Sabtu, 8 Oktober 2011

Traditional VS Digital

Tengah rasa rajin nak tulis entry anak-anak


Terima kasih kepada sebuah group di FB kerana menjadi sumber utama perkongsian ilmu dan tips-tips melukis aku. Juga menjadi satu sumber inspirasi utama kepada aku untuk menulis di blog gay ini. Group tersebut pada pendapat aku sangatlah awesome kerana ahli ahli group ini yang sangat sporting dan sangat gemar untuk berkongsi bukan hanya idea, tetapi juga berkongsi tips dan teknik-teknik rahsia tahap Naruto yang membantu mereka dalam lukisan mereka. Perkongsian dan diskusi meja bulat, meja petak, meja segi-segi dan yang sama bentuk dengannya mengembangkan lagi dan meluaskan pandangan aku terhadap dunia hobi aku ini. Kepada ahli group tersebut, aku ucapkan tahniah kerana menjadi sebahagian dari group yang awesome dan menyumbang kepada perkembangan industri komik tanah air. Senang cite, KORANG MEMANG BEST.

Hari ini sedang aku scroll baca post-post menarik dalam group tersebut, aku tertarik kepada satu isu yang dibangkitkan oleh salah seorang ahli group tersebut. Isi post itu mengenai teknik lukisan traditional dan teknik digital. Katanya teknik lukisan traditional tidak dapat dibanding dengan teknik lukisan digital. SEJAUH MANA KEBENARAN STATEMENT INI? Mari kita selidik dan adakan diskusi mengenai isu ini. Kalau nak berdebat pun boleh, cuma jaga-jaga jangan tetibe jadi flame war. Tak pasal-pasal pakcik jugak kene trash nanti. Ok anak-anak? Bagusssssss amek gula gula ni pakcik belanja. Ada sekor pedobear pakcik baru tembak tadi. Tu yang pakcik dapat gula gula ni. Ye la, kan pedobear guna gula gula nak umpan budak-budak ikut dia. Eh, ape pakcik merepek ni. BALEK KE TOPIK ASAL!!!


Ini Pedobear. Cute? You in a deep shite mate...


Bukan Pedobear


Ok, ok balek ke topik asal. Lupakan 2 gambar makhluk tuhan di atas tu. Tapi yang nombor 2 hensem. Sape setuju teruskan membaca. Sebab budak hensem tu dah penat tulis blog korang tak mau baca lak. Sian dia.

Topik ni dah lama sebenarnya. Tapi walaupun dah lama, masih belum sejuk lagi. Masih hot dan masih fresh cerita dia. Sampai sekarang masih ada orang membanding-bandingkan antara lukisan traditional dan lukisan digital yang menggunakan software terkini lagi canggih. Jadi bila ada yang bangkitkan isu ni aku terpanggil untuk menulis mengenai isu ini.

Pada pendapat aku yang kurang bijak lagi kurang hensem kalau dibanding dengan Brad Pitt, sebenarnya perbandingan ini tidak sepatutnya wujud pun. PASEPA LAK HANG HABAQ LAGU TU?? Ok, sebenarnya macam ni. Pada aku tak kira apa teknik korang guna untuk melukis, in the end skil korang yang akan menentukan kualiti lukisan korang. Bukan penggunaan teknologi Hai-O berteknologi Nano mahupun berteknologi Nando Torres apalagi Nando Chicken. Semuanya akan balik ke basic iaitu SKIL korang. Pakailah ape teknik sekalipun. Pakailah medium apa sekalipun. Korang pakai pensel ke, pen ke, warna air ke, crayon ke, tablet ke, cat minyak ke, hatta arang sekalipun, hasilnya ada kebergantungan dengan teknik korang, skil korang. Pada aku digital ini cuma satu medium seni. Bukan digital yang menentukan kecantikan dan keharmonian seni korang.

But we have to admit setiap medium digunakan ada kelebihan dan kekurangan. In this case, aku anggap mereka yang membangkitkan isu ini hanya melihat kekurangan medium traditional dan melihat kelebihan medium digital sahaja. Dengan ini anda hanya akan dapat melihat rumput yang hijau di laman orang. Aku pun tak tau relevennya rumput dengan seni TAPI apa yang ingin aku sampaikan ialah, dengan hanya melihat kekurangan satu medium dan membandingkannya dengan kelebihan medium lain akan mempengaruhi pertimbangan korang. Dan akhirnya kesimpulan yang dibuat akan menjadi berat sebelah. Jadi untuk mengimbangi dacing pertimbangan minda, kita haruslah menilai kelebihan dan kelemahan kedua-dua medium.

Mari kita ulas kelebihan dahulu. Dari satu segi, art digital adalah sangat mudah untuk di-edit. Setiap kesilapan boleh diperbaiki secara digital tanpa merosakkan kualiti lukisan. For every mistake, you can just CTRL-Z and voila. Maknanye kalau tetibe shit happens and korang buat silap dalam proses melukis digital, masih ada button UNDO dan kalaupun korang tak mau undo, ianya masih mudah thanx to aplikasi lukisan digital yang memang awesome. Ini memberi advatage kepada mereka yang bapak malas nak repair atau lukis semula macam aku walaupun aku haram tak sentuh lagi digital painting. Tunggu aku dapat tablet ujung tahun ni baru aku belajar lukis digital.

Digital juga memberi kemudahan buat para pelukis untuk menyiapkan kerja mereka dalam masa yang singkat. Oh, what can we do without technology these days. Keajaiban teknik digital ialah kalau dulu amek masa seminggu hatta sebulan untuk siapkan lukisan sekarang dalam masa less than an hour dah boleh siap lukisan. Ini jelas satu kelebihan buat para pelukis especially yang jenis kejar masa punya. Tu la buat kerja lewat deadline nak abes baru nak buat. Itu la ghope die. Kan dah kalut? Dedicated kepada pemalas yang suka buat kerja last minute macam aku, bawak-bawak la tobat weh. Dah besar panjang dah. Bukan kanak-kanak ribena isap lolipop dah.

Sempat gak aku nasihat LOL. dapat saham pahala.

Itu kelebihan dari sudut yang aku dapat lihat. Kalau korang nampak lagi kelebihan digital painting, jangan segan untuk tinggalkan komen ok?

Sekarang traditional lak. Pada pandangan aku yang belum nak rabun, lukisan traditional lebih dijiwai. Nak tau kenapa? Kerana setiap artis traditional melukis siang dan malam, tanpa kenal erti penat dan setiap stroke dalam lukisan dijiwai sepenuhnya sang artis. Kerana itulah ia mengambil masa yang lama. Nak bukti? NAH AMEK!! Karya agung Da Vinci, Mona Lisa sampai la ni orang dok puji. Zaman Da Vinci takde komputer bro. Even lampu pun takde. Thomas Edison belum lahir lagi zaman tu ko tau? Kalau Thomas Edison lom keluar apatah lagi korang-korang semua ni. Kalau Da Vinci tengok korang melukis pakai kotak ajaib berlampu(in case korang tak paham, komputer) mesti dia takjub. Tapi tak bermaksud lukisan digital takde jiwa. Maksud aku, nilai lukisan traditional itu sedikit tinggi berbanding lukisan digital.

banyak kelebihan sebenarnya tapi memikirkan korang pun jenis malas baca entri panjang kan? So malas nak tulis npanjang-panjang. Kita terus ke kekurangan pulak. Digital weakness. Bayangkan korang tengah melukis digital. Lom siap save tiba tiba crash korang nyer komputer. Aku bajet pelukis memang akan FUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU~~~ sekejap depan skrin sambil tumbuk tumbuk meja dan hentak kepala kat skrin komputer macam kene sawan khinzir. Lagi pulak kalau korang punya lukisan adalah dalam 99.9999999% nak siap. Tinggal tekan button save tetibe crash. Alamat anda bakal melihat komputer terbang keluar dari bilik la gamaknya.

Satu lagi digital tak portable. Ape? Sekarang ada laptop berbateri dan berteknologi Nano?? Whatever. Korang tetap takleh melukis digital DALAM HUTAN. Bukan bateri tu leh tahan infinity. Kalau camtu takyah ada charger. Traditional drawing membenarkan si pelukis berada dekat dengan alam, untuk melukis sesuatu berilhamkan nature. Digital tak boleh. Tapi aku tau ramai yang pakai Google nak refer lukisan nature kan? You smartass. Anyway, korang kalau bawak lappy gi hutan untuk melukis aku rasa adalah sangat tak relevan. Lom siap lukisan korang bateri dah kong. Ko nak cucuk kat mana plug tu? Haru jugak.

Itulah kelemahan digital. Tapi tak bermakna traditional best. Tetap ada kelemahan jugak beb. Antaranya ialah dalam lukisan traditional tiada ruang untuk kesilapan. Bayangkana kalau tengah melukis tetibe je tumpah warna atas lukisan korang. Ini bukan digital nak CTRL-Z setiap kesilapan beb. Macam art digital, kalau ini berlaku si pelukis akan FUUUUUUUUUUUUUUUU~~~ sekejap depan canvas sambil baling brush ke arah makhluk tuhan tak berdosa. Kalau pensel leh gak korang padam. Kira pemadam tu korang nyer CTRL-Z dalam real life la. Tapi kalau inking pakai pen?? Memang korang dapat tengok la artis tersebut main dart pakai pen mereka kalau ini terjadi.

Satu lagi tak payah mention la, memang lukisan digital ambik masa yang lama. Dah la lama, untuk orang yang malas macam aku, setiap lukisan traditional kalau nak cantik kene detail. Mak oi malasnye nak detail-detail nih. Dah la takde function untuk magnify dalam real life. Kalau ade pun aku takkan pakai. Gila ko sebelah tangan nak lukis sebelah lagi pegang kanta pembesar?? BAPAK LECEH. Jadi memang, even pelukis hebat dahulu kala pun melukis ambil masa lama. Mana ada masterpiece yang siap dalam masa yang singkat kalau guna traditional?

So ada banyak lagi kelebihan dan kekurangan setiap medium cuma bergantung kepada bagaimana korang gunakan medium tersebut. Penggunaan medium ini tidak ada efek apa pun sebenarnya terhadap kualitas lukisan korang. In the end, it's you skills that matter. Tak kira apa medium korang guna, sentiasa ada ruang untuk memajukan diri korang. Seni itu subjektif.

So dah abes post ni. Btw perasan tak blog ni dah tukar design? Jadi semakin gay? Persetan semua itu. Yang penting mata aku fresh nak layan blog ni. Blog aku bukan blog kau.

Okeh pakcik nak tutup kedai. Pakcik nak bersukan ni. Sukan memburu pedobear. Nak ikut pakcik? Jom. Leh dapat gula gula free.

Dah, dah pakcik tutup kedai.

1 ulasan: