Khamis, 16 Februari 2012

Thursday Thoughts #2 - Pendapat


How's it goin, betch?

Thursday thought kali ni membincangkan mengenai penyakit manusia di Malaysia yang semakin parah saban hari. MELATAH

Mula-mula aku nak bagi satu example. Korang pernah dengar lagu Cerita Kedai Kopi? Salah satu part dalam lagu tu bunyinya macam ini :

"Hamba di Belanda di tengah ibu kota
Temanku Salam dreadlocks bawah mahkota
Anak perantauan yang punya citarasa Jamaica
Rindu nak dengar cerita kopi Malaysia
Aku cerita dia ketawa
Tak kering gusi jatuh kerusi
Dia pula bercerita tapi bukan tentang dia atau dia
Di Eropah orang bentang idea
Topik-topik intelektual di diskusi
Anjakan paradigma bila kena kopi
Peace love and harmony reggae sampai pagi
Keluar kedai kopi Amsterdam masih steady"

Malique memang suka buat lagu yang sinis menyindir orang2 Malaysia yang sempit pemikirannya. Orang Malaysia yang berfikiran terbuka memang ada, tapi most of em *facepalm*

And the funny part is that, these typical Malaysians nyanyi lagu ni sampai lebam wa cakap lu!! Kalau diorang faham makna lagu ni, aku konfiden terus terjun lombong tak timbul2 dah. Anyway, korang amati part yang aku bold-kan untuk korang tu.

Dari situ je dah menunjukkan mengapa bangsa di Eropah maju berpuluh tahun ke hadapan berbanding Malaysia yang penuh ngan manusia bermentaliti kelas ketiga. 

Kalau di Eropah, manusia membincangkan mengenai topik-topik yang bermanfaat dan mereka berani mengutarakan pendapat mereka secara terbuka. Lepas tu, perbincangan secara sihat di mana setiap individu yang terlibat dalam diskusi akan memberi pendapat mereka dengan tone yang matang. Malaysia?

Aku bagi pendapat yang agak kontroversi sikit akan ada golongan yang melatah. Aku sure. Camner nak maju?

This can be applied in the world of AniManga. Kalau korang nak duduk kat safe-zone, diam je taknak buat pape, camne dunia AniManga nak maju? Jangan takut untuk menyuarakan pendapat korang kerana dari situ akan bermula perbincangan ke arah pembaikan dunia AniManga. Kalaupun korang kena trash, so what? Yang trash korang tu manusia bermentaliti sempit kelas ketiga. Itu bahasa sopannya. Kalau bahasa kasar aku suka panggil mereka golongan manusia terencat bangang melantun. Pong pang pong pang cerita pasal menyebarkan dakyah AniManga di Malaysia la, mencari approval masyarakat tentang dunia anime la, benci di stereotypekan oleh masyarakat hanya kerana menonton anime la, tapi ape yang diorang buat untuk mengubah semua tu? NOTHING. They've done nothing except bashing the people who points out their views. What utter morons. Macam mana kita nak maju??

Golongan camni la yang Tun Dr. Mahathir tak suka. Pemikiran sempit. Ni satu lagi lagu untuk korang dari MALIQUE jugak untuk dijadikan iktibar:

"Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak"

Katak tu adalah korang yang berfikiran sempit.

Jadi sebelum korang melatah tak tentu hala bila ditegur dan bila seseorang mengutarakan pendapat mereka, nasihat aku korang istighfar banyak2, gi amek wuduk, tenangkan diri, pastu fikir sejenak. Cari rasional di sebalik point yang diutarakan. Kalau korang tak setuju sekalipun, you won't get anything by bashing the person. Apa kata kalau bincangkan dalam tone lebih matang, kan lagi elok? Takdelah korang senang2 kena cop bangang nanti. 

Aku berkali-kali dihentam hanya kerana pendapat aku berlainan dengan korang. Jadi Thursday Thought kali ni, i hope to make things clear. Aku nak Malaysia open their eyes, open up their mind, cuba berfikir out of the box, supaya industri AniManga yang kita cintai ni maju seiring dengan negara lain. Kata nak jadi sehebat Jepun dalam bidang ni? Ataupun itu cuma ungkapan angan mat jenin saja?

Memang aku agak radikal dalam menyuarakan pendapat aku di sini. Tapi kalau aku tak buat camni no one will give a shit about this. 

Yes peeps, if you're not radical, nobody gives a flying fuck about what you think.

Adekah korang nak kekal duduk di bawah tempurung korang? 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan