Ahad, 16 Oktober 2011

WELCOME - EPIC TROLLING

Siot apadehal nama gua jadi Pedosagi tibe tibe ni

Ni mesti keje troll sekor nih. Huhu admin pun kene troll dengan troll walaupun admin juga adalah seekor internet troll yang berjaya. Tak lama lagi penuh la site ini dengan trolling tahap karma gaban punye.

Entry ini adalah untuk menyambut kehadiran seekor troll ke barisan admin Aku Pencinta Anime. Kazuinato adalah seorang troll yang prolifik, menjaringkan beberapa troll goal sepanjang karier beliau di Mukabuku. Beliau juga dipilih menjadi calon penerima anugerah Troll D'or, anugerah bagi troll paling berjaya. Tapi dicalonkan je la. Menang tak pun. Tapi apedehal, pencapaian membanggakan la jugak kan?

Untuk pengetahuan semua, aku sedang mengubah approach blog ini. Dari dictatorship kepada demokrasi terpimpin. Dulu cuma ada seorang pengomen dan pengarut dalam blog ni. Tapi kini dah ada dua and the number will be increasing depending on the demands. Aku cadang untuk membeli beberapa troll prolifik selain Kazuinato. Target dah ada cuma bantuan kewangan dari Mr. Chairman iaitu Pedobear je yg belum dapat. Suntikan kewangan penting tau. Camner aku nak bayar gaji troll yang akan aku jemput? Kang tak pasal-pasal aku kene troll. Bahaya woo buat bisnes ngan troll. Lagi bahaya dari bisnes ngan pedobear SERIUS!!

Sebab musabab adalah kerana untuk meluaskan lagi dan memvariasikan lagi penulisan dalam blog ni. Contohnya aku tak berapa minat Hatsune Miku. Tapi Kazuinato memang die hard fan Miku so die akan menulis mengenai Miku dengan lebih mendalam. Aku tak payah buat research dan risiko aku malu sebab bagi info yang salah akan kurang. It's a win-win situation. Ape? Kazuinato tak dapat faedah dari transaksi ini? Korang diam-diam sudah. Aku pun dalam diam tengah trolling die gak. Trolololo

Senang cite, kalau dulu blog ni cuma menyediakan satu perisa aiskrim, sekarang macam-macam perisa dah ada. Sebab dah ada lebih ramai penulis maka entri akan lebih fresh serta tepat dan padat. Dan untuk semua pembaca, sebenarnya masih belum tertutup pintu untuk menjadi penulis di Aku Pencinta Anime. Kalau korang ada idea, postkan kepada kami. Kalau berminat untuk menulis sepenuh masa di Aku Pencinta Anime adalah dialu-alukan. Tapi kami perlu lihat dulu prestasi anda. Penulisan anda tidak boleh trolling semata-mata. Perlu juga berilmiah di samping menyampaikan mesej jelas. Ingat senang nak menulis? Sebab tu ramai PHAIL penulisan. Jadi andai anda mempunyai kebolehan untuk menulis, maka kami akan consider untuk menambah anda dalam senarai admin dan mengurangkan risiko anda untuk di-troll-kan oleh kami. Sounds like a very good deal doesn't it?

Jadi seandainya anda rasa anda mahu dan mampu menulis, silakan contact admin berkaitan. Senang cite, contact aku la. Nanti aku tengok prestasi masing-masing baru aku decide untuk approve atau tak.

Entri kali ni memang iklan je. Untuk memasarkan lagi kekosongan jawatan dalam barisan admin blog ni masih terbuka. So tunggu apa lagi. Yang bertuah akan menang perlancongan ke Jepun 8-hari 7-malam disponsor abang Pedobear. Tapi peluang menang korang tipis la. Sebab aku dictator so aku je la yang mungkin menang. MUAHAHAHAHA.

Pepehal sekali lagi aku ucapkan SELAMAT DATANG buat KAZUINATO, penulis baru Aku Pencinta Anime. Weh, bos pedobear panggil ko. Dia ajak ko gi makan kat McD. Ni ada gula-gula udang die kirim untuk ko tadi. Gi la pejabat die. Salam ke, buat la hok mana yang patut untuk menyedapkan hati dia. Kalau untung gaji naik beb

Sekian post trolling aku.

Aku bukan pedosagi. Period

2 ulasan: