Khamis, 23 Februari 2012

Thursday Thoughts #3 - Delayed

Takde sape-sape pun perasan minggu lepas takde Thursday Thought. Kan?? Kan?? Korang tak perasan kan?? 

Jadi walaupun aku lewat tapi aku tetap rasa aku bertanggungjawab untuk up satu entri Thursday Thought sebab itu yang aku janji kepada para pembaca setia blog ni. Walaupun kena diakui, yang membaca blog ni secara serius hanyalah beberapa kerat

Jadi apa isu kita minggu ini (minggu lepas, in this case)

Takde isu. Just something yang aku baru fikirkan baru-baru ni.

Korang leh bayangkan kad poker? Ace of spade, Ace of heart, King of club etc. adalah sebahagian dari setup kad poker kan? Kalau di Malaysia kad terup la orang panggil. Skang korang imagine lak kad permainan keluarga cam Happy Family, Donkey dan Old Maid. Dah dapat imagine? Nostalgia kan? Bagus...

Skang imagine lak, kalau korang bawak salah satu dari kad ni ke sekolah, which card will cause your teacher to go RAGGGEEEEE? Obviously, dua-dua permainan tapi yang satu lagi takdelah mengakibatkan RAGEEE yang dahsyat sangat kepada para guru.

Of course, kad teruplah yang akan mengakibatkan guru berkerut-kerut dan RAGGGEEE tahap karma ngan korang. Mungkin korang tak pernah kena kot sebab korang sume jenis budak rambut sikat tepi seluar sampai dada. Kehkeh joking, joking don't take it seriously kay?

Aku terfikir, siapa yang tetapkan bahawa kad terup ni 'jahat' dan kad permainan family macam Happy Family ni sebagai 'baik'? Hanya kerana kad terup digunakan dalam perjudian makanya kad ini dilabel sebagai sebahagian dari peralatan judi? Bitch please, there are games that we can play using poker card without having to gamble. Some of them a much more fun than boring old family card games. Kalau kat kampung kitorang ada game dipanggil Gebang. Korang tipu lawan korang dan cuba habiskan kad korang sepantas mungkin. Senang cite sape habis dulu menang la. Game ni siyes syok sebab leh tengok muka poker face masing2 masa nak mengencing member sendiri. Kadang-kadang leh baca yang dia nak Gebang(mungkin bahasa jawa untuk Tipu. sebab aku orang jawa) kita. Memang happening game ni. Tapi takleh main kat sekolah hanya kerana stereotype masyarakat mengatakan kad ini kad judi. What kind of a bullshit is this??

Yang berjudi itu orang bukan kad. Jadi kenapa kad pulak yang menjadi mangsa stereotype?

Apa relation kepada dunia AniManga? Meh aku jelaskan dalam konteks yang sama. Yang menonton hentai etc. tu cuma sebahagian perverted assholes. Kenapa nak stereotypekan kami semua para peminat yang decent?

Seriously i'm getting tired of all this bullcrap. Kita distereotypekan hanya kerana ada bangsat yang buat benda haram ni. 

Berhentilah menilai kami bila anda sendiri tidak memahami passion kami dalam bidang ini. Put yourself in our shoes and see whether you like it when you're being stereotyped. But knowing Malaysians and their ego, i doubt they'll ever do that. They won't even accept our opinion. Just like that scumbag Johorean fans when i said that what their TMJ is doing will affect Malaysian football in a long run. They all went RAGEEEE and start bashing me like some fucked up barbarians. You sick twat.

Yes, i'm a fucking rebel. Memang idea aku kadanag-kadang menongkah arus dan norma masyarakat. But what good will it make by stereotyping a guy like me? 

I'm off. Fikirkanlah elok-elok. You can continue to stereotype us and be a complete ass, or you can embrace the humanity in you and start to treat us equally. 

"I dream of a day where society will no longer stereotype us the AniManga lover". - Usagi9898, February 2012
 Malas nak cakap banyak-banyak. Usagi signing out

Isnin, 20 Februari 2012

Iklan lagi - Pedoboss silakan pergi jahanam

Sekali lagi abam iklankan. Dua iklan kali ni. Pedoboss pergi jahanam. Bagitau beruang gila seks tu supaya pergi mati diam-diam.

Abam iklankan FB page Mangaka Community yang baru up semalam. Dan sambutan juga agak menggalakkan. Cumanya diorang lebih gemar untuk join group FB dari follow blog rasmi. You lazy scums.

Logo berciri diktator. Abam suke. DAMN!!

Abam tak kisah. Asal saja korang join group kami abam ok je. Yang tak join korang bukan tak best cuma kurang best berbanding biasa. Group kami sedang membesar (ye group kami adalah remaja sedang membesar. Lame jokes. Ko ingat abam kisah? Pegi mati) dan kami memang mahukan lebih ramai ahli supaya group kami jadi lebih meriah. 

Kepada yang berminat untuk berbongkak dan meriak-riakkan lukisan mereka, join kami di sini:


Selain tu jawatan kosong bagi penulis perempuan jugak masih terbuka. Eh, korang tak kesian ke kat abam kesunyian ni? Tolong la join. Abam perlukan kasih sayang sa-orang wanita bhai!!

Sabtu, 18 Februari 2012

Penulis Jemputan - Ar Tonelico : Qoga


Ni kawan sape ni? Berani dia mengugut diktator macam abam?? Abam piap sedas kang tau la. Takmoh cakap banyak. Abam nak carik besi kasi hentak ini budak. Sementara tu korang layan

Review by Kei

AMARAN: GAME INI HANYA SESUAI DIMAIN OLEH GAMERS YG BERUMUR 18+. KALAU BAWAH DR TU MAIN, MMG NAK KENA SPARTA DGN AKU.

Yahoo peeps. Kei di sini dan untuk review kali ni, aku akan review game Ar Tonelico:Qoga untuk korang semua. Tanpa membuang masa, on to the review.



Bagi yg pernah main Ar Tonelico 1 & 2 untuk ps2, dipersilakan jelly kat aku sebab aku tgh main yg no 3.

Storyline

Padat dgn citer sampai aku malas nak tulis. Nanti jadi panjang. Korang tgk je kat wiki.

Gameplay

Perbezaan paling ketara untuk game ni ialah gameplay yg dah diubah dr turn based kepada action based combat system. Diperkenalkan jugak sistem purge A.K.A stripping. Ye, korang baca tu dgn betul. Stripping masa lawan dan aku nosebleed sbb sistem ni. Korang boleh purge reyvateil korang 4 kali je sampai reyvateil akan pakai *cough* bra *cough* panty *cough*. Jgn korang mintak lebey2 plk karang aku piap korang.

Graphic and sound

Graphic terbaik setakat ni untuk siri Ar Tonelico dan anime cutscene untuk game ni lg lawa dr anime yg biasa korang tgk. Muzik untuk game ni unik dan catchy tapi kebanyakkannye dlm hymnos tp rasanye tu takkan jd masalah pada korang dan sound effect yg digunakan pun cukup gempak. Voice acting dr seiyuu yg terkenal pun tak kurang hebatnye. (Aku dgr Japanese voice je.. Problem?) Rekaan karakter jgk mcm game sebelum ni, mmg paling terbaik.


(Buat korang yg tak tau ape tu Hymnos)

Replayability

8 ending, 23 cosmosphere level, 31 party talk topics, 81 talk topics untuk setiap reyvateil dan catalog item yg mmg banyak, ape lg yg korang nak dr game ni?

Pro

Graphic, sound effect, music, voice acting, character design dan purging.

Con

Battle yg sama tiap kali (purge 3 kali, naikkan burst ke 10-20k% dan aktifkan song magic bunuh semua musuh) dan reference 18+ yg melampau tp aku tak kisah semua tu.

Summary

Game yg terbaik setakat ni untuk siri Ar Tonelico dan jalan citer yg sgt menarik akan buat korang main lebih dr 100 jam. Tapi sayangnye inilah game terakhir untuk siri ni. Tapi rasanye studio Gust akan buat lg game yg hebat camni. Aku bagi 9/10 markah untuk game ni. Kalau korang nak bagi markah lain, pegi main dulu baru boleh citer dan game ni aku rekomen untuk org yg suka main visual novel dan jgk 18 tahun ke atas. YG BAWAH DARI TU JGN GATAL NAK MAIN PLK.

Ok, abis dah review. Kei signing out.

(Review ini dibawakan kepada anda oleh ps3 yg membuat abam jelly untuk 3 bulan dan aku yg kena anemia sbb banyak sgt nosebleed main game ni) 

Komen abam : Abam ingat ko memang tak reti wat review padat dan padu. Akhirnya ko paham gak cara menulis review yang OHSEM. Sebelum ni ko tulis essay untuk tesis Universiti. Skang baru la namanya review. Abam terharu tengok perkembangan ko *manry tears*

Pepehal, abam masih tak puas ati. Besi abam dah jumpa. Jaga ko. You don't mess with us dictators. Ko dok situ diam-diam abam datang

Blog baru - Satu perubahan

Okeh. Abam buat iklan haram lagi sekali. Pedoboss? Pegi mati

Kali ni abam iklankan demi kebaikan kita umat peminat AniManga. Satu blog baru telah dibuat oleh abam sendiri, bernaung di bawah panji Aku Pencinta Anime iaitu blog Mangaka Community.


Banner yang simple. Kalau crowded sangat nanti nampak metro la pulak


Blog ini adalah blog khas seni di mana korang sume attention whore artis amatur leh mencuba untuk mempamerkan bakat korang. Senang cite, blog ni adalah pentas untuk korang menonjolkan bonjol-bonjol kejantanan dalam seluar dalam diri korang. Okeh abam tau yang pompuan pun nak gak pamerkan bonjol-bonjol kan? Eh, ape abam merepek ni?

Kesimpulannya di sini ialah blog ni adalah satu platform khas disediakan oleh A.P.A untuk membantu korang memulakan karier korang sebagai artis pro dalam industri komik. Kitorang sayang industri komik Malaysia maka kami pun up blog baru ni sebagai salah satu cara untuk kitorang membantu menaikkan lagi industri ni.

Tapi jangan salah faham. Blog ni tak independent. Ia adalah blog bernaung di bawah A.P.A bermakna blog kesayangan korang ni takkan ditutup macam Aku Bukan Otaku dan akan terus beroperasi seperti biasa wakk. Cuma certain segment akan abam minta alih ke blog sebelah sana pulak. Di sini akan lebih menumpukan mengenai review dan isu serta forum mengenai isu semasa. Di sebelah sana adalah blog mempamer serta meriak-riakkan lukisan sendiri. Jangan menggedik kata korang tak suka membongkakkan diri. Abam tau korang sume memang riak. Takyah nak hipokrit huh!!

Kami juga dalam proses untuk create sebuah group di FB. Group seni ini akan dikendalikan oleh admin A.P.A sedia ada dan beberapa orang ahli yang dirasakan layak. Tapi setakat ni belum disahkan. Masih dalam proses pembuatan lagi group tu. Tapi (eh berapa banyak tapi daa) confirm, group FB ini akan diwujudkan dan korang leh kongsi art korang di situ gak. 

Jadi kepada yang mahukan perkongsian mengenai dunia seni dan mahukan kritikan bagi menajamkan lagi skil sedia ada, silakanlah join Mangaka Community blog. FB page akan diupdate di blog bila dah siap okeh?

Abam nak tido. Duit iklan? Abam diktator tak perlu bayar sesape pun. puii

Link to the new blog :

Jumaat, 17 Februari 2012

Artist of the Week: Ryo-Sasaki

Yo everyone,tis moi,Kazu again~this time,I will be handling this week Artist of The Week section.First of all,feast your eyes on this.

Holy shiz dem bewbs///slapd,i meant,this art,hgnnh
Just look at this,eventhough its rather sketchy,but I can feel the mood that radiates from this artwork and thus,amplifying its beauty to the max~truly,this drawing have this divine aura,it fills me with so much inspiration ajsdakjhdjkahksjd~~!

anyways,this drawing belongs to a pretty good artist,which known as Ryo-Sasaki~he is easily recognizable by  his semi-realism sketchy painting style~which one of many thing that influences my current drawing style 8D

Its a shame he lack the attention he deserved~with this kind of artwork,he should get more attention dammit ffff, i mean,,look at thisss


I wanted to put more info about him,but sadly,due to the fact that he cannot speak English,I cannot indulge you guys into his biodata and other info except for the fact that we know that he is a male.

Last but not least,his gallery mostly consists of Vocaloid and Dynasty Warrior fanarts,so,if you guys are a fan of these two,then you are in luck~!

anyways,adios minna~Remember,if you havent watched him yet in dA,dA peeps,go freakin watch him
ლ(ಠAಠლ)


His dA: http://ryo-sasaki.deviantart.com/
His Pixiv: http://www.pixiv.net/member.php?id=544006

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
This post is brought to you by Kamen Rider
-mah fav show of all time~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Khamis, 16 Februari 2012

Thursday Thoughts #2 - Pendapat


How's it goin, betch?

Thursday thought kali ni membincangkan mengenai penyakit manusia di Malaysia yang semakin parah saban hari. MELATAH

Mula-mula aku nak bagi satu example. Korang pernah dengar lagu Cerita Kedai Kopi? Salah satu part dalam lagu tu bunyinya macam ini :

"Hamba di Belanda di tengah ibu kota
Temanku Salam dreadlocks bawah mahkota
Anak perantauan yang punya citarasa Jamaica
Rindu nak dengar cerita kopi Malaysia
Aku cerita dia ketawa
Tak kering gusi jatuh kerusi
Dia pula bercerita tapi bukan tentang dia atau dia
Di Eropah orang bentang idea
Topik-topik intelektual di diskusi
Anjakan paradigma bila kena kopi
Peace love and harmony reggae sampai pagi
Keluar kedai kopi Amsterdam masih steady"

Malique memang suka buat lagu yang sinis menyindir orang2 Malaysia yang sempit pemikirannya. Orang Malaysia yang berfikiran terbuka memang ada, tapi most of em *facepalm*

And the funny part is that, these typical Malaysians nyanyi lagu ni sampai lebam wa cakap lu!! Kalau diorang faham makna lagu ni, aku konfiden terus terjun lombong tak timbul2 dah. Anyway, korang amati part yang aku bold-kan untuk korang tu.

Dari situ je dah menunjukkan mengapa bangsa di Eropah maju berpuluh tahun ke hadapan berbanding Malaysia yang penuh ngan manusia bermentaliti kelas ketiga. 

Kalau di Eropah, manusia membincangkan mengenai topik-topik yang bermanfaat dan mereka berani mengutarakan pendapat mereka secara terbuka. Lepas tu, perbincangan secara sihat di mana setiap individu yang terlibat dalam diskusi akan memberi pendapat mereka dengan tone yang matang. Malaysia?

Aku bagi pendapat yang agak kontroversi sikit akan ada golongan yang melatah. Aku sure. Camner nak maju?

This can be applied in the world of AniManga. Kalau korang nak duduk kat safe-zone, diam je taknak buat pape, camne dunia AniManga nak maju? Jangan takut untuk menyuarakan pendapat korang kerana dari situ akan bermula perbincangan ke arah pembaikan dunia AniManga. Kalaupun korang kena trash, so what? Yang trash korang tu manusia bermentaliti sempit kelas ketiga. Itu bahasa sopannya. Kalau bahasa kasar aku suka panggil mereka golongan manusia terencat bangang melantun. Pong pang pong pang cerita pasal menyebarkan dakyah AniManga di Malaysia la, mencari approval masyarakat tentang dunia anime la, benci di stereotypekan oleh masyarakat hanya kerana menonton anime la, tapi ape yang diorang buat untuk mengubah semua tu? NOTHING. They've done nothing except bashing the people who points out their views. What utter morons. Macam mana kita nak maju??

Golongan camni la yang Tun Dr. Mahathir tak suka. Pemikiran sempit. Ni satu lagi lagu untuk korang dari MALIQUE jugak untuk dijadikan iktibar:

"Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak"

Katak tu adalah korang yang berfikiran sempit.

Jadi sebelum korang melatah tak tentu hala bila ditegur dan bila seseorang mengutarakan pendapat mereka, nasihat aku korang istighfar banyak2, gi amek wuduk, tenangkan diri, pastu fikir sejenak. Cari rasional di sebalik point yang diutarakan. Kalau korang tak setuju sekalipun, you won't get anything by bashing the person. Apa kata kalau bincangkan dalam tone lebih matang, kan lagi elok? Takdelah korang senang2 kena cop bangang nanti. 

Aku berkali-kali dihentam hanya kerana pendapat aku berlainan dengan korang. Jadi Thursday Thought kali ni, i hope to make things clear. Aku nak Malaysia open their eyes, open up their mind, cuba berfikir out of the box, supaya industri AniManga yang kita cintai ni maju seiring dengan negara lain. Kata nak jadi sehebat Jepun dalam bidang ni? Ataupun itu cuma ungkapan angan mat jenin saja?

Memang aku agak radikal dalam menyuarakan pendapat aku di sini. Tapi kalau aku tak buat camni no one will give a shit about this. 

Yes peeps, if you're not radical, nobody gives a flying fuck about what you think.

Adekah korang nak kekal duduk di bawah tempurung korang? 

Rabu, 15 Februari 2012

Uniform sekolah Jepun yang sangat Kawaii

Aku tau Wapanese begitu teruja untuk bersekolah di Jepun. Bukan sebab sistem pelajaran mereka yang efektif, bukan kerana di Asia mereka di ranking lebih tinggi berbanding Malaysia dalam soal Education, tetapi hanya kerana uniform mereka yang sangat KAWAII. Okeh, makhluk yang berfikiran macam ini aku cop bangang jugak. Ko pergi sekolah nak melawa je la ye? PALAT! 

Lantak korang la. Aku tak susah ape. yang susah mak bapak korang gak.

Sebelum aku melalut lebih jauh, silakanlah fap sambil menatap gambar uniform sekolah Jepun yang aku cari di Google. 

Kata hati seorang Wapanese : Apsal la korang comel sangat?












Dah puas fap? Belum? Meh aku kasi korang gambar terbaek yang aku jumpa. Sekali korang tengok gambar ni mesti terus inzal. Cun wa cakap luu!!

Silakanlah fap sekarang







SEKSI WA CAKAP LU. Tang misai ngan janggut tu yang paling seksi. Bulu kaki pun bersepah siak!!

Tak jadi inzal? Kehkeh padan muke korang. Ingat Kazu je yang reti troll manusia nih?

Selasa, 14 Februari 2012

Terharu seyhh

Aku terharu bila salah seorang ahli BOREGEN volunteer untuk buat banner animated untuk blog kita ni.

Aku dah tgk dan aku puas hati. Tapi sayang, blog pulak jadi METRO dan aku takleh upload gambar itu di sini.

Dahlah takleh upload di blog, nak letak sebagai banner pun takley sebab ianya tak animated pun. Masa aku download animated, masa aku nak upload ke blog jadi statik.

Aku kecewa sebab takleh tunjukkan penghargaan aku dengan meletakkan banner tersebut untuk menjadi tatapan para pembaca mahupun menaikkan banner itu sebagai banner rasmi sementara. Tapi aku serius seronok bila dia kata nak buat banner tu secara sukarela.

Orang itu dikenali sebagai Prince Sleepyhead di FB

Sebagai ganti yang tak seberapa aku tulis sebuah entri macam ni. Sori takleh naikkan banner ko kat dalam blog ni. Kalau boleh, dah lama aku naikkan. Pepehal thanks sebab sanggup luangkan sedikit masa untuk siapkan banner tu.

Sesape yang pro buat blog, tolong kami supaya tak terjadi lagi masalah ni di masa hadapan?

Isnin, 13 Februari 2012

Kronologi perubahan banner blog

Sempena... Fuck, nak bagi alasan ape ek nak tulis entri random nih? Ah, korang bace je jangan banyak bunyik. Kalau tak sudi baca, klik butang bertanda pangkah kat hujung browser korang dan pegi mampos.

Aku saje up entri ni untuk tunjukkan korang perubahan demi perubahan yang terjadi ke atas banner blog ni sepanjang hampir setahun blog ni beroperasi. Aku akan upload banner-banner terdahulu aku termasuk banner lama dari blog nukilan sampah aku (juga blog yang menaikkan nama aku) iaitu Aku Bukan Otaku. 

Kita bermula dari design blog yang pertamax sekali iaitu A.B.O

Aku Bukan Otaku banner design



Tipu la kalau aku cakap blog ni tak menaikkan nama aku sebagai seorang penulis blog. Post aku yang first, walaupun dipenuhi nada amarah dan sangat sampah, tapi post itu la yang menaikkan nama aku dalam bidang ni. Tapi blog ni tak bertahan. 3 post dan akhirnya hancur. Aku pindahkan pusat pemerintahan ke A.P.A di mana aku berjanji untuk tidak METRO lagi di masa hadapan. I kept my promise didn't i?


Dan sebab aku noob design ketika itu, maka seringkas ringkas design aku buat. Lagipun aku agak tak sabar masa tu nak up sebuah blog. 


Moving on


Aku Pencinta Anime (A.P.A)


Inilah dia blog kesayangan korang. Melalui beberapa fasa sejak diasaskan beberapa bulan lepas, turun naik blog ni berkaitan dengan kandungan post pada waktu itu. Kalau dalam bulan tu ada rajin sikit up entri, maka naiklah traffic blog. 




Banner pertama sejak aku beralih dari A.B.O sangat ringkas. Tulisan besar je kat atas banner. Tapi inilah dia banner yang dijadikan asas untuk banner yang lain. Senang cerita, banner ni mak kepada banner blog aku yang lain. MOTHER OF BANNER...



Selepas tu aku buat entri random mengenai pedobear dan decide, we need to change things a bit. Maka terciptalah banner kurang ajar ini. Menampilkan makhluk gila seks sebagai duta produk, traffic aku lembab naik sebab majoriti manusia lari melihat dia senyum di header blog. Ko memang bawak sial la pedobear. 




Selepas pedobear gagal menaikkan nama blog aku di persada dunia, SOPA, PIPA dan ACTA, tiga peraturan internet yang bangang melantun diperkenalkan. Jadi aku meluahkan kemarahan aku dengan cara yang sihat iaitu dengan membuat banner cool ini. Dan percaya tak, sejak kali terakhir traffic blog aku naik mencanak Oktober lalu, banner ini kembali menaikkan traffic aku yang perlahan. Naik tinggi terus wa cakap lu!! Hampir setanding dengan traffic bulan Oktober itu hari tapi kurang sikit je. 


Banner ni banner haram. Abang Anime kasi naik banner ni tanpa pengetahuan aku. Cilake. Isi banner ni ada betulnya, tapi cilake.




Lepas tu aku sendiri naikkan banner ni untuk memujuk para penulis wanita yang berminat untuk menulis untuk kami. Setakat ni takde perubahan. Masih menunggu wakk.


Rasanya macam dah takde banner lagi dah kan? Heheh. SALAH!


Banner rahsia yang pernah digunakan kurang dari beberapa minit sahaja di blog ni. Sebaik saje aku up banner ni, aku terus delete balik dan naikkan sebuah banner yang lain. Inilah dia, banner era troll.




Cuba teka bila aku pernah guna banner ini di blog aku? Sape dapat jawab aku bagi korang baucer langganan akhbar Harian Metro selama setaun weh!!


Cepat2!! Aku takmoh tunggu lama2.

Oba The Last Samurai : The unknow history of Saipan

Movie ape lak ni? Best ke? Bace review la banyak bunyik la kao

Movie time peeps!!

Kali ni aku nak ubah selera sikit. Dari layan anime dan manga Jepun sahaja aku mau try layan movie dari Jepun pulak. Sebenarnya, tak terniat pun nak beli DVD ni. Cuma hari ni masa aku mencari DVD anime awesome di sebuah kedai berdekatan dengan anda, aku tak jumpa satu DVD pun yang menarik perhatian aku. Jadi aku tersermpak dengan DVD ni dan aku beli buat layan di kala malam bulan mengambang. Okeh, lame joke. Ye la, aku metro. Eh, pegi mati la korang.

Jadi review kali ini adalah mengenai sebuah movie yang diadaptasi dari kisah benar, Oba, The Last Samurai

History class niggas

Sebelum review, aku nak cakap sikit. Dalam sejarah, there's always 2 side of a story. But only the winning side got to tell their story. Nobody gives a flying fuck about the story of the losing sides in war. This movie, is the story of the losing Japanese in Saipan. So now you know the story of both side. There is no right or wrong side in war. There's only the winning and the losing side. The winning side, will be the right side. Itu realiti perang kita kena telan

Berbalik kepada review. We know how fucked up is Saipan during WW2 right? Saipan ialah kepulauan kecil Jepun dan menjadi point strategik ketika itu. Nilai Saipan ketika perang cukup besar, the mothafucking Americans hantar the whole goddamn army untuk membersihkan area Saipan dari genggaman askar Jepun. Jepun juga faham akan nilai Saipan kepada Amerika dalam misi mereka untuk menakluk Jepun ketika itu. Jadi diorang memang berusaha bermati matian mempertahankan Saipan dari ditakluk oleh those bloody yanks.

The story revolves on salah seorang kapitan askar bernama Sakae Oba, Captain of the 18th Imperial Japanese Army. Dia yang survive dari sebuah assault berani mati Jepun yang juga digelar the Banzai Assault/Attack berjumpa dengan saki baki tentera Jepun yang masih wujud di atas pulau Saipan. Now, you know how disciplined is the Japanese troops right? Diorang still berpegang kepada kod etika perang Samurai (Seppuku, Harakiri, Kematian lebih baik dari merosakkan maruah diri etc.) and so these loyal soldier refuse to give up. One thing they don't know is that Saipan has fallen under the hands of the Americans. Senang cerita selain diorang, dah takde lagi askar Jepun di atas pulau Saipan. Kerana masih tak tau fakta ini, the remaining Japanese forces put up a resistance in Saipan and fucked the Americans who try to mess with them. Now you know why you shouldn't mess with a Japanese. Even with such a small number, they managed to kick the asses of the bloody yanks. BADASS

Oba you are my idol *le bows*

Mereka bertahan di gunung Topachau menantikan bantuan dan kemenangan Jepun. Dilanda pelbagai masalah dari segi makanan dan bekalan ubat, Oba cekal bertahan kerana yakin tanah air Jepun bakal bangkit menentang penakluk brengset.

Nak tau lebih, cari la DVD movie awesome ini di kedai DVD berdekatan anda. Malas nak spoiler banyak-banyak

First of all, aku nak kata aku serius syok tengok movie ni. Sebab pertama adalah kerana content dalam cerita ini yang real. Realiti perang ditonjolkan dalam movie ini dengan begitu berkesan. Aku serius menangis tengok certain part of the movie. Realiti perang memang menyakitkan dan casualties dalam perang memang dirasai oleh pihak yang terlibat dalam perang. Kehilangan orang yang tersayang, rakan-rakan dan ahli keluarga terpisah kerana perang ini semua realiti dan inilah dia wajah sebenar peperangan. Peperangan tidak cantik. Ia hodoh, dan begitu menyakitkan.

Di permulaan movie ini korang akan melihat beberapa scene bunuh diri, di mana dek kerana ketaatan mereka kepada negara diorang sanggup mati dari menyerah kepada musuh. Pada mereka maruah mereka itu penting dan wajib dipertahankan biarpun perlu mati. Itu orang Jepun. Orang Malaysia? Certain teenagers out there sanggup gadai maruah diri demi uang. BANGSAT

Aku kata movie ni memang best. Banyak yang boleh kita belajar dari kecekalan, disiplin diri dan ketabahan Sakae Oba. Aku serius bila aku kata aku shed manly tears dalam salah satu scene movie ni. TORRBAEKKK

OK mungkin cerita ni tak menepati korang nyer taste. Tapi pada aku, cerita ni layak terima 4 star rating kerana kemantapan ceritanya. Kalau korang rasa cerita ni tak best, dan korang pertikaikan review aku, go write your own goddamn entry.

Maaf panjang berjela. But it was worth it. Review ini adalah selayaknya buat movie sebaik ini. Thumbs up

So korang rajin2 la carik DVD ni ye. Kalau tak sewa kat aku. Seminggu 2 juta.

Ahad, 12 Februari 2012

Artist of The Week: Kurohime29

Abam Anime ade hal, so dye suroh I ganti jap. I kate tak nak. Dia kata nnt dia belanje cekedis. Aku ckp, beres.

Sempena pelancaran segmen baru ni, boku nak memperkenalkan sorang artis tempatan, Kurohime29.

Sedikit-sebanyak yg aku tahu pasal Kuro, aku tau sikit je~

Biodata:
*Kurohime
*29 December 
*hate lizards and horror
*love fries
*love techno 
*Romance is not my thing 8D
*No Yaoi for me. Just. NO ಠ_ಠ 
(But I don't mind if my friends like those things)
*Light sleeper
*Love video games



Beliau juga adalah seorang yg baik hati. Dan sadis.  ಠv


Cukup pasal beliau~ mari tgk arts2 beliau pulak~


"Nei Nei"
"Love And Roll"

"Ao No Shooter"

"ID: Moustache Kuro" 


"N"

Full Gallery:

Itu sahaja untuk Artis of The Week minggu ni~ 8D

till then~ tata~

ABAM ANIME!! MANE CEKEDIS YANG DIJANJIKAN??!!!! 
(┛ò__ó)┛彡┻━┻







THIS POST WAS BROUGHT TO YOU BY MY PSP. ಥuಥ


WARNING: EXTENSIVE USAGE OF MENTIONING YOU HAVE A PSP WILL MAKE PEDOSAGI JEALOUS.

Jumaat, 10 Februari 2012

Usagi Drop - Anime dia lak siak!!


LAGI SEKALI, INI AWESOME!!

Ye aku tau aku dah buat dah review pasal Usagi Drop. Tapi please understand, itu aku review MANGA dia. Kali ni, versi ANIME pulak sudah menjengah pasaran Malaysia. GOD DAMN!!

Selaku seorang peminat cerita ni, adalah menjadi satu kewajiban untuk aku membeli DVD dan menonton anime ini. Tapi macam biasalah, masa membeli tu ada gak rasa ragu-ragu. Kadang2 manga dia best tapi anime haram hancur. So, masa mula2 beli aku agak risau gak. Soalan2 pelik bermain di fikiran aku.

"Camne kalau anime dia tak se-best manga dia?"

"Berbaloi ke beli?"

"11 episod je? Tak ke pendek sangat? Macam tak berbaloi la plak belanja duit utk 11 peisod"


Aku memang risau masa aku mula2 beli DVD anime ni walaupun harga dia leh dikira murah la jugak. Tapi habis je aku menonton kesemua 11 episod anime ni, segala kerisauan tu hilang. Anime ni SANGAT AWESOME SIAKK!!!! PERGHH!!!!

Sedikit berbeza berbanding manga yang berlanjutan sehingga ke alam remaja Rin, animenya tamat selepas tempoh setahun Rin tinggal bersama Daikichi. Memang pendek dan honestly speaking, aku rasa tak puas tengok 11 episod sahaja. Y-U-NO MAKE MORE EPISODE GODDAMMIT!!!

Anime ni sangat cute dan macam aku pernah cakap, ianya seperti sebuah ensiklopedia mengenai parenthood. Hubungan antara Rin dan Daikichi yang sangat rapat memang menarik untuk ditonton. Serius comel. Sekering-kering hati aku, sekeras-keras hati aku leh cair bila tengok Rin yang manja ngan Daikichi. Macam tgk adik bongsu aku kot. Sangat-sangat comel

Pedoboss approve. Pedosagi juga approve. Bila dua makhluk ni kata cerita ni comel, dah confirm la dia comel.

Dan tak macam kebanyakan anime dan manga di luar sana yang tak ada mesej langsung, banyak terselit mesej masyarakat dan kekeluargaan dalam anime Usagi Drop ni. Jadi, aku kata anime ni adalah anime WAJIB TONTON untuk korang peminat anime. Aku bagi 4 1/2 bintang untuk keawesome-an anime ni. Kecuali bab episod yang sikit sangat dan plot yang agak lambat berkembang, aku rasa takde kelemahan lain yang ketara dalam anime ni.

Senang cerita, korang tak tengok, idop korang sebagai peminat animanga tak lengkap!!

And FYI, harganya baru RM19.90 weh. DVD high quality at such a cheap price? APE LAGI KO NAK??

Minggu yang tenang

Ha... Abam memang tenang skang ni. Dah lama abam tak rasa setenang ni.

Takde lagi awek Maxis kejar abam sebab tak bayar bil...

Takde lagi orang buku kejar pasal hutang buku...

And on top of that, kehadiran dua insan kedalam hidup abam menceriakan lagi suasana.

Dipersilakan, Encik Tablet Genius dan Glove Uhlsport!!

Encik Tablet bakal membantu abam di bidang lukisan dan encik Glove Uhlsport pula bakal membantu abam di atas padang di samping melihatkan abam sebagai penjaga gol yang kacak lagi hensem

Silakan jeles sekarang

Sape tak jeles dia baca Metro! End of conversation

Rabu, 8 Februari 2012

Yandere Kanojo - Manga paling mengong

Kali ni aku up satu review. Post ilmiah aku akan update di Thursday Thoughts sahaja kecuali kalau tangan aku gatal nak menulis (fat chances that'll happen heh)

Jadi apa manga untuk direview hari ni? Jangan tanya soalan obvious macam morons. Tengok title blog. Yes folks. It's Yandere Kanojo time

Yandere refer to cinta yang obses sampai mereka yang jatuh cinta sanggup membunuh demi dapatkan cinta diorang. Senang cite, Yandere ni adalah watak yang kurang waras dan tidak normal. Cerita macam Mirai Nikki(Future Diary) adalah contoh Yandere manga. Tapi adakah komik Yandere Kanojo ini bergenre Yandere?

Tidak sama sekali. Korang dah kene rickroll ngan author manga ni.

Yandere dalam manga ni merujuk semata-mata kepada gabungan dua ayat iaitu Yankee(samseng kalau istilah digunakan di Jepun) dan Dere-Dere(Aku sendiri kurang faham perkataan ni. Kalau tak silap aku perkataan ni sama maksud dengan cinta? Kalau ada info do enlighten me). Jadi Yandere Kanojo ialah percintaan sa-orang samseng.


Manabu Tanaka dan Ryuuzaki Reina. Sorang honor student dan sorang samseng. Camnelah leh jadik couple ek? Lantaklah janji korang happy

Ceritanya bermula suatu hari bila mereka cross path on the way ke sekolah. Manabu dan Reina terpandang satu sama lain dan terus fall in love (love at first sight lettew) Dari situ terus je si Manabu confess love on the spot dan ajak Reina dating. Sepanjang diorang dating, diorang berusaha untuk merahsiakan hubungan diorang sebab kalau orang dapat tau, Reina akan jadi super segan. Ye la. Yankee bercinta? Adakah itu logik???

Tapi in the end of course, sume orang tau pasal diorang dating each other. jadi itu je la sinopsis aku leh bagi. Nak tau lebih, belek manga ni okeh?

Overall aku suka manga ni sebab dia menggabungkan 4koma dan full page manga. Ada page yang full dan ada page yang hanya 4koma. Tapi itupun author dia masih berjaya untuk menyampaikan mesej dalam cerita ni. Kudos to you.

Lagi satu yang aku minat, humor ringan yang ditonjolkan memang sangat LOLWUT. kadang2 tak sampai ke akal kita bahawa yang sebenarnya itu yang akan terjadi. Senang cite, in almost every episode, the end will always exceed the readers expectation. Aku ingat satu episod di Manabu nak mintak restu ayah Reina. Mati2 aku ingat bapak Reina lari sebab tak restui hubungan diorang. Rupanya dia lari sebab ingat si Manabu nak pujuk dia jumpa doktor gigi. WTFBBQ??

Siyes aku terus terjun ke lantai dan melakukan teknik gelak guling extreme tahap 3. Babi lawak!

Aku rekemen korang baca manga ni sebagai satu bentuk hiburan ringan. Dan satu benda korang perlu tau, ada certain douche yang akan samakan manga Yandere Kanojo ni dengan Onidere. My advice, ignore these scumbags. Yandere dan Onidere memang ada certain persamaan dari segi theme tapi heck jalan cerita dia sungguh berbeza. Onidere watak utama masih lom berjaya untuk confess openly yang diorang dating tapi Yandere habis je 2-3 episod dah ada beberapa orang yang tau diorang dating dan nampak ketara sangat diorang dating. So berenti la bezakan Onidere dan Yandere. Berbanding dengan cerita Onidere, Yandere lebih santai.

Jadi kalau korang suka humour ringan, aku rekemen manga ni untuk korang baca.

That's all peepes. Pedosagi signing out

Ucapan revolusi oleh Abang Anime

Orang tanya - kenapa penulis blog ni sinis sangat? Beberapa penulis suka sangat berkasar dalam mengutarakan pendapat. Mohon pencerahan dalam isu ini

Bagi menjawab persoalan ini, abam bagi jawapan ringkas:

"Sebab kitorang dictator"

Dictator tak berlembut kalau tak rakyat pijak kepala faham? Ini adalah kerajaan untuk pemimpin bukan untuk rakyat. 

Lagipun, the only way to pierce the thick, typical mindset of a Malaysians is to be cynical. Kepala korang masing-masing tebal 8 inci setiap satu. Kalau abam tak sinis, korang ingat boleh sampai mesej abam?

Kalau tak boleh cerna perkataan kami yang mengguris, jangan baca. Kami perlu jadi seperti ini sebab objektif kami bukan sekadar menulis, tapi mengubah mentaliti masyarakat.

Akan tiba satu hari di mana masyarakat akan mula menerima kita ke dalam komuniti mereka. Tapi kita dan mereka perlu berubah untuk menyempurnakan diri masing-masing.

Ayat di atas adalah lahir dari hati sanubari abam yang mencintai anime. Kalau korang mencintai anime juga, jangan jadi katak bawah tempurung dan mula bekerja untuk perubahan

Orang laungkan revolusi. Tapi abam kerjakan revolusi

Semoga satu hari nanti suara abam sampai kepada mereka.

Jadi supportlah perjuangan kami!

Yang masih takleh terima, bontot korang itam. Kbai

Ikut berfikir - Mengarut di pagi hari

Okeh. Baru-baru ni aku sedar. Rupenye aku ada masalah untuk tido. Suda pukul 3.00 pagi di sini, hampir semua pelajar institut sudah lena dibuai mimpi, dan aku masih celik bertemankan lappy Toshiba menulis sebuah entri. FUCK!


Muka aku ketika entri ini ditulis

Alang2 takleh tido, ada elok aku up satu entri.

Thursday Thought minggu depan baru leh masuk. Tapi tak bermakne aku berhenti berfikir sepanjang waktu itu. Berfikir itu perlu. Manusia yang tak berfikir bukan lagi manusia tetapi hayewan(mohon sebut mengikut ejaan supaya boleh difahami)

Jadi aku berfikir. Dah berapa lama aku berkecimpung dalam bidang AniManga ni? Dan kenapa aku macam boleh lekat dengan hobi ni?

Ada penjelasan?

Sebenarnya kita tak perlukan penjelasan untuk sesuatu yang kita suka lakukan. Ada ko boleh jelaskan kenapa ko suka makan ayam dan benci makan ikan? Tak ada penjelasan logika mengenai perkara tu. Samalah dengan hobi. Citarasa ni, tak perlukan penjelasan pun takpe sebenarnya. Sebab lain orang, lain citarasa. Benda subjektif ni tak perlukan penjelasan. Buat gaduh je nanti.

Kembali ke main point, aku terfikir. Sepanjang aku meminati hobi ni, pernah ke aku terikut-ikut dengan budaya mereka yang ditonjolkan di dalam Anime atau Manga? Bila difikirkan, adalah beberapa perkara. Tapi mengapa hanya beberapa sahaja menjadi ikutan, dan bukan semua?

Jom kita fikirkan sama-sama.

Berdasarkan pemerhatian aku, mereka yang mengikuti hobi ini sebenarnya berisiko untuk sesat. YA, BETUL TU. SESAT. Mereka yang berkecimpung di bidang ini sebenarnya berisiko termakan propaganda dan ideologi disebarkan melalui media Anime dan Manga. Contohnya nah, tengok di Belgium dah ada pembunuh bersiri kerana taksub membaca Manga. Senang cerita Anime dan Manga ni boleh disalahgunakan untuk menyebarkan dakyah dan idea songsang.

Tapi kenapa aku bangkitkan isu ini? Selaku seorang peminat AniManga, bukankah ini seperti membuka pekung di dada? Seperti kita sendiri memburukkan dan melabel AniManga sebagai suatu bentuk penyebaran idea songsang? TIDAK SAMA SEKALI. Kaji kenyataan aku sebelum buat spekulasi liar. Hujah aku belum tamat. Mohon dengar dulu sebelum menghentam.

Apa yang aku cuba sampaikan adalah, kadangkala ada idea yang merbahaya dan melanggar batas budaya negara kita disiarkan di dalam Anime atau Manga. Jadi kita selaku peminat AniManga, perlu lebih bijak menilai dan berfikir. Kalau kita bijak menilai, kita mampu untuk membezakan antara yang baik dan buruk perkara yang disiarkan di dalam Anime atau Manga. Contoh paling ringan aku boleh bagi, kebanyakan Anime dan Manga berkisar mengenai pertarungan. Kadangkala, pertarungan ini diadakan di sekolah. Orang yang tak berfikir, dengan mudah dia akan terpengaruh dengan idea bahawa bergaduh di sekolah adalah "COOL". Maka akan meningkatlah kadar pergaduhan di sekolah dengan adanya golongan kurang bijak atau istilah kasarnya, bangang ya rabbi.

Jadi point aku di sini adalah, jadilah peminat anime yang berfikir. Jangan hanya mengikut saje. Golongan yang berfikir ini aku kata, mereka adalah golongan yang akan terus berusaha memastikan legasi AniManga terus maju dengan idea-idea mereka. Manakala yang hanya reti mengikut dan menjadi wapanese tetap ini, aku cuma boleh berdoa agar mereka diberikan petunjuk agar tidak lagi BANGANG di masa hadapan. Semoga mereka diselamatkan dari menjadi lebih bangang dari biasa.

Jadi berbalik kepada soalan aku tadi:

"Sepanjang aku meminati hobi ni, pernah ke aku terikut-ikut dengan budaya mereka yang ditonjolkan di dalam Anime atau Manga? Bila difikirkan, adalah beberapa perkara. Tapi mengapa hanya beberapa sahaja menjadi ikutan, dan bukan semua?"

Bukan berniat nak mendabik dada. Jawapannya jelas, ianya adalah kerana aku BERFIKIR sebelum MENGIKUT.

Jadi marilah kita bersama menjadi peminat yang bijak. Jangan terjun membabi buta. FIKIR DULU SEBELUM IKUT

Aku harap entri ni membuka mata korang. Nak ikut, terserah. Taknak ikut, teruslah menjadi bangang. Pilihan masing2 punya.

Okeh, tamat entri mengarut. Nak beransur ke kamar.

Dodoikan aku barang sepam dua?

Selasa, 7 Februari 2012

Penulis Jemputan : Hayate the Combat Butler - Heaven is a Place on Earth

Sebelum abam bermula, abam nak komplen. Apa haram title ko panjang ya ampun?? Abam risau tak muat je tadi. Nasib bek muat je. 


Pepehal abam malas nak cakap banyak. Korang layan la dulu.


Review by Kei

Hello and wassup peeps. Selepas Abam Anime berjanji nak bagi cekedis kalau tulis entri, Kei pun terus menulis entri ni tanpa berfikir panjang (senang betul ko kena goda dgn cekedis ye) Anyway, minggu ni sebagai penulis jemputan lg di A.P.A. Kei ada review anime untuk korang semua.
 

Ini la anime yg akan Kei review untuk minggu ni. Apa?? Korang tak tau ape citer ni?? Tajuk citer ni ialah Hayate the Combat Butler: Heaven is a Place on Earth dan kalau korang suka genre comedy, romance dan harem tp tak tgk lg siri ni, disarankan supaya korang pegi korek tabung dan pegi beli dvd citer ni. Ataupun korang download je dr website2 anime yg terdekat. Citer ni best ke?? Mesti la best kalau tak buat ape Kei penat2 menghabiskan masa tulis review anime ni. On to the review. (Kalau tak nak spoiler, sila la tekan butang alt+F4 kat keyboard korang tu ye)
Storyline
Ini lah movie pertama untuk siri ni dan dalam movie ni, selepas berakhirnye NatsuComi, si ojou-sama (milady, mistress, cik puan) Nagi mula jadi malas semula dan memandangkan sekolah akan bermula dalam beberapa hari lg dia pun terus fikir untuk ambik cuti musim luruh. Dah org malas, mcm ni la jadinye. Untuk membuang semangat malas yg ojou-sama Nagi ni ade, Nishizawa Ayumu A.K.A Hamster telah mencadangkan supaya Nagi dan kawan2 pegi ke rumah desa yang dimiliki oleh neneknye. Bila sampai je kat rumah desa tu, perkara pelik pun mula berlaku. Korang nak tau ape yg jd?? Pegi tgk citer ni sekarang…. kalau tak Kei panggil uncle pedo culik korang…. nyahahahaha…..

Pro
Anyway, dlm citer ni, ada watak baru yg diperkenalkan iaitu Tsurugino Kayura yg menggantikan Tachibana Wataru (korang nak tau camne boleh ganti, baca la manga citer ni) dan Suirenji Ruka yg menyanyi untuk opening movie ni. Apa yg Kei nak citerkan tentang movie ni ialah perbezaan cara watak dilukis. Ye, sebagai mana yang korang semua tau (tau ke pun) season 1 untuk citer ni dianimasikan oleh studio Synergy SP, manakala season 2 pulak oleh J.C Staff dan untuk movie, Studio Manglobe. Apa perbezaan?? Untuk movie ni, pada  kebanyakan masa, karakter untuk citer ni dilukis secara chibi dan pada pendapat Kei, Manglobe telah menjalankan tugas yg sgt baik dalam menganimasikan movie ni. Seiyuu2 yg meminjamkan suara untuk movie ni adalah seiyuu2 yg sama untuk season 1 dan 2 dan Kei rasa korang akan suka semua seiyuu dlm citer ni terutamanye Kugimiya Rie, Shiraishi Ryoko dan Itou Shizuka yang meminjamkan suara diorang untuk Sanzenin Nagi, Ayasaki Hayate dan Katsura Hinagiku. Masa Kei tgk citer ni, Kei merasa sungguh jelly (jelly perisa blueberry) bila dgr diorang punya seiyuu-ing atau voice acting yg mmg sgt2 hebat. Tak lupa jgk Hikasa Yoko yg membuat kemunculan sebagai suara Tsurugino Kayura. Untuk peminat K-On! korang akan tau dia ni sebagai Akiyama Mio dan kalau korang minat dia, korang tgk la citer ni.
(UNTUK SEMUA YG FORVER ALONE, NI LA KUGIMIYA RIE)

Con
Satu masalah yg Kei dapati dgn movie ni ialah movie ni cuma 58 minit je dan ni membuatkan storyline citer ni terganggu. KENAPA KORANG TAK BUAT MOVIE NI DUA JAM *rageface*. Buat sesiapa yg tak pernah baca manga citer ni, korang akan hadapi masalah berkaitan storyline di mana, storyline untuk movie ni daripada manga volume 30, tp ending season 2 adalah dari manga volume 14. Nampak perbezaan tu???
Anyway, kalau korang suka anime genre harem, romance dan comedy, dan rasa bosan dgn anime yg ada banyak fansrvice, citer ni mmg disarankan untuk korang. Memandangkan dah nak dekat 14 February, ambik la gambar ni sebagai service Kei sebab korang dah baca review ni.


(IT’S A TRAP)

Ok, dgn ni berakhirnye satu lg review Kei (korang baca ke pun?) Terima kasih pada A.P.A dan Abam sebab bagi Kei satu lg ruang untuk tulis review. Kalau korang nak Kei jd penulis sepenuh masa kat sini, hantar la vote ke Abam Anime yg in charge blog ni. Until then peeps…. またね。。。(tak paham?? guna la google translate)  

(Review ini dibawakan kepada anda oleh cekedis perasa ayam cap Pedobear dan budak yg kena goda dgn cekedis cap Pedobear tu)

Abam kata budak ni rajin. Siap tambah2 gambar lagi. Tapi mohon review perlu lebih mantap. Kurang menyengat tapi ok la ni for a start. Jangan risau. Practice make perfect. Abam suruh pedoboss stalk ko kat umah bagi monitor perkembangan ko. Happy?