Khamis, 27 Oktober 2011

FB Chan - Koleksi lawak sengal ubi


It's getting started peeps!

Skali lagi aku tegaskan, tak ada unsur pilih kaseh dalam aku mereview komik dan manga sama ada ditulis oleh seorang pro atau amatur hatta beginner sekalipun. Kalau aku rasa nak review, aku akan review. Takkan pro aje yang layak untuk menerima review betul tak? Tak adil la camtu.

Hari ni aku akan review sebuah koleksi komik strip internet antara yang terbaek dari ladang. FB Chan karya Azuan Shah Tahir di Facebook telah menarik minat ramai orang sehinggakan sebuah page didirikan khas buat FB Chan. Try la taip FB Chan korang akan jumpa page mereka di FB. Jangan lupa like okeh?

Azuan. Gua tak kira. Itu hari Adrian dah bayar gua. Kali ni gua claim yang sama cam Adrian. Duit iklan masukkan lam akaun aku.

Aku lintah darat? Peduli apa aku.

Balik ke topik asal sebelum aku merepek tak tentu hala. Nama pun dah komik strip, dah tentu la main point dia ialah sejauh mana korang mampu buat pembaca ketawa dengan humor ringan ditonjolkan dalam komik korang. Azuan berjaya melakukan perkara tersebut dengan lawak-lawak sangat sengal ubi kentang cap mister potato. Aku tak ingat, aku pernah ke tak gelak baca komik strip nih? Lagi bab cerita bila watak Total Notty disuruh memilih calon isteri. Aku mati-mati ingat dia pilih yang ketiga sebab selalunya cerita jadi macam tu la. Agak terkesima aku bila dapat tau si Notty pilih calon kedua sebab buah dadanya. What The Park??

Apa makan Azuan nih?

Selain humor, sesekali ditonjolkan mesej kehidupan dalam komik ini. Maka pembaca dapatlah mempelajari sedikit sebanyak mengenai nilai kehidupan. Aku serius respek cara Azuan ni berfikir. Sangat down to earth. Tapi ye lah, kadang2 status update die tetibe jadi merepek. Memang aku takleh faham apa ada dalam kepala dia ni. Otak geliga cam boleh buat batu cincin. Aku puji-puji ni, mesti dei tengah kembang idung. Kehkehkeh.

Komik yang sangat kemas, lawak yang best, idea yang kreatif dan kadangkala merepek, menjadikan komik ini sebagai salah satu komik kegemaran aku di internet. Yeah, sure, memang komik ni tak bertaraf antarabangsa. Tak bercetak di serata dunia TETAPI apadehal? Aku rasa komik ni memang best dan Azuan telah berjaya menghiburkan hati aku dengan lawak sudip beliau. Korang ingat senang ke nak buat internet troll ketawa? Payah woo.

Kalau boleh aku bagi bintang, komik FB Chan karya Azuan ni boleh aku bagi 3 bintang setengah. KO MEMANG SUPERB LA AZUAN

Sekali lagi aku tekankan, AKU NAK DUIT IKLAN ADA PAHAM?

Akhir kata, kalau korang tak baca lagi komik ni, idop korang tak lengkap. kekekek.

Tutup kedai. Jumpa lagi di post akan datang bertemankan mister potato

Lupa lak. Fans2 Manchester United di luar sana, aku ucapkan HAHAHAHAHAHAHAHA YOU HAVE BEEN PWNED!! G1-6ry G16-ry Man United~~ Kehkehkeh

Mekaseh ManCity sebab buat aku tersenyum minggu ni.

Papai *runs away*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan