Selasa, 6 Disember 2011

Radiata Stories - RPG with epic story DAYYUM



Wassup peeps!!

Ini kali brader pedosagi mau cerita pasal Radiata Stories. Radiata Stories ialah sebuah permainan RPG keluaran Square Enix, and i have to say, one of those RPG games with epic story. Kudos to Square Enix.

Radiata Stories mengisahkan seorang budak bernama Jack Russel, anak kepada lagenda pemburu naga Cairn Russel, ingin menjadi seorang Knight seperti bapanya. Dia menyertai satu pertandingan ujian kelayakan Knight di Radiata Castle. Namun dia kalah di pusingan pertama (rileks, hero memang akan kalah dulu. Tak caye tengok drama hindustan) kepada Ridley Silverlake, seorang gadis dari keluarga bangsawan. Namun kerana dilihat mempunyai potensi untuk maju, akhirnya Jack tetap terpilih sebagai seorang Knight (kan aku dah cakap. Meh yang tak caye cakap aku tadi, aku nak tunjal kepala korang) Aku stop sampai sini. Korang nak tau lebih lanjut, main game ni. Tapi one thing i can tell is that hubungan antara Jack dan Ridley adalah sesuatu yang sangat menarik untuk ditonton. Jadi teruskan bermain kalau nak tau apa yang terjadi kepada diorang di akhir game nanti.

Dah2, ni bukan review anime. Apsal sibuk buat sinopsis?? Kali ni kita cerita gameplay game ini pulak. Dari segi gameplay, i must say aku kecewa sedikit. Game ini terlalu mudah. Sangat mudah. Satu-satunya cabaran bagi aku adalah ketika menentang Aphelion, boss terakhir game ini (sial, payah kot lawan makhluk ni. Aku guna kuasa terhebat karekter aku 4 kali baru boleh kill. Ape makan Aphelion ni??) Selain dari itu, hanya puzzle dan dungeon yang luas sahaja yang memang pain in the ass. Raksaksa dia? Korang try la lawan. Tak susah mana pun. Pukul 5-6 kali tumbang. Kalau korang memang jenis yang menitik beratkan gameplay dan jenis kuat main game RPG, korang pun akan rasa kecewa dengan keterlalu mudahnya game ini. Just need 3 days to finish playing.

TAPI, itu baru keburukan. Memang dari segi gameplay, game ini tidak begitu bagus. Tapi ada certain part yang aku suka mengenai game ini. First of all, sistem pertarungan. Ini jatuh bawah kategori gameplay juga. You can say that dalam kategori gameplay, ini adalah antara perkara positif disebalik segala yang negatif menyelubungi gameplay game ini. Game ini mempunyai satu sistem link yang menjadikannya lain dari yang lain berbanding game RPG yang lain. Sistem link ini memberikan pemain pilihan strategi menyerang atau bertahan. Contoh link adalah seperti Arrow Link yang berguna untuk menyerang dan Guard Link yang sangat sesuai untuk pertahanan. Setiap link ini mempunyai kelebihan dan kelemahan, bermakna pemain tidak boleh semberono memilih sesuatu link. Pilihan link digunakan akan mengubah situasi permainan sama ada menjadi lebih mudah atau menjadi lebih sukar. Tidak menggunakan link juga boleh, namun tidak menggunakan link adalah merugikan kerana link ini wujud bagi memudahkan permainan. But in the end, its up to the player. Asal korang enjoy, lantaklah nak pakai link ke, tak nak pakai ke, tak ada masalah.

Satu lagi kelebihan game ini, dan aku kata salah satu faktor utama game ini menjadi begitu menarik adalah game ini mempunyai jalan cerita yang best dan awesomesauce. Bergantung kepada pilihan korang nak memihak kepada Human atau Non-human (walaupun karekter korang adalah human) akan mempengaruhi ending game dan hubungan antara karekter dalam game. Perkara paling menarik ialah hubungan antara dua watak penting iaitu Jack dan Ridley, yang mulanya asyik bergaduh akhirnya menjadi rapat. Perkembangan dua karekter ini ialah faktor utama aku tertarik untuk bermain game ini. Sangat menarik untuk melihat Jack dan Ridley bersama seperti dua merpati sejoli. Oh, adakah aku telah dihanyutkan ombak-ongbak cinta??

Kalau korang perasan ongbak cinta di dalam perkataan bold di atas, like post ini di Facebook.

Tapi siyes, sekeras-keras hati troll boleh cair melihat betapa sweetnya dua ekor makhluk ini. Dahlah Ridley mula-mula nampak seperti watak Tsundere (aku ada fetish dengan watak tsundere? peduli hape aku) yang memang my type, Jack pun pandai mengusik dan jenis yang akan melindungi semua orang yang dia sayang. Tak ke sweet gitew?? awwww~~

Jadi game ini memang berbaloi untuk dilayan. Mungkin ianya mudah tapi ia memang berbaloi siyes. Memang monster dalam ni tak cukup kuat (makan nasik lebih sikit baru la kuat) tapi boss fight dalam game ini boleh jadi a real pain kalau korang tak tau cara. Kalau korang nak cuba main, memang aku galakkan. Boleh mengisi masa lapang korang.

Aku nak layan manga Radiata Stories lak.

Jumpe lagi di post akan datang.

Mane penulis lain? Kene culik ngan boss pedo. Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan