Selasa, 25 Oktober 2011

Anime Review - Hanamaru Kindergarden

Kanak-kanak tadika pelbagai ragam. Tadika Hanamaru memang HAVOC!

Hari ni aku akan review sebuah anime awesome-sangat-cute-gile-kentang bertajuk Hanamaru Kindergarden. First of all, mekaseh kepada adik aku yang telah meng-sponsorkan DVD anime comel ini kepada aku. Dan kepada penulis A.P.A Kazuinato dan Bokutachi, aku tolong korang sogok Pedoboss dengan anime ni. Korang siapkan artikel sebelum efek umpan DVD ni terlerai. Kalau tak...

Apa best anime ni? Tu la aku belum abes cakap dah menyampuk. Sabar dulu. Step by step la. Tak sabo langsung la korang nih. Kita mulakan dengan sinopsis die la dulu.

Watak utama, Tsuchida ialah seorang guru baru di Tadika Hanamaru. Dalam perjalanan ke sekolah pada hari pertama, dia berjumpa dengan Anzu. Niat baik Tsuchida disangkakan oleh Anzu sebagai cubaan untuk mengorat dan menimbulkan salah faham. Akibatnya sepanjang berada di sekolah, Anzu cuba untuk menarik perhatian Tsuchida dalam usaha untuk mendapatkan cinta Tsuchida. Sayangnya Tsuchida nyata lebih tertarik dengan guru yang mengajar di kelas bersebelahan iaitu Miss Yamamoto.

Trio yang bermasalah. Koume yang pemalu, Hiiragi yang bijak dan Anzu yang aktif. Memang pening kepala Tsuchida nak jaga diorang ni

Cerita ni memang sesuai untuk ditonton oleh semua. Tidak ada unsur-unsur kotor menjadikan animasi ini sebagai satu animasi yang sesuai ditonton bersama keluarga. Sepanjang cerita ini penonton akan disajikan dengan kecomelan kanak-kanak tadika dan juga sedikit humor ringan bagi menambah seri cerita ini. Tapi memang strong point animasi ini ialah kecomelan watak kanak-kanak di dalamnya. Sebab tu boss pedo suka animasi ni. Anzu tak habis-habis nak menggoda Tsuchida, dibantu oleh dua rakannya iaitu Hiiragi dan Koume. Dalam usahanya menggoda Tsuchida memang banyak salah faham dan perkara aneh berlaku. Aku suka tengok anime ni sebab iainya comel dan sangat entertaining.

Apapun anime ini tak memberi impak yang begitu kuat pada aku. Kecuali bab frasa "Nothing's stronger than the power of love" yang banyak kali disebut dalam anime ini, aku tak berapa ingat sangat babak lain yang mampu buat aku teruja. Yeah, memang animasi ini kurang aksi. Tapi untuk tontonan ketika masa terluang, ketika bersantai, memang anime ini sesuai untuk tontonan semua.

Kalau aku boleh bagi bintang, anime ini layak mendapat 3 bintang 1/2. Ianya memang menghiburkan dan the main point is, it's cute. Korang tak percaya diorang ni comel? LAYAN VIDEO KAT BAWAH NI. Kalau korang kata ianya tak comel memang sah korang berhati kering. LEBIH KERING DARI HATI TROLL MACAM AKU. Itu dah parah. Baik ko pegi jumpe doktor.

Pepehal aku memang enjoy menonton anime ini. Dan aku sarankan kepada mereka yang gemarkan sesuatu yang ringkas tetapi comel, anime ini adalah anime wajib beli untuk anda. Kalau korang jenis suka lovey-dovey pun okay gak. Anime ni sesuai untuk semua jangan risau. Walaupun in certain part there is some ecchi stuff, tapi tak hardcore so jangan risau. Enjoy the anime.

Aku nak praktis menari Panda Neko Taiso dengan adik aku. Now, if you excuse me

Erk... Apsal pedoboss bawak kamera rakaman nih? *run away with my sister*

Tamat dah. Papai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan