Jumaat, 2 September 2011

RAYA!! dan industri Animasi di Malaysia

RAYA PEEPS!!! BAK MAI DUIT RAYA? LOLZ

Selepas sebulan berpuasa (PUASA PENUH TAK NI?? KALAU TAK PENUH AKU TAMPAR KORANG LAJU2. kecuali the girls. paham2 je la LOLZ) akhirnya HARI RAYA MENJELANG TIBA!!! YAYAYAYAYAYZZZZ!!!!!

*ehem* Di sebalik kemeriahan raya, aku masih meneruskan penulisan blog aku yang begitu hampeh sekali. Tulis blog sekali sekala je, naik bersawang blog aku ni. Design blog masih GAY, pastu dah tulis bukan ada yang baca pon. Macam aku telah menghabiskan masa muda aku melakukan sesuatu yang kurang bermakna la pulak. Tapi demi pembaca blog ni ( walaupun aku sedar adelah berapa kerat je yang baca blog ni *sulks at the corner* ) aku teruskan menulis blog ni. Wakaka perasan gile mamat penulis blog ni. Rasa cam nak lempang pakai terompah masjid atok aku je.

Okeh2, first of all aku ucapkan selamat hari raya kepada semua rakyat Malaysia yang beragama islam dan selamat makan lemang dan ketupat buat mereka yang bernafsu binatang mentekedarah makanan di rumah orang tanpa rasa segan silu macam aku ni. Lepas tu buat muka tembok mintak duit raya walaupun bulu ketiak memasing dah sejengkal panjangnye. Kalau aku, dah lama aku sekeh kepala makhluk camtu. Eh, lari topik lak.

Di sebalik kemeriahan raya ni, korang sedar tak ada something yang macam hilang? YES FOLKS, RIGHT YOU ARE. Pandai cucu atok. Di sebalik kemeriahan raya tahun ni, adakah anda tahu bahawasanya majority Malaysians langsung terlupa atau tak rasa macam negara ni dah 54 tahun merdeka. Seriously, merdeka tahun ni tak macam merdeka yang lepas. TAK RASA PAPE PON BEB. Memang tenggelam dek kemeriahan raya. Atau aku yang tak ikut perkembangan semasa? Hurmmmmmmmmmmmmm

Mungkin semangat patriotisme semakin menipis dalam diri aku. SOMEBODY GET THOSE BRAINWASHING MACHINE AND BRAINWASH THIS YOUNG LAD. LOL maybe someone should brainwash me. Orang lain kibar jalur gemilang kejadah sume, aku sorang yang langsung tak rasa apa-apa time Merdeka ni.

Malaysia tetap di hatiku. Walaupun government agak bodo block website2 file sharing tapi AKU CINTA MALAYSIA!!!

Apapun, tanah airku aku ucapkan selamat menyambut ulangtahun ke-54 kemerdekaan kau dari tangan penjajah keparat dan bangsat. Kalau nak kira penjajah paling KOHAJAQ adalah orang Inggeris la kan? Yang paling brutal memang Jepun, tapi pikir balik Inggeris yang jajah negara beratus tahun, bunuh ramai pejuang rakyat cam Tok Janggut, Mat Salleh etc. so we can conclude that Inggeris lebih jahanam dari Jepun. BETUL TAK WARGA-WARGA WAPANESE???? *winks*

Okeh2 aku dah sentuh topik Raya, Merdeka, now BACK TO ANIMANGA WORLD LADIES AND GENTLEMEN

Baru-baru ni dalam group FB yang enggan disebutkan disini bagi mengelakkan provokasi terlampau para pelatah professional Malaysia, mereka membincangkan isu Anime dalam Malaysia. MAMPUKAH MENJADI REALITI?? Hurmmmmm... Selaku pengulas tanpa sijil tauliah yang sah, aku bakal mengulas mengenai isu ini dengan lebih lanjut.


Pada pandangan aku, animasi di Malaysia masih terlalu hijau lagi. Perlu lebih banyak pendedahan dan latihan serta peluang dan skop lebih luas dalam bidang ini. Bidang animasi sebenarnya dah lama bertapak di Malaysia dengan beberapa animasi 2D yang walaupun agak cheesy tapi oklah dari takde kan? (Suka lagu Keluang Man. RETRO BEBBBB) Walaupun dah lama bertapak namun industri ini agak lembab. Dibantu oleh mentaliti hampas kelas ketiga majoriti rakyat Malaysia yang asyik dok kata KARTUN UNTUK KANAK-KANAK, maka makin perlahanlah industri animasi tanah air. MANGKOK-MANGKOK MACAM INI WAJAR DIBALUN KEPALANYA. TU MAKAN DIA. Akhirnya selepas sekian lama industri ini sepi, Les Copaque, sebuah syarikat animasi tempatan tampil gagah dengan animasi 3D superb lagi gempak, GENG dan juga siri Upin & Ipin. AKHIRNYA baru several Malaysians bukak mata dan memuji-muji animasi 3D ini yang dahulunya mereka kutuk dan label HANYA UNTUK KANAK-KANAK sahaja. Baru angpa tau langit tinggi rendah. HEH!!!!

Inilah Upin & Ipin. Animasi 3D TERBAEKKK Asia Tenggara. TABIK HORMAT LES COPAQUE!!

Akhirnya kini Malaysians sudah berani untuk mengetengahkan animasi-animasi 2D mahupun 3D untuk disiarkan di stesen TV tempatan. Bola Kampung, Boboi Boi(satu lagi animasi gempak Les Copaque), Saladin dan macam-macam lagi animasi mula muncul di kaca TV untuk tatapan peminat animasi Malaysia. INI YANG KITA MAHUUU!!!!! Tapi like what i said just now, masih terlalu hijau lagi. Dunia animasi ini masih terlalu asing di Malaysia. Memang dah lama bertapak, tapi penerimaan masyarakat masih kurang. Susah nak tembusi pasaran tempatan dengan animasi.

Tapi, kalaupun industri animasi ni lembab sekalipun, korang dapat ape tunding-tunding jari kat orang lain? Ada pulak yang kata Malaysians cuma fokus kepada animasi 3D yang membazirkan duit dan tak mau fokus kepada animasi 2D. Kat sini aku nak cakap, kalau kita nak animasi 2D kita maju, lagi baik kita usahakan dari menunding jari je. Jangan salahkan animasi 3D kalau animasi 2D kita yang tak kompetitif. Depa kena usaha lebih supaya animasi 2D juga diiktiraf sama macam animasi 3D. Dulu orang mana kisah sangat animasi 3D ni. Tapi walaupun risiko untuk gagal adalah tinggi, Les Copaque tetap berani untuk mengetengahkan animasi 3D mereka kepada rakyat Malaysia dan kini NAH Upin & Ipin telah menjadi animasi 3D terbaik Asia Tenggara beb. Senang cerita kita patut contohi Les Copaque, bukan salahkan depa. Depa pon carik makan juga bro.

Rasanya aku mungkin dihentam oleh certain individu yang butthurt ngan post aku ni, tapi biarlah.

Apapun aku yakin animasi 2D kita masih mampu maju andai kita berusaha untuk memajukannya. Kalau tak ada yang menyokong animasi 2D ni, memang la payah nak maju. Selaku peminat anime, janganlah hanya menonton animasi luar negara je. Layanlah jugak animasi tempatan dan beri feedback yang mungkin berguna buat mereka untuk memperbaiki lagi kualiti animasi mereka. Walaupun cita cita kita untuk melihat animasi 2D maju dalam masa terdekat adalah mustahil, tapi mana tau generasi kita yang seterusnya, generasi pencinta anime yang seterusnya dapat menikmati animasi 2D dan 3D yang berkualiti hasil ciptaan anak tempatan. Aku yakin kita mampu. Cuma jangan letak harapan terlalu tinggi, dan jangan terlalu memandang rendah. Yakinlah sikit Malaysians!!

Rasanya cukup la aku merepek-repek dalam blog ni. Next post is a review. Mengenai sebuah komik ciptaan anak watan yang mambuatkan aku terkesima melihat kualiti lukisan dan penceritaan yang begitu AWESUMMMM. But alas, bukan ada yang nak baca sangat blog aku ni kan? Mungkin aku perlu buat post provokatif macam post aku yang first skali kat Aku Bukan Otaku tu kot?? Hurmmmmmm....

Just kidding. *tapi ada Malaysians yang melatah akan menghentam aku nanti LOLZ* pepehal adios peeps. See you in the next post.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan