. Ade RUNNI
B: Kalah gak ngan BASILONA final aritu.
A: Ala MEN YU lagi best what? Takdelah kalah ngan kelab baru naik HERKUDIS macam BASILONA
B: Abes? MEN YU kalah ngan kelab underrated macam SERIGALAHAMPTON?
*dua-dua gelak tapi masih meminati kelab masing2 sebab respek taste mereka masing-masing*

Saje nak memanaskan keadaan di antara penyokong BASILONA dan MENYU. wakaka

Korang tengok. Diorang just perlukan satu topik tapi dah boleh pergi jauh. Satu topik je iaitu bola sepak, tapi dah mampu untuk diperkembangkan dan topik itu menjadi semakin hangat serta menyeronokkan untuk dibincangkan.

Jadi korang dapat lihat kalau ada perbezaan, selagi kita mampu untuk mengawal emosi dan menghormati parti yang lagi satu, perbincangan akan menjadi lebih berkesan dan seronok. Kalau semua sama jadilah macam yang hok mula-mula tadi. Semua sama belaka.

Jadi kami ni tak mintak banyak dari warga kebanyakkan. Kami tau hobi kami ni eksotik tapi just respect us. This is our passion and for you people to make fun of it is like belittling our ability. Abang sedara aku ngaji sampai Uni masih layan jugak anime beb. Sape kata benda ni takde masa depan? Memang takde masa depan sebab namanya pun hobi jang oi. Kalau ko nak jadikan kerier itu namanya sudah serius, lain sikit berbanding less hardcore fans macam aku dan kamu-kamu semua. And even kalau dia serius untuk menceburi bidang tersebut, ape salahnye? Kalau kerja dia suka, kerja mesti happy. Kalau kerja sudah happy, hidup takde masalah bro. Kalau itu kisahnya maknanya masih ada masa depan untuk mereka yang menceburi bidang ni. Lagipun korang ni TUHAN ke nak ramal masa depan kitorang??

Ada sedikit nada emo di situ, tapi persetan semua itu. Yang penting aku harap mesej aku sampai.

So kesimpulannya, hormatilah citarasa mereka yang lain. Kalaupun korang tak boleh nak meminati perkara tersebut, cukuplah dengan menghormati mereka yang meminati perkara tersebut. Tak mati pun hormat menghormati ni. Malah in return you will gain respect from us. Like i said in my previous status update on FB, respect are not expected, they are EARNED. To gain respect, you must earn it.

Okeh. Tamat sudah post kali ini.

Amek gula gula udang ni. Abang Pedobear bagi. Dia kirim salam skali.

tak jawab dosa, kalau jawab... SAYANG~<3

Bye you alllzzzzzzz!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan