Selasa, 23 Ogos 2011

Usagi Drop - Yumi Unita

Today is review day people!!


Manga ape ni? READ THE POST PEOPLE!!

Walaupun aku baru dapat idea untuk post baru mengenai isu-isu hangat berkenaan dunia AniManga tapi aku dah lama plan untuk post review manga ni. Jadi aku rasa lain kali je la aku post idea aku kot? (ala bukan korang baca sangat pon blog ni kan?)

Kali ni aku review satu manga yang pada aku, sangat bagus penceritaannya dan mampu mencairkan hati aku yang sekeras batu. Kalau setakat komik biasa-biasa je aku takkan cair nyer. Lagi-lagi genre shoujo memang bukan kegemaran aku. Manga ni memang biasa dari segi cerita. Takde kuasa-kuasa hebat shinigami cam dalam Bleach ataupun Death Note waima Dragonball. Dan tak ada aksi pertarungan sengit macam dalam Teppu ataupun *insert fighting manga title here* . TAKDE. Jadi apa yang special pasal manga ni? Aku baru je sebut keistimewaannya. SAPE DAPAT JAWAB AKU BAGI DUA KUPANG. JAWAB-JAWAB!!.

Keistimewaan manga ni terletak kepada jalan ceritanya yang NORMAL. That’s right folks. No imaginary unicorn, no tooth fairy, no nothing in this manga. It is NORMAL. The only thing yang tak normal ialah Daikichi, watak utama cerita ini mempunyai seorang makcik berumur 3 TAHUN. Yup, no mistake. 3 TAHUN LADIES AND GENTLE MEN.




Rin memang comel gile kot!! *ehem* i'm not a pedo kay? SERIOUSLY *seriousface*

Usagi Drop ialah sebuah manga josei karya Yumi Unita, berkisar mengenai Daikichi, seorang pemuda di pertengahan usia 30-an baru sahaja kehilangan datuknya yang meninggal akibat sakit tua. Itu normal la. Kalau dah sampai ajal, tua ke muda tetap pergi jugak kan? So kepada yang muda-muda di luar sana, CUBALAH ISAP ROKOK KALAU RASA IDOP KORANG PANJANG SANGAT. *ini adalah taktik psikologi. Malaysians mmg kalau makin disuruh, makin tak mau buat betul tak??*

Itu biasa je. Normal la atok pergi dulu. Tapi yang ajaibnya atuknya ada seorang anak luar nikah! Kalau sama umur ngan Daikichi leh la dia terima. Tapi umurnya Cuma 3 TAHUN BEB. Rin Kaga adalah anak kepada datuk Daikichi dan kini kerana “bapa”nya telah pergi selama-lamanya (romantic tak ayat aku? LOLZ) maka dia perlu dijaga oleh salah seorang ahli keluarga Daikichi. Memang haru sekejap keluarga Daikichi. Makcik2 dan Pakcik2 Daikichi refuse nak jaga Rin sebab takut malu. Status anak luar nikah beb. Sian gila. Bukan salah dia pon. SO ANAK MUDA YANG TAKDE MASA DEPAN JANGAN KORANG ROSAKKAN ANAK DARA ORANG PULAK. Pesanan ikhlas dari Aku Pencinta Anime.

Jadi disebabkan tak tahan sikap pesimis pakcik makcik yang kolot dan close minded (reminds me of typical Malaysians, no?) makanya Daikichi buat keputusan. Daikichi akan menjadi penjaga Rin dan sebelum dia Tanya Rin sama ada nak ikut dia atau tak, die sempat la hamburkan kata-kata hinaan terhadap makcik pakcik dia dengan begitu COOL sekali. SALUTE YOU DAIKICHI. TABIK SPRIIIIINGGGGGG!!!!


Comel la Rin nih. Tah kenapa tah orang tak nak bela dia. bukan salah dia pon dia dilahirkan sebagai anak luar nikah. oh humanity WHY GOD WHY?????

Maka lepas tu bermulalah cerita suka duka Daikichi dan Rin yang begitu normal and I got to say, cute in a way. Manga ini istimewa kerana author manga ini mampu menukarkan sesuatu yang normal dalam kehidupan seorang bapa dan anak, kepada sesuatu yang sangat cute dan interesting. It was like, reading a book about parenting. I mean, A REALLY GOOD BOOK about parenthood. Dan dalam cerita ni, korang kena perhatikan perkembangan watak Rin dan bagaimana kehadiran Rin dalam hidup Daikichi mengubahnya menjadi seorang manusia yang lebih baik, keseluruhannya.

But I like the earlier part of the manga. When Rin becomes a teenage, it becomes a lil bit dull. Maybe the cuteness fades away as Rin grows up. But still entertaining. TAPI aku tak nak la spoil mood korang untuk membaca manga ni. Jadi aku Cuma bagi sedikit sneak peek mengenai manga ni and nothing more.

Overall, aku rasa this manga is a MUST READ for those who loves shoujo and josei kind of manga. Especially the girls since this manga is dedicated to the girls (the term Josei itself means ‘ladies’ which means it was dedicated to the ladies). Seriously guys, you don’t have to wait till the next episode comes out because the series is completed oredy. All you have to do is read, and enjoy the manga.


Kaga Rin dan Daikichi dalam siri drama Usagi Drop. DO WANT!!!


A bit of a side note, selepas siri manga Usagi Drop/Bunny Drop tamat, sebuah filem dan siri animasi Usagi Drop mula ditayangkan di Jepun. Kalau korang rajin search kat internet dan kalau korang SUPER BAIK HATI, tolong inform aku mengenai siri anime Usagi Drop ni ek?? PLEASEEEEEEEEE????? AKU MINAT GILE KOT CITE NI!!! SIAN LA KAT AKUUUUU

That’s all peeps.

Ahad, 21 Ogos 2011

Fighting stereotype - MY WAY


Anime lovers HAVE TO READ THIS POST


wassup peeps.

aku pernah cakap yang Otaku ialah sejenis terminology. perkataan Otaku ialah sejenis stereotyping masyarakat terhadap komuniti pencinta anime. walaupun aku telah dihentam bertalu-talu diatas statement tersebut, tapi atas dasar keras hati, tak makan saman dan dibantu oleh rasa ego yang ekstrem, maka aku masih percaya dengan statement aku itu dan tidak mempedulikan kata-kata nista dan caci cerca yang dilempar terhadap aku. TAPI, cuma cacian dan cercaan je yang aku buat dunno. IDEA dan POINTS yang dilemparkan, aku terima dengan hati yang terbuka. jadi adalah beberapa orang manusia yang boleh faham point aku dan mengutarakan pendapat diorang terhadap isu tersebut. mereka ini wajib diberikan pingat oleh komuniti pencinta anime kerana telah membantu mengembangkan komuniti ini melalui perbincangan sihat dan berkesan. KUDOS TO YOU LADIES AND GENTLEMEN OF THE WORLD OF ANIME.

Point yang mereka utarakan ada yang menyokong usul aku. Tak kurang juga ada yang menentang. tapi perbincangan ini masih dalam keadaan yang sihat dengan kedua-dua pihak cuba untuk menjelaskan hujah mereka. MACAM INI BARU DUNIA ANIME BOLEH MAJU!! janganlah hanya mengekor saja. sorang datang mencaci, lagi sepuluh mai nak caci jugak. sume jenis yang hanya mengekor saje. THEY ALL JUMP ON THE BANDWAGON WITHOUT THINKING. oh Malaysians.

berbalik kepada isu tadi, ya memang debat agak hangat juga diselitkan pula dengan api kemarahan pasukan gerila yang memarakkan lagi api pergaduhan(memang salah aku pasal post bende bodoh tu tapi kalau dah habis, setel, so NAK GADOH PASAL APE LAGI????) tapi debat ini membuka minda aku. betapa dunia ini begitu luas dan term otaku itu sendiri sebenarnya meluas dan tidak terbatas hanya kepada terminology rakyat jepun sahaja. Otaku di Amerika contohnya hanya merujuk kepada golongan pencinta anime dan tidak dianggap sesuatu yang negatif. (tapi ada la sebahagian lahanat yang merosakkan nama otaku ni dan akhirnya lahirlah post bangang aku tu kan? kan? kan?)

Otaku di Jepun memang sesuatu yang negatif. JANGAN NAFIKAN. reality bites. memang sakit nak terima kenyataan, aku pun kalau boleh nak deny those statement tapi BERPIJAK LA DI BUMI YANG NYATA. terima kenyataan. kalau korang tak boleh terima... lantaklah. bukan leh dapat dividen pon pujuk orang keras kepala. betol tak? PANDAI CUCU ATOK.

tapi Otaku di Malaysia, masih belum ada statement sahih mengenainya. cuba cari dalam kamus dewan. kalau ada, maknanya ahli sasterawan negara dah mula la mengkaji makna komuniti Otaku ini. kalau takde maknanya Otaku ini masih belum sahih labelnya di Malaysia walaupun dah bekurun Malaysians pakai terms ni.

post aku pasal Otaku je dah sampai separuh page. aku pendekkan je la, kang takde yang nak baca lak. dah la design blog GAY semacam. aku sendiri geli tengok design sampah blog aku. (err.. kalau ada expert blog tu boleh la ajar aku. saya budak baru belajar)

itu cuma mukadimah je. sebenarnya topik aku hari ni memang ada sangkut paut pasal komuniti pencinta anime atau bahasa belum sahihnye, Otaku ni. aku nak korang fikir sejenak. sepanjang korang jadi pencinta anime ni kan, pernah tak korang distereotype-kan oleh masyarakat? JANGAN CAKAP TAK PERNAH. KANG AKU TAMPAR KO BISU SEHARI. serius. PERNAH KAN? jgn tipu la ckp tak pernah. cuba la ko cakap kat cikgu korang ke, mak bapak korang ke, kawan-kawan korang ke, sape-sape je la dalam Malaysia ni yang korang layan BEN 10, Anime, beli merchandise anime, cosplay etc. diorang mesti buat muka mcm jumpe penagih tepi jalan. jawapan paling facepalm yang keluar dari mulut diorang "Dah besar panjang pon layan kartun lagi?" *facepalm*

*FACEPALM*

kepada rakyat Malaysia yang stereotype, ni cheq nak habaq mai kat angpa, benda ni cuma HOBI KAMI. apa salahnya meminati animasi dan komik di usia senja ni?? (err... aku baru nak masuk 20. belum tua lagi kan?) INI CUMA HOBI LA WEH. aku pelik naper korang tak stereotypekan golongan yang hobinya mengumpul setem ke, mengumpul tutup botol ke, yang paling dahsyat yang kumpul TENGKORAK sebagai satu koleksi eksotik. KORANG TAK BISING PON?? kami yang meminati anime ni pulak distereotype-kan oleh masyarakat. APA INI???????

*no offense to people yang ada hobi eksotik. just utarakan pendapat je*

aku dah lama pendam benda ni. sakit hati kot tiap kali aku cakap aku layan anime, mesti diorang wat muke gusto. kalau tak kerana aku boleh melukis, alamat tak ada kawan la aku hari ni. *serius, peminat anime dengan bakat melukis lebih mudah berkawan dari peminat anime tanpa kebolehan melukis. no offense* at least dengan kebolehan melukis aku tu, boleh la aku entertain kawan aku. dapat la jugak dengar depa cakap "eh, eh, best la ko pandai melukis". tapi to my teacher, please. no drawing will entertain them ladies and gentlemen. diorang tetap ngan statement "Dah besar panjang pun layan kartun lagi?"

My family. My beloved parents


and i consider myself lucky, parents aku jenis open minded. aku tau diorang tak suke aku minat benda-benda macam ni tapi depa tak halang aku dari meminati anime. diorang kata cukuplah sebagai satu HOBI. i appreciate that my beloved parents. walaupun cita-cita aku di bidang seni terhalang tapi at least diorang bagi aku kebebasan memilih hobi ni. but i pity those yang mana parents mmg BANGKANG TAHAP GILE KENTANG PUNYA hobi korang ni. aku serius ni. simpati gila. TAPI DUN EVER STOP GUYS. if you stop loving just because of these minor obstacle then YOU ARE NO OTAKU DAMMIT.

so Malaysians memang ada masalah nak terima golongan macam kite-kite ni. (untuk kite-kite ajeeeee~. LOL Astro Ceria layan gak) diorang dah ada mindset "budak-budak camni memang takde bende berfaedah diorang buat ni".

KEMON LA!! so sebab tu aku menyeru kepada semua pencinta anime dan Otaku Malaysia agar membantu aku menentang stereotyping ini. cukuplah aku spend half of my life being stereotype by some dumbfags who doesn't even study the greatness of anime. diorang yang tak faham anime TAK LAYAK untuk stereotypekan kami. koman-koman kami tak kacau hidop korang. KAMI TAK EXTREME CAM OTAKU JEPUN!!

aku masih belum temui penyelesaian kepada stereotyping ini. all that i can do is to share this with as many anime lover/otaku in Malaysia and try to come up with something. that is MY WAY of fighting stereotypes. at least i am doing something to stop these ignorant Malaysians from stereotyping us.

What will you do?

share this if you really care about the future of AniManga world before it DIES because of STEREOTYPING. regards, Usagi9898

Sabtu, 20 Ogos 2011

Fresh start


check this post first.


thats right folks. this is my new blog. and as i already said in the previous post, i want to start again. i admit my foolishness for posting such crap on the net. but then, human in nature is not perfect. a perfect human is imperfect human. being perfect is not the nature of human and thus being perfect itself is a sign of imperfectness.

since this is my first post, there won't be anything special. but next post i will post something which might interest you. but i will make sure it won't be like my first hideous post people.

that's all peeps.