Khamis, 20 Oktober 2011

ADIWIRA PENEGAK KEADILAN!!

Korang teringin menjadi seorang adiwira penegak keadilan? Hape? Tak paham? Tu la time skola dulu memasing pakat panjat pagar lepak Cyber Cafe takpun lepak tepi simpang kacau anak dara orang. Adiwira tu HERO la. Payah cakap ngan orang Malaysia yang tak faham bahasa ibunda nih. Okeh sebelum aku lari topik, baik aku kembali ke jalan yang lurus. Ada rahsia sebenarnya untuk menjadi seorang adiwira penegak keadilan penyelamat maruah bangsa manusia ni. Korang leh terjun lam kolam radioaktif atau digigit oleh lelabah mutan tetapi cara yang paling senang untuk menjadi adiwira penegak keadilan adalah dengan menjadi PENGADIL.

Tak, korang mmg tak silap dengar. REFEREE adalah kerjaya yang memerlukan keadilan makanya mereka layak digelar adiwira penegak keadilan. Korang bayangkan di kala pemain dikasari dalam petak penalti lawan, terjatuh tergolek memohon simpati, siapakah yang akan tiba menghulurkan bantuan? Tidak lain tidak bukan, pengadil adalah orangnya. Tiba di saat yang tepat, sang pengadil begitu cekal menghadapi cemuhan rakyat kebanyakan yang hanya reti bawak telor dan tak reti menyepak bola langsung, tapi kondem macam pernah main untuk skuad piala dunia England. Mereka berusaha keras menyelamatkan perlawanan dari menjadi kotor dan keji. Oh apalah bola sepak tanpa referee? Kalau tiada referee, saya gemar mencantis kaki pemain lawan sehingga patah 8. Kerana kehadiran merekalah kita bermain dengan adil lagi saksama.

Itu satu profesion keadilan. Ada satu lagi. Profesion adiwira maha adil jatuh kepada profesion keguruan. Tak percaya? Korang layan video ni. This video explains EVERYTHING why teacher deserved to be called a HERO.


dah tengok? trololololo

YOU HAVE BEEN TROLLED. AMACAM EPIC TAK VIDEO TERSEBUT?? Bangga aku sebab aku seorang bakal guru *bangga*

my first trolling entry. Expect a lot more. Coz we are Troll United. Glory Glory Troll United!!! >8D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan