Ahad, 30 Oktober 2011

Bangang - Ape kene ngan korang ni?

Serious post is serious

Hello peeps. Okeh. Balek dari bercuti. One thing i don't like about holidays is that when the holiday starts, the holiday mood switch in my body will turn on automatically. That explains a week of no new post for A.P.A. Sorry. Kene ubah sikap aku nih. Raya haji dah dekat. Ape kene mengena? Aku pun tak tau. Lu pikir la sendiri.

Kali ni post aku sedikit lari dari konsep. Sepatutnya blog ini memang hanya untuk post berkisar mengenai dunia animanga tapi as a Malaysians, i have to say this. Aku terfikir, apasal kuat sangat semangat kenegerian orang di Malaysia ni? Kata duduk satu Malaysia tapi sebab ada sikit salah faham, terus bash negeri orang lain. BANGANG.

Cuba teka kenapa aku bangkitkan isu ni? Damn right you are. Semalam perlawanan akhir Piala Malaysia menemukan Terengganu dan Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam (FAM sengal naikkan harga tiket. Middle finger to you) berkesudahan Terengganu tewas 1-2 hasil jaringan pemain berteknologi nano iaitu Hairuddin "Hai-O" Omar. Selesai perlawanan, berlaku satu insiden di mana seorang penyokong Negeri Sembilan dibelasah beramai-ramai. Korang mesti rasa penyokong Terengganu tak rasional kan? SALAH!! Tu la. Tetibe menyampuk tak pepasal aku belum lagi abes cerita. Aku tampar ko lelaju, bisu seminggu kang.

Actually, penyokong Negeri Sembilan yang berkenaan telah membakar bendera negeri Terengganu sebagai tanda provokasi. BANGANG. Sape tak panas beb?? Kene tunjal, tau takut. Lari masuk bas. Tapi silap bas, masuk kandang rimau la pulak. Bas yang dimasukinya adalah bas penyokong Terengganu. Amek kau. Tu la. Nak bangang tak bertempat. Ape kono eh jang?? Ape kes dok bakar bendera negeri lain? Ape negeri ko tu suci sangat ke??

TOLONG JANGAN BANGANG SANGAT

Penyokong Terengganu ada hak untuk marah. Tapi be civilized. Instead of pergi belasah mangkuk hayun tu, ade lagi baik ko bawak dia gi kat security ke, polis ke. Dia akan terima hukuman yang setimpal. Memang dia yang bangang pergi bakar bendera negeri lain. Fanatik yang amat. Tapi tunjukkan kematangan korang. Pasal bola sebijik pun sampai nak belasah and bakar-bakar bendera negeri lain ke? Sungguh mangkok.

Aku puas hati game semalam. Walaupun Sharbinee tangkap itik malam tadi sampai kene lobos sebijik, tapi overall good game from both side. Tapi serius, boleh tak korang ketepikan semangat kenegerian atau kenegorian korang tu? Lame jokes? Peduli apa aku.

Tak kiralah korang ni dari Selangor ke, N.Sembilan ke, Terengganu ke, Perlis ke, Pahang ke, Sabah ke, Islamic Republic of Kelantan ke, kita semua adalah rakyat MALAYSIA. Ape kes nak bakar saudara sendiri beb? Benda yang obvious macam ni pun nak kene ajar ke? Respect each other. Atau korang yang bebal sangat tak nak terima hakikat negeri korang dinaungi kerajaan Malaysia?

Post ni bukan nak menyalahkan penyokong Negeri Sembilan, hatta menambahkan luka di hati penyokong Terengganu. Aku tau cuma segelintir je yang buat benda bodoh ni tapi just as a reminder. Sebab aku sayang Malaysia aku menulis. Walaupun Malaysia tak macam utopia Jepun (tanya Wapanese. Diorang kan mendewakan Jepun *winks*) dan kurang maju berbanding negara seperti United States of America, tapi kita tetap rakyat Malaysia dan aku tetap sayang Malaysia. Walau Malaysia takde salji dan tidak memiliki 4 musim tapi aku ok. Sebab aku takut sejuk. kehkehkeh.

Kesimpulannya, kurangkan la semangat kenegerian korang dan gantilah dengan semangat KENEGARAAN pulak. Tak kisahlah dari negeri manapun, cintailah Malaysia negara tumpah darahku. Semakin menebal semangat kenegerian korang, semakin dekatlah Malaysia kepada kehancuran. Itu hipotesis aku. So marilah kita bersatu padu dan saling hormat menghormati tanpa mengira pangkat, darjat, bangsa mahupun negeri. Sape setuju, angkat tangan macam Usop Wilcha please.

Kembali kepada anime, aku ade beli satu DVD anime bertajuk Black Lagoon. Macam best so aku beli la. Kalau menepati citarasa aku, akan ada review mengenai anime tersebut. Dan untuk penulis Aku Pencinta Anime, aku ada sikit surprise yang aku nak tunjuk kat korang. Tapi tunggu dulu la. Tak best la kalau reveal awal-awal. Pepehal, korang ready je dan tulis entry sedap2 lagi okeh?

Satu lagi. Itu hari aku cakap aku tak pergi Comic Fiesta kan? Well, a little change of plans. Aku akan pergi. Tapi just tengok-tengok je la. Sebab aku cuma mengiringi kawan kepada adik perempuan aku untuk menjelajah CF tahun ini. Aku dah pergi 3 tahun berturut-turut. It seems like aku akan memecahkan rekod peribadi dengan menghadiri CF buat kali ke 4 berturut-turut. Tapi aku harap CF tahun ni tak macam tahun lepas. Agak boring. Harap Comic Fiesta tahun ini akan menjadi lebih best.

Okeh nak tutup kedai. Akhir kata, perpaduan teras kejayaan. So jangan la gaduh-gaduh. Ape pun korang tak dapat nanti.

Salam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan