Khamis, 16 Ogos 2012

Arif Danial - Pelukis muda berbakat

Pedosagi kembali niggas!!

Baru baru ni aku semakin gemar mengkritik hasil seni orang lain. Ada kritikan yang aku bagi kadang-kadang agak pedas tapi pelukis menerima dengan hati terbuka. Macam ni baru pro. Tak melatah bila ditegur. Barulah senang mau maju kalau sanggup telan kritikan. Aku puji artis-artis yang cekal dan tabah hatinya menerima kritikan. 

Kali ni aku ketengahkan seorang lagi bakat muda yang pada pandangan aku berpotensi dalam industri komik. Kalau dilihat dari segi teknik, andai digilap boleh pergi jauh dia ni. Beliau dikenali dengan nama Arif Danial adalah salah seorang pelukis aktif dalam Liga Komikus. Jadi macam biasa sebelum aku mulakan review silalah belek beberapa hasil seni yang aku curik dari profile page dan jugak page Liga Komikus sendiri #LULZ

Salah satu karya yang tersiar dalam Liga Komikus

You have to admit he got some skill for someone so young!


Jujur aku katakan, aku takleh komen banyak pasal dia ni. Kang kalau tersilap komen kang leh kene terajang. Dia ada kerjakan beberapa komik tapi aku tak sempat go through. Jadi dari segi penceritaan aku takleh bagi komen sangat. Tapi aku just leh kata idea diketengahkan oleh dia ni agak decent. Memadai untuk satu cerita yang entertaining tapi tak cukup menarik untuk menjadi viral. Maybe dia leh gilap sikit teknik penceritaan dia in future.

Aku akan komen lebih banyak mengenai teknik lukisan dia. Yeah, ini agak melawan falsafah seni aku sendiri. Selalunya aku akan komen lebih kearah penceritaan instead of lukisan tapi kali ni lain sikit. Aku ada sebab aku sendiri kenapa aku lebihkan komen aku kepada teknik lukisan dia walaupun aku lebih cenderung memberi komen kepada penceritaan sesebuah komik.

Dari segi teknik lukisan, Arif Danial pada pandangan aku adalah antara bakat muda dengan masa depan cerah dalam industri komik. Pada umur yang agak muda dia dah berkebolehan melukis komik yang memukau. Teknik lukisan dia agak kemas dan teratur, sedap mata memandang. Dia dah ada asas dalam melukis komik. Teknik melukis background yang agak decent, permainan bayang, teknik garisan, senang cerita dia dah ada foundation untuk melukis komik. Bagi dia masa gilap bakat dia dan aku yakin dalam beberapa tahun dia dah boleh buat debut dalam mana mana majalah tanah air. Yang penting dia kena usaha la sikit. Kalau payah sangat, meh pedoboss rotan sepam dua kasi hilang malas #LULZ

Secara keseluruhannya aku rasa masih ada masa untuk dia perbaiki lukisan dia sebelum dia layak digelar pro. Kalau dia terus konsisten melukis untuk gilap bakat dia dan berlatih teknik penceritaan dia yang maaf aku cakap, agak mendatar dan bosan, aku rasa dia boleh pergi jauh. Pepehal, effort itu penting. Keep working hard and you will go far.

Korang mesti tertanya-tanya kenapa aku giat review artis dari Liga Komikus. Aku takde agenda apa-apa. Just aku rasa ada ramai kartunis amatur di luar sana yang perlukan pendedahan untuk menggilap bakat diorang. Aku cuba nak membantu jadi aku buat review dengan harapan diorang akan lebih yakin dan bakat diorang akan lebih dihargai. Kebanyakan artis dalam Liga Komikus ni berbakat dan muda-muda belaka. It's a waste if their talent goes unnoticed. So here I am posting some review and hoping that their talent will be acknoledge and who knows? From this entry they may find themselves a publisher to work with. Angan mat jenin LOL

Apapun guys you have to check out Liga Komikus. It's an awesome page with awesome people and awesome arts to see. It's worth a like. 

Sekian kali ni. Mau layan DOTA pulak. Hari last main DOTA ngan kengkawan lepas ni 2 minggu puasa DOTA lak sebab takde member nak ajak main OTL

1 ulasan: