Khamis, 31 Mei 2012

Kenangan Kanak Kanak : Kereta Racing

Wassup people

Kepada yang sedang bercuti, selamat memalaskan diri anda. Aku tau perangai sekor-sekor menjelang cuti kalau tak tido sampai matahari tegak memang tak sah. Jangan gusar, itu normal. Yang tak normal ialah menjadi kelawar. Siang tido malam merayap melakukan onar di muka bumi. Ya, itu memang sangat tak normal. 

Sebelum aku merepek lebih jauh, ada lebih baik aku balik ke topik asal. Ini macam satu segmen baru khas untuk orang-orang tua macam aku. Ye, aku akui aku bukan lagi remaja. Dah masuk awal dewasa dah (ye ke?) Jadi adalah normal juga bagi orang seperti aku untuk mengenang kembali memori zaman kecik-kecik dulu. Jadi di segmen ni aku nak kongsi la benda-benda berkaitan anime yang aku suka buat time kecik-kecik dulu. Mandi parit tak dikira sebab tak berkaitan dengan anime paham? Tapi kene ngaku la most of the time, itu yang aku buat kalau aku kat kampung. Wakakaka


Kali ni mau kongsi pasal kereta racing. Kalau kat tempat aku kitorang panggil kereta ni kereta Tamiya. Pasal brand Tamiya ni la yang paling feymes skali mase tu kalau bab kereta lumba pasang sendiri ni. Ala, sembang Tamiya. Padahal kereta aku jenama cap cina gak. Jenama Auldey la, Three Star la, sume tiru Tamiya. wakakakaka


Beli jenama Auldey pastu mengaku Tamiya original. Phuiii. Dasar budak


Kalau cerita pasal kereta racing ni korang mesti ingat anime-anime lama dulu macam Dash N Kuro etc. Memang macam satu strategi pemasaran la, buat anime untuk mengiklankan produk diorang. Orang Jepun memang pandai bisnes sampai satu tahap Malaysia menerima satu fenomena kegilaan dengan kereta lumba ni. 


Kalau kat kampung aku, kitorang ikat perut nak beli natang ni. Kitorang bukan orang kaya. Pegi sekolah kalau ada RM1 tu dah kira mewah. Jadi kalau ada mainan baru yang nak dibeli, orang malas tolong mak bapak macam aku (kalau tolong mintak upah. ala macam tak pernah buat) kena ikat perut kat sekolah. Pastu gi kedai runcit beli kereta lumba cap cina, bawak balik rumah nak pasang. Nostalgia gila. Kereta ni masalahnya adalah sangat fragile. Parts yang kecik-kecik tu bukan leh kasar sangat handle. Kalau silap, patah part tersebut, remuklah hati jiwa dan sanubari. Penat ikat perut nak beli sekali patah satu part penting tak ke haru? Terus langsung jahanam kereta tu. Ye, memang ada kereta yang dah terus dipasang dan dijual tapi tak feel la beli kereta siap pasang. Takde challenge la kalau tak berpeluh dingin bila nak pasang part-part yang sangat delicate. Apa barang beli kereta siap pasang.


Broken G. Kereta terbaik aku pernah ada. Huhu


Kalau aku, part yang selalu rosak adalah bahagian kecik yang nak memegang bateri tu. Itu kalau rosak, kereta ko tengah racing, melambung sikit tetibe berenti pasal bateri dah tak bersambung. FUUUUUUUUUU


Lagi satu benda yang aku ingat pasal kereta ni adalah mitosnya. Ya, budak kecik memang kuat percaya tahyul dan mitos. Antara mitos popular kereta racing ni adalah warna enjin. Kadang-kadang korang dapat enjin warna merah atau hitam. Ni jenis yang common a.k.a selalu jumpa. Jenis enjin yang rare adalah berwarna hijau, kelabu etc. Aku tak tau la tempat lain tapi memang enjin jenis ni yang kitorang dapat kat tempat aku. Mitosnya adalah warna enjin mempengaruhi kelajuan kereta korang. Kereta dengan enjin berwarna hitam lebih laju dari kereta dengan enjin berwarna merah. Aku tak tau sape yang sebarkan benda tahyul ni. Tapi sebab aku pun kecik lagi masa tu, memang aku percaya. Pulut ayam tol la. Tiap kali dapat enjin merah. Frust nonggeng aku masa tu. 


Ni la dia enjin kereta racing. Aku asyik dapat yang merah. Nokharomm


Satu lagi mitos adalah kedudukan enjin. Kereta dengan enjin di depan dikatakan ada banyak kelebihan berbanding kereta dengan enjin di belakang. Dah besar sikit ni, bila aku fikir balik aku rasa ada la kelebihan sikit sebab kalau naik bukit kereta enjin di depan memang ada kelebihan (kot?) Entah la aku bukan pro. Tapi ni memang mitos yang agak kuat melanda time musim racing kereta dulu.


Memang banyak lagi sebenarnya kisah di sebalik kereta racing ni. Tapi sebab dah lama sangat aku pun dah lupa serba serbi. Kalau korang ada kenangan pasal kereta ni kongsi la kat sini. Kita discuss dengan geng-geng sebaya kita mengenang kembali memori zaman kecik dulu. 


Kalau korang ada cerita zaman kanak-kanak berkenaan anime atau permainan berkaitan anime masa kecik dulu untuk dikongsi silakan hantar kat kitorang. Kitorang akan siarkan kat sini supaya kita dapat sama-sama mengimbau kenangan lalu. Wakaka


Peace out peeps. Usagi signing out

3 ulasan:

  1. Bila anda dah mula mengimbau zaman lama, ertinya anda dah makin tua huhuhu.

    Dulu abang saya saja nak beli kereta ni, dari mana dia dapat duit tu saya pun tak tau, kira kanak2 tak banyak tau. Tapi kat sini kami panggil Tamiya jugak, tapi label dia macam-macam. Sampai skarang saya tak pasti sangat, tapi rasanya ada Auldey satu dua kali.

    Dan.
    Enjin kami selalu hitam.
    //trollface
    Kat depan ke belakang ke, saya tak tau. Yang gerenti, dulu abang saya memang selalu britau supaya jangan kacau itu enjin. UvU;;;
    Time tu, kat sekolah, orang bawak kereta ni, simpan kat dalam longkang kecik luar kelas bila hari panas -jadi longkang kering- dan lumbalah.
    Masalah bagi kami pulak masalah bateri, susah nak cari mang.OTL

    Tapi tu dah dulu.
    Sekarang ni lumba kereta pun kat console.
    Perubaahaaaaan masaaaa~

    PS: Saya masih ada screwdriver pink kecik yang abang saya pakai masa meng-assemble Tamiya tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya saya sudah tua. mekaseh kerana mengingatkan betapa tuanya saya. jika saya tua, anda juga tua. malah lebih tua dari saya. wakakaka

      rasanya mesti jenis ikat perut sebab tu boleh beli. biasanya budak lelaki kalau nak beli something memang tak makan berhari2.

      Padam
  2. jangan lupa follow kembali y kawan

    BalasPadam