Memaparkan catatan dengan label Bola. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bola. Papar semua catatan

Jumaat, 18 Mei 2012

Cerita bola - Off topic sekejap

Wassup peeps

Korang dah baca title di atas so kalau dah title macam tu takkan la aku nak cite pasal resepi cekodok pisang pulak kan? Ya, kali ni ada sedikit off topic dan kita akan berbicara mengenai bola sepak. Satu jenis cabang sukan yang popular dan dikenali umum serata dunia. Kenapa aku pilih subjek ni untuk tema entri kali ni? Sebab kebelakangan ni banyak benda berlaku dan aku rasa tak salah kalau aku highlightkan sebahagian event berkaitan bola sepak dalam dan luar negara.

  • Final Piala F.A Malaysia menemukan Kelantan dan pasukan kelab yang pertama kalinya berjaya sampai ke final iaitu Sime Darby FC. 
  • F.A.M melatah bila TSAM merasmikan CD Dikir Warriors. Memang la dia digantung dari tugas F.A.M tapi apa salahnya dia rasmikan CD tu? Pulut ayam tol F.A.M
  • EURO 2012 akan berlangsung tak lama lagi. Kali ni di Ukraine dan Poland (Tuan rumah bersama). Aku bajet kalau tak Spain atau France, Germany akan menang. Jangan mention Argentina itu negara belah America bukan Eropah.
  • Ketika artikel ini ditulis, ada rumors mengatakan jalan-jalan di Poland dan Ukraine dibersihkan dengan membunuh semua kucing dan anjing. Ini just rumors. Aku tak boikot selagi aku tak dapat kesahihan berita ni. And please, aku pun pencinta kucing gak. So better investigate dulu 
  • Perpindahan Nazmi Faiz Mansor ke kelab Liga Zon Sagres (Divisyen utama Portugal) dan kebangangan sebahagian rakyat Malaysia yang sibuk dengki bila Harimau Muda ditulis sebagai kelab bermain di Singapore. Bro, dah memang Harimau Muda main kat Singapore takkan nak tulis main kat Uganda pulak?? 
  • Selepas 44 tahun menanti akhirnya Manchester City menjulang piala BPL selepas jaringan lewat permainan Kun Aguero memusnahkan ego setan merah Menchester. 
  • Yang kurang relation dengan sukan bola tapi masih boleh berkait, iaitu isteri perdana menteri menang anugerah tokoh sukan. Ini memang bangang punya berita. Sape punya keje ni? Sukan apa dia main?? 

So yeah, banyak benda berlaku dan aku rasa macam tak kena kalau aku tak menulis pasal bola selepas seminggu feed aku dipenuhi dengan post berkaitan bola. 

Jadi kali ni aku mau cerita mengenai kecintaan aku kepada bola sepak. Kenapa kitorang suka dengan sukan ni. Kenapa ia popular. Kenapa sukan ni menjadi kegilaan anak-anak muda dan kenapa Malaysia takleh layak ke Piala Dunia. 

Sebab pertama aku cintakan sukan ni adalah kerana emosi. Jarang ada sukan di mana kita boleh rasakan segala emosi dalam dan luar permainan. Kalau korang nak contoh tak perlu pergi jauh. Beberapa minggu lepas Manchester City menentang Malaysia... eh silap! Queens Park Rangers. Kerana kealpaan pertahanan City mereka dihukum oleh sekujur tubuh bernama Mackie yang mudah menanduk bola masuk melepasi penjaga gol City Joe Hart dan bangang of the night Joleon Lescott. Jaringan tu seakan memusnahkan harapan dan penantian 44 tahun para peminat Manchester City sehingga satu ketika majoriti peminat dilihat mengalirkan air mata melihat para pemain mereka bertungkus lumus untuk mencari gol kemenangan dan menamatkan badi 44 tahun tanpa kejuaraan. Mereka begitu emosi melihat usaha pemain mereka satu demi satu diselamatkan penjaga gol prolifik QPR, Kenny. Akhirnya mereka diselamatkan oleh seorang anak muda bernama Edin Dzeko yang menanduk kemas sepakan penjuru Silva untuk menjadikan kedudukan 2-2. Namun untuk merangkul kejuaraan mereka perlu menang dan akhirnya kemenangan itu hadir begitu dramatik dengan jaringan Kun Aguero lewat permainan. Usai perlawanan padang Etihad Stadium diserbu ribuan peminat yang mahu meraikan penantian 44 tahun bersama para pemain mereka. Tangisan kehampaan mereka diganti dengan tangisan kegembiraan. Ya, malam perlawanan itu penuh emosi. Itulah salah satu faktor yang menjadikan sukan ini istimewa di mata kami peminat bola sepak. 

Zinadine Yazid Zidane. Legend ni.


Emosi itu ada dalam setiap sukan. Tapi pada pendapat aku, ia lebih kuat dirasai dalam sukan bola sepak. Satu lagi faktor ialah kontroversi dalam bola sepak. Walaupun kadangkala pedih ditelan, tapi inilah rencah utama yang menjadikan bola sepak itu begitu istimewa. Siapa boleh lupa the hand of god? Apabila Maradona menjaringkan gol menggunakan tangannya? Siapa boleh lupa apabila tragedi hand of god berulang kembali dalam Piala Dunia Afrika Selatan 2010, tapi kali ini dilakukan oleh pemain Uruguay bernama Luis Suarez? Berbeza berbanding Maradona, kali ini Suarez menepis rembatan yang jelas menerjah gawang dan akibatnya NAH! Kad merah buat si arnab racist. Namun akhirnya Asamoah Gyan tetap gagal menyempurnakan sepakan penalti dan itu terbukti menjadi pemusnah kerana Ghana tersingkir dari Piala Dunia selepas tewas kepada Uruguay. 

Maradona bermain bola tampar

Kontroversi itulah sebenarnya yang menjadikan sukan ini istimewa. England dan Germany sehingga hari ini masih bertelingkah mengenai jaringan pada final piala dunia yang kontroversi. Thierry Henry masih dikecam kerana memusnahkan harapan Ireland untuk ke piala dunia apabila beliau memegang bola dengan tangan. Sergio Busquet, Drogba, Dani Alves, Cristiano Ronaldo masih dikecam sebagai penerjun bebas di atas padang. Ya, itulah dia yang menjadikan bola sepak istimewa. Kontorversi ini dibincangkan di mana-mana, forum internet, kedai kopi, di sekolah, di mana sahaja para peminat giat mengulas mengenai satu satu kontroversi dalam bola sepak. Sememangnya kontroversi dan bola sepak tidak boleh dipisahkan. 

Calon untuk anugerah Penjaga Gol terbaik Uruguay : Luis Suarez!


Satu lagi faktor kecintaan aku terhadap sukan ini adalah kerana adanya sesuatu yang kita, peminat bola sepak gelar sebagai Derby. Derby ini adalah pertemuan antara kelab setempat dan biasanya boleh manjadi sangat hangat dan kontroversi. Di La Liga, mereka ada derby bertaraf dunia digelar El Clasico. Pertemuan Real Madrid dan FC Barcelona memang dinanti peminat seluruh dunia. Di England, banyak pertarungan derby disiarkan di kaca TV dan mendapat liputan antarabangsa antaranya Liverpool - Everton dan Manchester City - Manchester United. Derby ini biasanya dihangatkan oleh media tempatan dan para peminat serta kadangkala perang psikologi antara pengurus pasukan. Hentam-menghentam itu perkara biasa. Kalau korang tak familiar dengan situasi ini, cukuplah kalau diimbas kembali derby Asia Tenggara di final Piala Suzuki yang menemukan Malaysia bertemu Indonesia. Hangat bukan? Ya, itulah yang memarakkan lagi kecintaan kami terhadap sukan bola sepak. 

Sememangnya banyak faktor yang menjadikan sukan ini istimewa di mata kami. Tapi meski aku cinta akan sukan ini, aku kecewa dengan perkembangannya baru-baru ini. Maksud aku, di Malaysia. Malaysia adalah tanah di mana sukan bola sepaknya sangat tidak normal. Sukan bola sepak di Malaysia ini boleh jadi bahan ketawa orang-orang luar. Kenapa? Kerana post sudah memang panjang, aku tulis point je supaya korang tak penat mau baca:

  • Di Malaysia, orang dalam F.A.M tidak boleh kritik pasukan kebangsaan. Kritikan itu membina, jadi kenapa melatah tak tentu hala? Mengkritik pasukan kebangsaan akan menyebabkan korang digantung tugas. Macam mana bola sepak mau maju?
  • Hanya di Malaysia, liga utamanya hanya ada berbelas pasukan. Kononnya tidak mau jadual yang padat dan congested. Aneh sebab di luar negara jumlah pasukannya berpuluh-puluh. Ada kejohanan continental lagi. Tak ada yang mengadu penat?
  • Hanya di Malaysia, kelahiran pasukan kelab dikatakan sia-sia sebab negeri patut bersatu. Kalau macam itu la rupanya, Malaysia ni cuma perlukan 14 pasukan je ke? Kompetitif ke kalau kita implement sistem bodoh macam ini? Kompetitif korok kamu.
  • Pasukan negeri makan pasukan kelab. Sendiri mau fikir. Masing-masing dah besar panjang.
  • Orang politik cantas mencantas. Ya tuan-tuan dan puan-puan, inilah puncanya kenapa Malaysia yang dulunya ranking 70+ dalam FIFA jatuh menjunam sampai ke 140+. Inilah puncanya kenapa sukan kita semuanya ke laut. Kalau dah tak reti sukan turun la dari takhta presiden, pegi la main golf ke polo ke. Pulut kambing tol la. 

Dan beberapa lagi sebab yang aku malas nak discuss. Celake apa discuss pastu diorang buat pekak je. Damn politician puihhh.

Ya aku cinta sukan ni. Aku juga cinta akan negara. Jadi aku memang teringin mau tengok negaraku terus maju dalam sukan ni. Sayangnya dengan melihat kepada senario bola sepak negara ketika ini, aku tak rasa bola sepak Malaysia mampu pergi jauh. Selagi beginilah keadaannya, maka terus terperosoklah kita di tangga ke 140+ dalam ranking dunia. 

Apa pendapat korang pulak? Apa yang buat korang cinta akan sukan ni dan apa yang mengecewakan korang mengenai sukan ni? 

Jumaat, 10 Februari 2012

Minggu yang tenang

Ha... Abam memang tenang skang ni. Dah lama abam tak rasa setenang ni.

Takde lagi awek Maxis kejar abam sebab tak bayar bil...

Takde lagi orang buku kejar pasal hutang buku...

And on top of that, kehadiran dua insan kedalam hidup abam menceriakan lagi suasana.

Dipersilakan, Encik Tablet Genius dan Glove Uhlsport!!

Encik Tablet bakal membantu abam di bidang lukisan dan encik Glove Uhlsport pula bakal membantu abam di atas padang di samping melihatkan abam sebagai penjaga gol yang kacak lagi hensem

Silakan jeles sekarang

Sape tak jeles dia baca Metro! End of conversation

Isnin, 30 Januari 2012

Game review - Pro Evolution Soccer 2012

Wassup niggas

Kali ni brader pedosagi mau cerita pasal sebuah game bola yang second awesome lepas game FIFA12 (walaupun dalam konsol, FIFA12 banyak gila glitch fail) iaitu game Pro Evolution Soccer 2012.


Aku seorang nasionalis. Jadi ni menjadi pilihan aku untuk gambar PES2012. Kalau korang tak suka, silakan tekan ALT+F4 dan pergi makan nasik. Lagi elok

Kepada bukan peminat bola kalau takmoh baca review ni sila klik button merah bertanda pangkah di hujung browser anda, mekaseh

Game kali ni banyak perubahan berbanding dengan PES yang dolu2. Ada kebaikan dan ade juga perubahan yang membuat pemain bola tegar seperti aku FUUUUUUUUUUUU depan skrin laptop sehingga menimbulkan syak bahawa aku seorang manusia yang telah hilang kewarasan diri. Tapi dari segi keseluruhan game, aku rasa game ni lebih baik dari game PES yang lalu. Improvement yang dibuat oleh Konami dengan memperkenalkan beberapa sistem baru dalam game pada aku adalah sesuatu yang positif. Di sini aku ulas beberapa interface baru lam game ni.

Teammate Control

Dengan memperkenalkan engine baru dalam game ni, Konami juga memperkenalkan satu interface atau sistem baru dalam game ini iaitu Teammate Control. Kalau dulu kita hanya control seorang pemain dan teammate kita akan digerakkan oleh bot, sekarang kita boleh control lebih dari seorang player thanx to this system. Dengan adanya sistem ini, kita mampu menggerakkan lebih dari satu pemain dan memudahkan kita untuk membuat hantaran ke ruang kosong serta memberi lebih banyak option ketika menyerang dan bertahan. Tapi untuk pemain baru mungkin adalah lebih baik jika korang berlatih dulu guna sistem baru sebab jujur aku cakap, aku sendiri belum master lagi benda ni. Nampak cam susah. Pepehal kalau korang dah master aku rasa mesti lagi mudah nak menang kalau lawan ngan team kawan korang. Mesti team kawan korang senang2 je kene rape ngan team korang sebab korang dah master menggunakan sistem ni

Football Life

Ini juga satu pembaharuan dalam PES. Football Life adalah Master League dan Be a Legend mode yang lama, namun diberikan nafas baru. Dalam Master League, korang leh create rupa manager dan ambil alih kelab yang diberikan atau just kawal team sedia ada cam Bercelona. Masih sama macam Master League yang lama, tapi ada sedikit pembaharuan dari segi grafik dan interface dalam permainan. Be a Legend pun masih seperti yang lama, tetapi diberikan rupa baru oleh Konami. Selain itu dalam kedua-dua mode ini ada sedikit penambahan iaitu Mission. Dalam kedua-dua mode, ada misi yang mesti dilaksanakan pemain. Ia mungkin expectation oleh bos kelab atau harapan peminat, dan ia mesti dilaksanakan kalau korang taknak kena tendang keluar kelab. Jadi sedikit challenging berbanding mode lama. Selain itu juga ada mode baru bernama Club Boss yang hanya boleh di-unlock jika korang dah dapat cukup Game Point. Unlock mode ini di Extra Content. Dengan mode ini pemain akan memainkan peranan sebagai chairman sebuah kelab. Macam Tony Fernandez la. Di sini, urusan kelab dari tandatangan pengurus pasukan, peruntukan kelab sampailah kepada memberi nasihat kepada pengurus menjadi tugas anda selaku seorang chairman kelab. Tapi yang kurangya, mode ni korang takleh main sebagai pasukan. So, korang tengok je la team korang main sama ada menang atau jadi lauk sayur. Tu yang aku kurang kenan.

Selain dari penambahan dalam dua sistem diterangkan di atas, aku juga dapat rasakan pengadil dalam game ini semakin "human". Tau kenapa? Sebab pengadil dalam PES boleh buat kesilapan macam manusia. Keputusan kontroversi pengadil boleh buat korang meraung macam kena kejar pedobear. Aku pernah kena dan aku memang RAGE tahap karma. TAK OFFSIDE LA GAMPANG!!!! *(^&%R%(*^%)(%)%*%^&*^(

Bot dalam PES? Aku tak tau la korang, tapi aku rasa bot dalam game ni dah jadi makin bangang. Korang mesti akan merasa panas ati kalau main mode Be a Legend sebab korang hanya control seorang player sahaja. Yang lain sumer bot so peluang utk RAGE adalah sangat cerah. Atau mungkin kerana aku belum biasakan diri dengan sistem baru ni. Tak taulah

Keseluruhannya, game ni agak OK. Selain dari kegagalan Konami mendapatkan lesen dari liga-liga utama dan kejohanan seperti FIFA World Cup menyebabkan nama sesetengah pasukan dan kejohanan terpaksa diubah, aku rasa ok la untuk mereka yang gemarkan permainan bola sepak yang ringkas. Recommended utk peminat bola kalau laptop korang pun takleh tampung FIFA12 cam aku *sulks at the corner*

Itu je kali ni

Korang tak minat bola? Kenapa korang bace? Tak suruh pun?

btw, MENYU KALAH LAWAN LIVERPOOLLLLLL!!!!!! YAYYYY!!!!! Tapi aku tak minat Liverpool. Aku minat Newcastle. Dan Barcelona. wakakaka.

Abes. Gi main jauh2.

Selasa, 22 November 2011

Aku, Bola dan Harimau Malaya



SELAMANYA HARIMAU MALAYA

Wassup peeps!!

First of all, i'd like to congratulate our national football team a.k.a the Young Tigers for winning the gold medal in Indonesian SEA games recently. Tapi jangan gelabah sangat. Ini baru pingat sukan SEA bukan World Cup lagi jadi jangan jadi bangang pergi page orang Indon pastu provoke diorang. Kalau ko nak rase buluh runcing up your ass then please do so.

Kali ini sempena kemenangan Malaysia kita lari tajuk sikit. Aku nak cerita mengenai bola sepak Malaysia yang aku tau dan yang aku alami. Penulis lain seperti Boku dan Kazu, diminta buat perkara yang sama sebelum korang dikejar bos Pedo.

Aku mula menceburi bidang sepak bola ketika berumur 9 tahun. Menonton Piala Dunia di Jepun/Korea buat pertama kali menarik minat aku terhadap sukan ini. Namun ketika itu bola sepak Malaysia masih ke laut lagi. Tiada pencapaian dan kemarau piala seperti Arsenal, Malaysia tidak sekuat ketika era Mokhtar Dahari dulu. Kalau dulu ranking Malaysia adalah nombor 70 dalam dunia yang melayakkan mereka untuk bermain di EPL, tapi sekarang ranking Malaysia di nombor 140+. Mendadak jatuhnya sebab kemelut dalaman FAM. Tapi atas semangat nasionalisme yang membuak, aku masih bersama pasukan negara walau mereka diayam-ayamkan pasukan kuat Asia Tenggara seperti Thailand dan Vietnam.

Aku ada bersama ribuan penyokong Harimau Malaya menyokong Malaysia ketika sukan SEA di Malaysia. Ketika itu Ultras Malaya tak ada siapa pun yang kenal. Sebab Ultras terkenal ketika ini adalah kerana Malaysia menang piala AFF Suzuki. Kalau Malaysia tak menang itu hari aku rasa tak ramai yang nak menyokong Malaysia kan? Korang ni memang glory hunters. Time menang je nak sokong. Time kalah bising pulak.

Aku berada di sana ketika skuad negara menang tipis ke atas pasukan vietnam untuk mara ke pusingan akhir bertemu Thailand (Rasanya betul kot. Ikut memori aku Malaysia mengalahkan Vietnam ke final. Atau aku yang dah terlupa. Memori aku bukan kuat sangat). Di pusingan akhir, kealpaan pertahanan Malaysia dihukum Thailand yang menjaringkan gol tunggal perlawanan sekaligus menghadiahkan pingat emas buat skuad Gajah Putih. Ya, aku berasa di stadium ketika itu menyokong Malaysia walau mereka tidak sekuat negara besar bola sepak yang lain. I am not a glory hunter. Menang atau kalah, aku tetap menyokong skuad negara.

Dan hari ini, aku bangga kerana perlahan-lahan bola sepak Malaysia sudah kembali meningkat naik. Kalau dulu bola sepak Malaysia ke laut, sekarang dah tak seteruk tu. Walaupun kebanyakan pemain Malaysia masih suka menyepak bola ke bulan macam Baddrol Bakhtiar itu hari. Kini Malaysia sudah jadi kuasa besar ASEAN. Itu Thailand yang kasi malu kita di laman sendiri sudah kene tapau di Jakarta. Itu Garuda pulak kene baham dek Harimau kelaparan pingat. Malaysian soccer is getting better and better. Maybe in the next 20 years we'll be able to compete in the World Cup who knows? I can dream, can't i?

Dan aku harap penyokong Indonesia akan jadi lebih bersopan dan tanamkan lebih banyak sifat kesukanan dalam diri. Kalau kalah bola pun dah mengerumun bas pemain lawan macam kalah perang dunia ke-3, susah la. It's just a game for god sake.

Pepehal akhir kata aku ucapkan tahniah buat Harimau Muda dan good luck berdepan dengan Syria malam ini. Penyokong Malaysia penuhkanlah stadium dan berikanlah sokongan padu lagi jitu buat pasukan kebangsaan!!

Sayangnya aku tak boleh ke stadium atas sebab peribadi. OTL

Okeh, jumpe lagi di post akan datang.

Ahad, 30 Oktober 2011

Bangang - Ape kene ngan korang ni?

Serious post is serious

Hello peeps. Okeh. Balek dari bercuti. One thing i don't like about holidays is that when the holiday starts, the holiday mood switch in my body will turn on automatically. That explains a week of no new post for A.P.A. Sorry. Kene ubah sikap aku nih. Raya haji dah dekat. Ape kene mengena? Aku pun tak tau. Lu pikir la sendiri.

Kali ni post aku sedikit lari dari konsep. Sepatutnya blog ini memang hanya untuk post berkisar mengenai dunia animanga tapi as a Malaysians, i have to say this. Aku terfikir, apasal kuat sangat semangat kenegerian orang di Malaysia ni? Kata duduk satu Malaysia tapi sebab ada sikit salah faham, terus bash negeri orang lain. BANGANG.

Cuba teka kenapa aku bangkitkan isu ni? Damn right you are. Semalam perlawanan akhir Piala Malaysia menemukan Terengganu dan Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam (FAM sengal naikkan harga tiket. Middle finger to you) berkesudahan Terengganu tewas 1-2 hasil jaringan pemain berteknologi nano iaitu Hairuddin "Hai-O" Omar. Selesai perlawanan, berlaku satu insiden di mana seorang penyokong Negeri Sembilan dibelasah beramai-ramai. Korang mesti rasa penyokong Terengganu tak rasional kan? SALAH!! Tu la. Tetibe menyampuk tak pepasal aku belum lagi abes cerita. Aku tampar ko lelaju, bisu seminggu kang.

Actually, penyokong Negeri Sembilan yang berkenaan telah membakar bendera negeri Terengganu sebagai tanda provokasi. BANGANG. Sape tak panas beb?? Kene tunjal, tau takut. Lari masuk bas. Tapi silap bas, masuk kandang rimau la pulak. Bas yang dimasukinya adalah bas penyokong Terengganu. Amek kau. Tu la. Nak bangang tak bertempat. Ape kono eh jang?? Ape kes dok bakar bendera negeri lain? Ape negeri ko tu suci sangat ke??

TOLONG JANGAN BANGANG SANGAT

Penyokong Terengganu ada hak untuk marah. Tapi be civilized. Instead of pergi belasah mangkuk hayun tu, ade lagi baik ko bawak dia gi kat security ke, polis ke. Dia akan terima hukuman yang setimpal. Memang dia yang bangang pergi bakar bendera negeri lain. Fanatik yang amat. Tapi tunjukkan kematangan korang. Pasal bola sebijik pun sampai nak belasah and bakar-bakar bendera negeri lain ke? Sungguh mangkok.

Aku puas hati game semalam. Walaupun Sharbinee tangkap itik malam tadi sampai kene lobos sebijik, tapi overall good game from both side. Tapi serius, boleh tak korang ketepikan semangat kenegerian atau kenegorian korang tu? Lame jokes? Peduli apa aku.

Tak kiralah korang ni dari Selangor ke, N.Sembilan ke, Terengganu ke, Perlis ke, Pahang ke, Sabah ke, Islamic Republic of Kelantan ke, kita semua adalah rakyat MALAYSIA. Ape kes nak bakar saudara sendiri beb? Benda yang obvious macam ni pun nak kene ajar ke? Respect each other. Atau korang yang bebal sangat tak nak terima hakikat negeri korang dinaungi kerajaan Malaysia?

Post ni bukan nak menyalahkan penyokong Negeri Sembilan, hatta menambahkan luka di hati penyokong Terengganu. Aku tau cuma segelintir je yang buat benda bodoh ni tapi just as a reminder. Sebab aku sayang Malaysia aku menulis. Walaupun Malaysia tak macam utopia Jepun (tanya Wapanese. Diorang kan mendewakan Jepun *winks*) dan kurang maju berbanding negara seperti United States of America, tapi kita tetap rakyat Malaysia dan aku tetap sayang Malaysia. Walau Malaysia takde salji dan tidak memiliki 4 musim tapi aku ok. Sebab aku takut sejuk. kehkehkeh.

Kesimpulannya, kurangkan la semangat kenegerian korang dan gantilah dengan semangat KENEGARAAN pulak. Tak kisahlah dari negeri manapun, cintailah Malaysia negara tumpah darahku. Semakin menebal semangat kenegerian korang, semakin dekatlah Malaysia kepada kehancuran. Itu hipotesis aku. So marilah kita bersatu padu dan saling hormat menghormati tanpa mengira pangkat, darjat, bangsa mahupun negeri. Sape setuju, angkat tangan macam Usop Wilcha please.

Kembali kepada anime, aku ade beli satu DVD anime bertajuk Black Lagoon. Macam best so aku beli la. Kalau menepati citarasa aku, akan ada review mengenai anime tersebut. Dan untuk penulis Aku Pencinta Anime, aku ada sikit surprise yang aku nak tunjuk kat korang. Tapi tunggu dulu la. Tak best la kalau reveal awal-awal. Pepehal, korang ready je dan tulis entry sedap2 lagi okeh?

Satu lagi. Itu hari aku cakap aku tak pergi Comic Fiesta kan? Well, a little change of plans. Aku akan pergi. Tapi just tengok-tengok je la. Sebab aku cuma mengiringi kawan kepada adik perempuan aku untuk menjelajah CF tahun ini. Aku dah pergi 3 tahun berturut-turut. It seems like aku akan memecahkan rekod peribadi dengan menghadiri CF buat kali ke 4 berturut-turut. Tapi aku harap CF tahun ni tak macam tahun lepas. Agak boring. Harap Comic Fiesta tahun ini akan menjadi lebih best.

Okeh nak tutup kedai. Akhir kata, perpaduan teras kejayaan. So jangan la gaduh-gaduh. Ape pun korang tak dapat nanti.

Salam.