Jumaat, 10 Februari 2012

Usagi Drop - Anime dia lak siak!!


LAGI SEKALI, INI AWESOME!!

Ye aku tau aku dah buat dah review pasal Usagi Drop. Tapi please understand, itu aku review MANGA dia. Kali ni, versi ANIME pulak sudah menjengah pasaran Malaysia. GOD DAMN!!

Selaku seorang peminat cerita ni, adalah menjadi satu kewajiban untuk aku membeli DVD dan menonton anime ini. Tapi macam biasalah, masa membeli tu ada gak rasa ragu-ragu. Kadang2 manga dia best tapi anime haram hancur. So, masa mula2 beli aku agak risau gak. Soalan2 pelik bermain di fikiran aku.

"Camne kalau anime dia tak se-best manga dia?"

"Berbaloi ke beli?"

"11 episod je? Tak ke pendek sangat? Macam tak berbaloi la plak belanja duit utk 11 peisod"


Aku memang risau masa aku mula2 beli DVD anime ni walaupun harga dia leh dikira murah la jugak. Tapi habis je aku menonton kesemua 11 episod anime ni, segala kerisauan tu hilang. Anime ni SANGAT AWESOME SIAKK!!!! PERGHH!!!!

Sedikit berbeza berbanding manga yang berlanjutan sehingga ke alam remaja Rin, animenya tamat selepas tempoh setahun Rin tinggal bersama Daikichi. Memang pendek dan honestly speaking, aku rasa tak puas tengok 11 episod sahaja. Y-U-NO MAKE MORE EPISODE GODDAMMIT!!!

Anime ni sangat cute dan macam aku pernah cakap, ianya seperti sebuah ensiklopedia mengenai parenthood. Hubungan antara Rin dan Daikichi yang sangat rapat memang menarik untuk ditonton. Serius comel. Sekering-kering hati aku, sekeras-keras hati aku leh cair bila tengok Rin yang manja ngan Daikichi. Macam tgk adik bongsu aku kot. Sangat-sangat comel

Pedoboss approve. Pedosagi juga approve. Bila dua makhluk ni kata cerita ni comel, dah confirm la dia comel.

Dan tak macam kebanyakan anime dan manga di luar sana yang tak ada mesej langsung, banyak terselit mesej masyarakat dan kekeluargaan dalam anime Usagi Drop ni. Jadi, aku kata anime ni adalah anime WAJIB TONTON untuk korang peminat anime. Aku bagi 4 1/2 bintang untuk keawesome-an anime ni. Kecuali bab episod yang sikit sangat dan plot yang agak lambat berkembang, aku rasa takde kelemahan lain yang ketara dalam anime ni.

Senang cerita, korang tak tengok, idop korang sebagai peminat animanga tak lengkap!!

And FYI, harganya baru RM19.90 weh. DVD high quality at such a cheap price? APE LAGI KO NAK??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan