About Us

Sebab blog berwajah baru, about us juga perlu nafas baru kan?

Jadi aku update sikit mengenai diri kami, para penulis A.P.A yang hensem, kacak dan segala jenis ayat yang sama maksud dengannya.

Usagi9898

Selalu serius. Penulisan telus, sinis dan sadis. Tak pernah kira pasal perasaan manusia yang membaca nukilan beliau. Idea diutarakan oleh makhluk sekor ni kadang-kadang kontroversi. Tapi dia tak peduli. Pada dia, dia cuma utarakan pendapat dan idea dia. Katanya, yang leh terima pendapat serta idea itu bijak pandai. Yang melatah tak tentu pasal, itu bangang melantun. Mempunyai perasaan jelek tinggi terhadap penulisan tahyul Metro, Usagi menguruskan segmen Thursday Thoughts yang akan diupdate setiap hari Khamis selang 2 minggu. Kalau dia rajin mungkin dia akan buat setiap minggu.

Kazuinato

Penulis kedua yang menyertai barisan penulis di A.P.A. Gaya menulis sangat santai, dan frequency menulis pun sangat santai. Jarang dapat baca penulisan troll sekor ni. Tapi kalau sekali keluar, penulisan dia memang mantap. Fakta diambil bukan dicedok dari encik wiki sebaliknya berdasarkan pengalaman dia sendiri. Entri dia random je, tapi baru-baru ni diberikan tanggungjawab handle segmen Awesome Artist of the Week bersama Abang Anime dan Bokutachi. Mohon keluar entri banyak sikit di masa hadapan kalau tak tepek Metro di muka anda nanti.

Bokutachi

Penulis ketiga merangkap diktator paling muda dalam barisan diktator A.P.A. Ye, kami tak mention ke yang kerajaan A.P.A ni mengamalkan kuku besi bersifat demokrasi? Sekeras-keras kami pun, tak la taek macam makhluk sekor itu. Pepehal, itu cerite tolak tepi dulu. Bokutachi akan mengupdate mengenai games dan gadget, most of the time. Mengendalikan segmen baru di A.P.A iaitu Awesome Artist of the Week bersama dengan dua penulis lain.

Abang Anime

Penulis baru direkrut. Suka membahasakan diri sebagai abam walaupun umur sebenar makhluk ini tidak diketahui. Jenis yang sangat straightforward, cakap tak pakai lapik dan mulut serupa tempayan, ini memang by far penulis paling radikal pernah direkrut oleh A.P.A setakat ni. Segmen Penulis Jemputan diamanahkan kepada makhluk ini dan setakat ini, beberapa artikel serupa hanjeng telah didelete oleh dia. Jangan main main ngan makhluk ini. Kalau dia rasa penulisan serupa itu penulisan kanak-kanak ribena, direct ke tong sampah. Membazir memori katenye. Lantak ko leh A.A...

Cekedis


Makanan ruji pembaca dan penulis A.P.A. Meski mempunyai kandungan Pak Aji Naik Motor yang tinggi namun ia masih digemari oleh rakyat A.P.A. Kalau kitorang kena darah tinggi, korang tau la apa sebabnya.


Pedoboss

Lepas kontrak dengan blog kami tamat, terus hilang makhluk gila seks ni. Dengar cerita tengah stalk(baca sebagai scouting) bakal penulis baru. Ada jugak yang kata makhluk pervert ni kelihatan berlegar di luar sekolah sambil memegang sebungkus cekedis. Kalau jumpa, mohon tangkap dan serahkan kepada kami. Cekedis tu boleh simpan.

Diktator


Ya, kami diktator. Kami tak lembut. Kami keras dan sadis. Tak tahan, silakan pergi mampos. Hanya yang kuat sahaja yang layak berada di sini. Yang hati fragile bak kaca nak masuk sini memang menempah maut yang amat.


Otaku

Kami tak mengaku kami otaku. Kalau korang suka melabel diri sendiri sebagai otaku, silakan. Kami tak mau ikut bodoh saje sume benda yang dibuat oleh orang Jepun. Kami kalau mau ikut kami fikir dulu. Barulah jadi seorang pencinta anime sejati.

AniManga

Ini refer kepada dunia atau bidang yang kami minati. Matlamat blog ni juga adalah demi kesejahteraan para pencinta AniManga sejagat. Nak sokong, silakan. takmoh sokong, pegi mati. Abes cite

Mangaka Community

Satu lagi blog kendalian kami para diktator A.P.A. Sedikit berbeza konsepnya kali ni. A.P.A lebih menjurus ke arah review dan luahan pendapat kami mengenai isu AniManga. Mangaka Community pulak lebih menjurus ke arah perkongsian hasil seni. Kalau korang nak meriak-riakkan serta membongkak-bongkakkan lukisan korang yang konon awesome tu, silakan jenguk dan follow blog sebelah sana.

Harian Metro

Jari tengah. Nuff said. takyah komen banyak sangat untuk akhbar tahyul lagi mangkok ini

=============================================================

Akan update lagi kalau ada masa. Setakat ni, itu je yang korang perlu tau.

Kalau korang rasa macam nak menulis untuk kitorang, kontek la kitorang and kitorang akan evaluate korang. Kalau layak, korang akan diterima join barisan A.P.A.

Yang nak menulis jemputan hantar ke:

abang.anime@gmail.com

tapi ingat, penulisan kene best. Kalau hampeh kene rijek ada paham?

1 ulasan: