Rabu, 8 Februari 2012

Yandere Kanojo - Manga paling mengong

Kali ni aku up satu review. Post ilmiah aku akan update di Thursday Thoughts sahaja kecuali kalau tangan aku gatal nak menulis (fat chances that'll happen heh)

Jadi apa manga untuk direview hari ni? Jangan tanya soalan obvious macam morons. Tengok title blog. Yes folks. It's Yandere Kanojo time

Yandere refer to cinta yang obses sampai mereka yang jatuh cinta sanggup membunuh demi dapatkan cinta diorang. Senang cite, Yandere ni adalah watak yang kurang waras dan tidak normal. Cerita macam Mirai Nikki(Future Diary) adalah contoh Yandere manga. Tapi adakah komik Yandere Kanojo ini bergenre Yandere?

Tidak sama sekali. Korang dah kene rickroll ngan author manga ni.

Yandere dalam manga ni merujuk semata-mata kepada gabungan dua ayat iaitu Yankee(samseng kalau istilah digunakan di Jepun) dan Dere-Dere(Aku sendiri kurang faham perkataan ni. Kalau tak silap aku perkataan ni sama maksud dengan cinta? Kalau ada info do enlighten me). Jadi Yandere Kanojo ialah percintaan sa-orang samseng.


Manabu Tanaka dan Ryuuzaki Reina. Sorang honor student dan sorang samseng. Camnelah leh jadik couple ek? Lantaklah janji korang happy

Ceritanya bermula suatu hari bila mereka cross path on the way ke sekolah. Manabu dan Reina terpandang satu sama lain dan terus fall in love (love at first sight lettew) Dari situ terus je si Manabu confess love on the spot dan ajak Reina dating. Sepanjang diorang dating, diorang berusaha untuk merahsiakan hubungan diorang sebab kalau orang dapat tau, Reina akan jadi super segan. Ye la. Yankee bercinta? Adakah itu logik???

Tapi in the end of course, sume orang tau pasal diorang dating each other. jadi itu je la sinopsis aku leh bagi. Nak tau lebih, belek manga ni okeh?

Overall aku suka manga ni sebab dia menggabungkan 4koma dan full page manga. Ada page yang full dan ada page yang hanya 4koma. Tapi itupun author dia masih berjaya untuk menyampaikan mesej dalam cerita ni. Kudos to you.

Lagi satu yang aku minat, humor ringan yang ditonjolkan memang sangat LOLWUT. kadang2 tak sampai ke akal kita bahawa yang sebenarnya itu yang akan terjadi. Senang cite, in almost every episode, the end will always exceed the readers expectation. Aku ingat satu episod di Manabu nak mintak restu ayah Reina. Mati2 aku ingat bapak Reina lari sebab tak restui hubungan diorang. Rupanya dia lari sebab ingat si Manabu nak pujuk dia jumpa doktor gigi. WTFBBQ??

Siyes aku terus terjun ke lantai dan melakukan teknik gelak guling extreme tahap 3. Babi lawak!

Aku rekemen korang baca manga ni sebagai satu bentuk hiburan ringan. Dan satu benda korang perlu tau, ada certain douche yang akan samakan manga Yandere Kanojo ni dengan Onidere. My advice, ignore these scumbags. Yandere dan Onidere memang ada certain persamaan dari segi theme tapi heck jalan cerita dia sungguh berbeza. Onidere watak utama masih lom berjaya untuk confess openly yang diorang dating tapi Yandere habis je 2-3 episod dah ada beberapa orang yang tau diorang dating dan nampak ketara sangat diorang dating. So berenti la bezakan Onidere dan Yandere. Berbanding dengan cerita Onidere, Yandere lebih santai.

Jadi kalau korang suka humour ringan, aku rekemen manga ni untuk korang baca.

That's all peepes. Pedosagi signing out

Tiada ulasan:

Catat Ulasan