Khamis, 9 Ogos 2012

Angkuh


Yeah read the damn title for god sake. Ini topic yang dah lama aku peram. Saja simpan lama-lama sebab sukati aku la, blog aku. Ye, title saje dah negative bunyinye. ANGKUH. Yeah peeps, ignorant bastards are everywhere these days.

Aku taknak bincang konteks yang besar. Sebab blog kita yang tercinta ni bertemakan anime/manga/komik/game/random (celaka bape banyak tema natang pedo ni taruk??) maka aku just akan focus kepada komuniti kita sahaja. Yes, I am talking to you comic fans.

Percayakah korang kalau aku katakan majority (bukan sume. Jangan melatah, aku lempang nanti) manusia dalam komuniti kita ini adalah ANGKUH? Yeah you read that right. Kita ni sebenarnya ANGKUH. Sangat ignorant. Mula aku perhatikan je dari jauh. Aku pun mula-mula tak perasan dan aku akui, aku juga pernah tergolong dalam golongan angkuh ni. Sebelum kita pergi lebih jauh, aku akan terangkan mengapa aku golongkan majority peminat komik(especially AniManga fans) sebagai manusia ANGKUH.

First of all, kita perhatikan preference mereka yang angkuh ini. Peminat komik AniManga yang angkuh boleh dikenalpasti melalui kriteria yang paling jelas. Ciri ciri seorang peminat komik yang angkuh ialah hanya membaca satu genre/style dan mencaci genre/style yang lain. Mari kita bagi contoh yang paling dekat dengan hati sanubari kita. Seorang Wapanese contohnya, tidak layan komik buatan Hong Kong, Amerika, China apatah lagi buatan tempatan. Malah, mereka mengeji lagi menghina dok ada.

“Buatan tempatan? Ape kelas. Mesti jalan cerita dia macam haram” 
“Tak layan la komik tempatan bro. Takde boobies #LULZ 
“Malaysia ada komik ke?”

Secara tidak rasminya aku jari tengahkan mereka semua ini. Amboi bukan main lagi kutuk industry, mulut serupa itu longkang jugak die punya bau. Cakap nak Malaysia standing Jepun dalam industry komik tapi tak mau sokong komik tempatan. PUNGKOQ! Manusia macam ni jenis tak pernah sentuh komik buatan tempatan pastu kutuk macam pengkritik komik antarabangsa dia punya pangkat. Kalah Abe Jib die nyer hujah! Die punya level of IQ sampai terkesima Bik Mama! Punyelah power, punyalah class sampai takleh sentuh komik buatan tempatan!! Takut bernanah berkutil kot tangan menyentuh komik local?? #SARCASM

Seriously, these ignorant sons of bitches need some wake up call. You wanted to see Malaysia as one of the leading nation in comic industry but just what the fuck did you do to help the industry grow? Think just by mocking and looking down on the industry will help and the nation’s comic industry will grown on its own? FUCK NO!

Ketepikan ego dan keangkuhan korang yang tebal tu dan mulalah menyokong industry tempatan. At least sebelum korang mengutuk mengeji cer terai baca dulu barang satu dua komik buatan artis tempatan. Banyak artis tempatan yang menyerlah cam Zint, Ben Wong, Foner, Pac, Nizam Bachok, Tadatada, Juice dan ramai lagi. Diorang ni pun awesome tapi macam biasalah, sikap pesimis para peminat komik tempatan pada aku memang sangat menyedihkan. Sia-sia usaha diorang dalam cuba untuk memartabatkan komik tempatan.

Ben Wong buat cover. Gile berbakat. #RESPECT

And btw, janganlah dok belek GEMPAK saje weh. Yes, GEMPAK is one of the leading comic magz in the country. I myself enjoy reading em. Tapi sekali sekala belek la jugak majalah komik dari publisher lain juga cam MOY (Ujang, APO?), Komik-M dll. Diorang jugak awesome. Ini kita punyalah angkuh, kemain lagi kutuk publisher lain dan dewa-dewakan GEMPAK macam diorang la satu-satunya penyelamat umat peminat komik di Malaysia ni. To be honest, GEMPAK pun dah decline sekarang ni. Tapi sebab korang ANGKUH korang tak perasan penurunan kualiti GEMPAK dan terus dengan statement “GEMPAK terbaik dan publisher lain tak best”

Kalau kita terus angkuh, aku tak terkejut dalam beberapa tahun mendatang industry kita akan terus berkubur. Masa tu jangan kata nak lawan komik Jepun, nak lawan jiran kita yang bising (mohon faham sendiri negara belah mana) tu pun kita dah cirit cair. Acaner??

Berhentilah menjadi manusia angkuh. Sokonglah industry komik tempatan. Keangkuhan korang aku leh samakan dengan keangkuhan peminat Kepop. Kadang kadang muka sahaja lawa plastik, lagu bersepah juga, masih ada peminat. Choiii

No hard feelings K-pop fans. Apapun satu satunya produk Korea yang aku sokong hanyalah Running Man. Yoo Jae Suk FTW!

Antara penyumbang kepada hilai tawa aku akhir-akhir ini.


Jadi untuk kesekian kalinya aku mohon kepada peminat komik Malaysia, jangan anaktirikan industry ini. Ini boleh aku umpamakan seperti Geisha di Jepun diberi makan, Dayang di rumah jadi amah free. Okeh yang ni tak lawak.

Tamat. Mau layan antologi Aku Kau dan Cinta : Cinta K-pop. Ya, ini produk berkualiti keluaran Komik-M. Korang yang ANGKUH lagi buta takmoh acknowledge usaha mereka.

P/s: Best giler komik si Ben. Ape makan die ni?

6 ulasan:

  1. betul~ true~
    komik Malaysia pun hebat2. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. pandai pun anda. kalau ko laki abam dah bagi bro hug dah. miahahaha

      Padam
  2. Balasan
    1. apekah yang naiss?? adekah rupaku yang kacak itu naiss?? #lulz

      Padam
  3. Balasan
    1. mekaseh2. puji la banyak2 kami suka dipuji. wakaka

      pepehal memang jelas terang lagi bersuluh lampu neon kebanyakan fans komik di Malaysia ni bias dan angkuh. ni sekadar mau menyedarkan diorang betapa Malaysia pun boleh maju tapi sayang tak dapat sokongan fans sendiri.

      Padam