Jumaat, 21 Oktober 2011

Aku cinta Malaysia - Artis yang awesome

Pelukis komik di Malaysia kala ini rata=rata memilih untuk melukis gaya Anime kerana ia popular justeru menjadikan gaya anime sebagai gaya mainstream komik ketika ini. Namun andai penceritaan korang bagus, takyah risau pasal gaya lukisan. Banyak pelukis komik Malaysia yang berjaya mencipta nama walaupun teknik lukisan digunakan adalah berbeza dari gaya Anime. Korang tak perasan? Sebab korang cuma belek Gempak je. Apo dan Ujang awal2 korang dan taruk tepi. Tak best alasannya. Tampar ko lelaju. SUPPORT THE INDUSTRY DAMMIT!!

Di sini aku senaraikan pelukis komik tanah air yang berjaya mencipta nama dengan teknik lukisan yang unik dan berbeza

Puyuh
Sape tak kenal Puyuh memang serius korang kene bersara dari bidang animanga. Pelukis komik Dari Alam Angker ni mempunyai teknik lukisan gelap yang sangat unik dan tersendiri. Melukis untuk Gempak dan cerita seram karangan beliau adalah sangat awesome. Sesuai sangat cerita seram dengan teknik diketengahkan oleh Puyuh. Beliau pernah ke Jepun menghadiri konvenseyn komik antarabangsa sebagai artis jemputan dan lukisan beliau juga dipamerkan di sana. I say, korang tak kenal dia? Tak lengkap lagi ilmu animanga korang. Gi balek study lagi.

Lambok
Lambok terkenal dengan karangan cerita Bedtime Stories dan lawak selamba beliau. Tatkala artis komik yang setaraf dengannya struggle untuk menjadi popular, Lambok steady je menongkah arus deras. Lukisan beliau bersahaja tetapi detail. Dan lawak beliau memang kena pada tempatnya. Aku rasa aku tak pernah tak gelak kalau baca lawak beliau. Dan lebih lebih lagi cerita dikarang Lambok sangat dekat dengan jiwa rakyat Malaysia. Lawak di warung, lawak mengenai keluarga, semuanya berkisar dengan kehidupan seharian rakyat Malaysia. Lambok, you earned my respect.

Sireh
Students Life. Antara komik popular dulu. Even sekarang pun masih popular lagi rasanya. Dan sampai ke satu tahap, seorang guru menggunakan karya Sireh ini sebagai bahan bantu mengajar. FUHHH apa makan si Sireh ni? Selain cerita lawak ringan, Sireh turut menyelitkan sedikit mesej mengenai kehidupan dan moral values dalam masyarakat. Sekarang ni pelukis buat cerita tak ada mesej. Kalau ada mesej, tapi tak menarik. Sireh buat komik yang menarik, dan mampu menyampaikan mesej jelas kepada pembaca. Berapa ramai yang mampu buat sebaik beliau? RESPEK.

Oren
WHOA lukisan brader ni sangat MANTAP BEBBB. Dan ia semakin mantap sejak akhir-akhir ni. Dulu cerita beliau tak menarik sangat. Cuma lukisan dia je yang begitu awesomesauce. Tapi akhir-akhir ini komik beliau diselitkan dengan mesej kehidupan, and i like it. Lukisan yang mantop, kualiti cerita yang semakin bagus, apa lagi yang korang nak? Pergi belek komik die skang.

Nizam Bachok
Lagi sekali aku tegaskan kalau korang tak kenal Nizam Bachok, aku memang saspek korang ni jenis belek buku cerita anime sahaja dan kuat kondem komik buatan Malaysia walaupun lukisan korang sendiri berterabur. Semakin popular dengan lukisan cerita seram, beliau mempunyai teknik lukisan tersendiri dan sangat berlainan dari teknik lukisan komik yang selalu diguna pakai. Cerita disampaikan beliau juga terselit mesej kehidupan, sesuatu yang bagus untuk generasi akan datang.

Banyak lagi pelukis awesome tanah air yang memilih untuk lari dari konsep mainstream dan memilih teknik lukisan yang pada pandangan kita ini sebagai sukar untuk popular. Tapi dengan kesungguhan dan teknik penceritaan bertaraf 5 bintang, mereka berjaya mencipta nama sebagai pelukis komik masyhur tanah air. Jadi kepada yang masih duduk bawah tempurung dan hanya membaca komik Jepun sahaja, bawak2 la bukak sikit minda dan luaskan lagi pandangan korang. Bukan Anime dan Manga je yang entertaining. Marvel, Manhwa, Komik Hong Kong, dan Malaysian made comics pun awesome juga. Jadi janganlah kita pulak stereotype, kata cuma Anime dan Manga saja yang best. Kalau tak nak distereotypekan, janganlah kita men-stereotypekan orang lain. You reap what you sow. Kalau itu yang korang buat, itu la yang korang buat. Karma is a bitch.

Okeh gua nak naik bas balek kampung. BALEK KAMPONG~~ OHOHO BALEK KAMPONG

U JELLY?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan