Rabu, 12 Oktober 2011

Game week - Ni mesti sebab exam dah habes

FUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU

Itu mukadimah blog aku. Kenapa? Sebab tatkala rakyat kebanyakan yang berusia 15 tahun sudah mengecapi kemerdekaan sementara, aku selaku warga kolej kerajaan masih dibelenggu masalah peperiksaan. Aku serius dengki. Rasa cam nak letak discalimer "Budak lepas PMR dilarang memasuki blog Aku Pencinta Anime kerana menimbulkan rasa dengki yang mendalam terhadap penulis blog"

Tapi kalau takde diorang ni sape nak baca blog aku? Yang "matang" tak baca blog aku sebab isi kandungan blog ni hanya untuk budak-budak tadika berhingus (sila refer entri sebelum ini) Jadi takleh la umum darurat, kena bagi depa masuk la jugak.

Kalau korang amek serius statement kat atas tu, sumpah korang ni tak ada sense of humor. Takleh bawak gurau sikit nak merajuk. Go cry emo kid

Ok aku rasa aku dah pergi jauh sangat dah ni. tapi biasalh. Rules of the net, semakin korang berbincang mengenai isu tersebut semakin jauh korang menyimpang. Lagi dengan kehadiran internet troll seperti aku, peratus sesebuah topik untuk lari dari tajuknya memang tinggi. Tapi apadehal? Kalau topik tu lari kejar je la balik. Tak gitu?

Okay anak-anak hari ni kita berbincang mengenai games lak. Kali ni aku malas nak selindung-selindung. check group ini > https://www.facebook.com/groups/121663471185605/?ref=notif&notif_t=group_activity#!/groups/121663471185605/

Dalam group ini yang lebih dikenali sebagai Malaysian Anime Manga Artworks atau MAWA, sekarang ahlinya sedang gila main game. Jadi aku rasa macam aku boleh jadikan ini sebagai satu modal untuk menulis entri.

Kalau korang tak join group yang awesome ni, korang dah hilang satu nikmat hidup. Setuju??

Game ini ada banyak jenis sebenarnya. Jadi hari ni kita sentuh bab Genre sesebuah game

First Person Shooter

Pernah main game counter strike? TAHNIAH. Anda telah terlibat dalam dunia gaming antara paling popular dalam senarai genre yang lain. First Person Shooter ialah game bergenre perang di mana pemain akan memainkan satu watak dalam game tersebut dan cuba memenuhi objektif permainan di samping cuba untuk survive dari dibunuh pemain lain. Game ni memang antara paling popular. Korang sebut je. Counter Strike, Left 4 Dead, Call of Duty, Battlefield you name it, memang mempunyai ramai peminat di seluruh pelosok dunia. Paling popular di kalangan lelaki kerana game seperti ini memerlukan tindakan pantas dan cekap jari jemari para pemain. Tapi tak bermakna perempuan tak main game jenis ni you allllzz. Kang kene headshot barulah kene sawan khinzir. Jangan berani pandang rendah kuasa wanita.

Third Person Shooter

Kalau tadi FPS sekarang TPS. Bukan PMS tau. Aku tampar ko bisu seminggu. TPS sama seperti FPS tetapi interface permainan sedikit berbeza. Kenapa? FPS anda akan melihat dari sudut watak tersebut. Tapi dalam TPS, sudut kamera akan melihat dari pandangan parti ketiga. Game seperti Resident Evil menggunakan TPS kerana dengan TPS pemain dapat melihat situasi medan permainan dengan lebih baik. TETAPI, ketepatan tembakan pemain akan berkurangan. FPS membantu pemain untuk melakukan tembakan dengan lebih baik.

Strategy

Jangan mengaku gamers kalau korang tak layan game Red Alert dan banyak lagi strategy game dalam pasaran. Berbanding FPS dan TPS yang memerlukan pemain untuk bertindak super cekap, strategy game memerlukan minda super cerdas bagi memenuhi objektif permainan. Game seperti Final Fantasy Tactics (GBA) dan semua yang sama waktu dengannya memerlukan pemain untuk berfikir bukan terjun membuta-tuli, membuta-celik mahupun membabi-khinzir. Kegagalan untuk merangka strategi berkesan akan menyebabkan pemain malu sebab kalah teruk. Ada soalan? Hum? Kenapa sikit sangat example? Sebab gua tak layan sangat strategy games. FPS FTW.

Sports

Lu orang tak layan sports game? Sila skip dari membaca introduksi genre ini. Aku akui genre ini agak kurang popular di kalangan perempuan. Eh, bukan memang SANGAT kurang popular. Kalau lu orang buat game bola jaring diorang main lah kot? Takpun korang buat game "Netball Manager 2011". SUMPAH HIT kat Malaysia ni. Seperti namanya, sports genre berkisar mengenai dunia sukan. Tapi kadang-kadang ada gak masuk RPG macam contohnya dalam FIFA 2011, korang leh main sebagai pemain bola ternama atau reka watak sendiri dan cuba untuk masuk ke liga profesional. Tapi gua tak layan FIFA sebab glitch sangat fail. Pejadah player lari masuk dalam gol bila jaringkan gol? Pastu tetibe tunjuk player tengah raikan gol kat tengah padang. Sangat FAIL. PES FTW. (no offense FIFA fans)

RPG

Berterima kasehlah kat genre ini. Pasal apa? Sebab post dalam group MAWA tu berkisar pasal game genre ni la. Sebab tu lahir post ni. RPG stands for Role Playing Game memerlukan pemain untuk bermain sebagai satu watak dalam game dan mengembangkan abiliti watak bagi menyelesaikan objektif permainan. Tak paham? Susah betul la angpa ni. Camni je la. Korang dapat satu watak, korang latih die sampai kuat, korang lawan bos, korang menang. Paham? Pandai cucu atok. Seringkali digandingkan dengan genre Strategy, game seperti Persona3, Persona3 FES, Persona4, Legend of Zelda, Final Fantasy, Kingdom Hearts, Yu Gi Oh, Harvest Moon dan segala jenis yang sama genre dengannya adalah sangat popular. Lu orang kata gua bias pasal contoh game strategy banyak? Ye aku bias. Sebab ini lagi satu genre game yang aku minat. Problem? Trolololo

Satu lagi genre yang berkait rapat dengan RPG ialah MMORPG which stands for Massive Multiplayer Online Role Playing Game. Sejibik macam RPG, tapi kali ni korang bermain dengan user di seluruh dunia melalui jaringan internet. Game macam RYL, Ragnarok, Boomz online dan semua yang sama waktu dengannya.

Simulation

Perlu ke diterangkan lagi? Dah nama pun nak dekat sama dengan The Sims, dah tentulah interface permainan bergenre ni sama dengan game The Sims. Sebab aku kurang arif pasal genre ni aku malas nak ulas banyak. Cakap banyak kalau salah aku jugak yang malu.

Action

Game aksi. Kalau dah namanya aksi, masak memasak dah konpem keluar senarai. Lainlah kalau korang sambil memasak leh terajang chef lawan dan tumbuk ginjal judge kalau masakan korang kene kritik. Game aksi seperti Street Fighter, King of Fighter dan segala jenis fighter waima cerita Kung Fu Fighter dan Antoo Fighter juga masok senarai. Tapi yang dua last tu movie bukan game. Dah namanya aksi, sudah tentu game bersifat pantas dan bukan untuk orang slow. Kalau falsafah hidup korang adalah pelan-pelan kayuh, jangan main game aksi. Tapi manelah tau tetibe korang main pelan2 kayuh camtu, watak korang pun leh wat slow motion movement macam matrix. Tapi setakat ni tak jadi la kes camtu lagi.

Action - Adventure

Ini anak angkat kepada suami pakcik belah dua pupu angkat mak genre Action. Menggabungkan genre aksi dan pengembaraan, instead of pilih karekter masuk gelanggang bergaduh tanpa objektif yang clear, Action Adventure memerlukan pemain untuk mengembara sambil beraksi menentang kuasa jahat pemusnah umat manusia. Contoh macam game Megaman(tapi yang ni lebih kepada genre platform. Platform nanti aku terangkan) Legend of Zelda etc. Macam korang dapat tengok, genre ni dah jadi macam genre asimilasi di mana ia tidak boleh berdiri sendiri. Selalunya ia akan digabungkan dengan genre Strategy, Platform dan kadangkala FPS dan TPS. Contoh korang tengok game Legend of Zelda. LoZ ialah game Action Adventure tapi juga boleh dikategorikan sebagai game Strategy dan Platform. Senang cite genre ni tak reti berdikari. Chit, apeda...

Last but not least...

Platform

Saje simpan genre ni untuk last. Orang kata save the best for the last. Tau kenapa? Sebab ini adalah genre paling nostalgik. Tak faham lagi? Meh aku bagi satu tajuk game yang aku rasa kalau korang tak pernah main game ni memang bermakna korang lahir zaman tape dah lama pupus

MARIO

F YEAH. Sape tak kenal Mario memang bukan gamers sejati. Sepatutnya diadakan ujian sape nak jadi gamers kena habiskan level tertentu dalam Mario dulu. Mario adalah pelopor game di zaman tape masih berkuasa mutlak. Dulu mana ada cakera keras leh simpan data? Disket ade la. Meroyan ape ko simpan game dalam disket?

Platform selalunya berbentuk 2D dan jarang sekali memerlukan pemain untuk bergerak dalam dunia 3D. Kalaupun ada, masih basic sekali movement korang dan sangat limited. Kalau dalam 3D korang leh ke kiri, ke kanan, ke atas, ke bawah, bergerak diagonal macam Bishop, maju dan mengundur, dalam platform selalunya cuma ada depan, belakang, lompat dan jatuh. Kalau bab jatuh tu adalah pergerakan maut di mana selalu berakhir dengan skrin gelap bertulis Game Over. Yang lain boleh dimanfaatkan untuk mencapai objektif permainan.

Sebenarnya Platform ini bukan genre game. Sebaliknya ia adalah merujuk kepada game yang dimainkan di platform tertentu seperti Arcade dan Konsol. Tapi trend baru-baru ini menulis perkataan Paltform sebagai sebuah genre game.

Ada banyak lagi genre yang aku belum sentuh dalam ni. Aku cuma leh bincang pasal sebahagian sahaja. Masa tak cukup bhai. Banyak assignment lagi ni.

Akhir kata saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "PELAJAR PMR, AKU TUNGGU KORANG TIME SPM NANTI AKU KETAWAKAN PUAS PUAS. AKU DENGKI NI TAU TAK". Seseorang tulung pujuk brader emo ni. Dengki sangat ngan student PMR. Bagilah diorang chance nak bebas sikit. *sulks at the corner*

Pepehal, selamat berjaya buat pelajar PMR. Semoga sentiasa sukses. Jangan tetibe blank, mindfucked lak dalam exam hall okeh. That goes to everyone else who is involved in any type of exam. Gud luck to everyone

Post tamat. Takde gambar sebab aku malas. kthanxbye.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan