Memaparkan catatan dengan label revolusi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label revolusi. Papar semua catatan

Sabtu, 18 Februari 2012

Blog baru - Satu perubahan

Okeh. Abam buat iklan haram lagi sekali. Pedoboss? Pegi mati

Kali ni abam iklankan demi kebaikan kita umat peminat AniManga. Satu blog baru telah dibuat oleh abam sendiri, bernaung di bawah panji Aku Pencinta Anime iaitu blog Mangaka Community.


Banner yang simple. Kalau crowded sangat nanti nampak metro la pulak


Blog ini adalah blog khas seni di mana korang sume attention whore artis amatur leh mencuba untuk mempamerkan bakat korang. Senang cite, blog ni adalah pentas untuk korang menonjolkan bonjol-bonjol kejantanan dalam seluar dalam diri korang. Okeh abam tau yang pompuan pun nak gak pamerkan bonjol-bonjol kan? Eh, ape abam merepek ni?

Kesimpulannya di sini ialah blog ni adalah satu platform khas disediakan oleh A.P.A untuk membantu korang memulakan karier korang sebagai artis pro dalam industri komik. Kitorang sayang industri komik Malaysia maka kami pun up blog baru ni sebagai salah satu cara untuk kitorang membantu menaikkan lagi industri ni.

Tapi jangan salah faham. Blog ni tak independent. Ia adalah blog bernaung di bawah A.P.A bermakna blog kesayangan korang ni takkan ditutup macam Aku Bukan Otaku dan akan terus beroperasi seperti biasa wakk. Cuma certain segment akan abam minta alih ke blog sebelah sana pulak. Di sini akan lebih menumpukan mengenai review dan isu serta forum mengenai isu semasa. Di sebelah sana adalah blog mempamer serta meriak-riakkan lukisan sendiri. Jangan menggedik kata korang tak suka membongkakkan diri. Abam tau korang sume memang riak. Takyah nak hipokrit huh!!

Kami juga dalam proses untuk create sebuah group di FB. Group seni ini akan dikendalikan oleh admin A.P.A sedia ada dan beberapa orang ahli yang dirasakan layak. Tapi setakat ni belum disahkan. Masih dalam proses pembuatan lagi group tu. Tapi (eh berapa banyak tapi daa) confirm, group FB ini akan diwujudkan dan korang leh kongsi art korang di situ gak. 

Jadi kepada yang mahukan perkongsian mengenai dunia seni dan mahukan kritikan bagi menajamkan lagi skil sedia ada, silakanlah join Mangaka Community blog. FB page akan diupdate di blog bila dah siap okeh?

Abam nak tido. Duit iklan? Abam diktator tak perlu bayar sesape pun. puii

Link to the new blog :

Rabu, 8 Februari 2012

Ucapan revolusi oleh Abang Anime

Orang tanya - kenapa penulis blog ni sinis sangat? Beberapa penulis suka sangat berkasar dalam mengutarakan pendapat. Mohon pencerahan dalam isu ini

Bagi menjawab persoalan ini, abam bagi jawapan ringkas:

"Sebab kitorang dictator"

Dictator tak berlembut kalau tak rakyat pijak kepala faham? Ini adalah kerajaan untuk pemimpin bukan untuk rakyat. 

Lagipun, the only way to pierce the thick, typical mindset of a Malaysians is to be cynical. Kepala korang masing-masing tebal 8 inci setiap satu. Kalau abam tak sinis, korang ingat boleh sampai mesej abam?

Kalau tak boleh cerna perkataan kami yang mengguris, jangan baca. Kami perlu jadi seperti ini sebab objektif kami bukan sekadar menulis, tapi mengubah mentaliti masyarakat.

Akan tiba satu hari di mana masyarakat akan mula menerima kita ke dalam komuniti mereka. Tapi kita dan mereka perlu berubah untuk menyempurnakan diri masing-masing.

Ayat di atas adalah lahir dari hati sanubari abam yang mencintai anime. Kalau korang mencintai anime juga, jangan jadi katak bawah tempurung dan mula bekerja untuk perubahan

Orang laungkan revolusi. Tapi abam kerjakan revolusi

Semoga satu hari nanti suara abam sampai kepada mereka.

Jadi supportlah perjuangan kami!

Yang masih takleh terima, bontot korang itam. Kbai