Rabu, 8 Februari 2012

Ikut berfikir - Mengarut di pagi hari

Okeh. Baru-baru ni aku sedar. Rupenye aku ada masalah untuk tido. Suda pukul 3.00 pagi di sini, hampir semua pelajar institut sudah lena dibuai mimpi, dan aku masih celik bertemankan lappy Toshiba menulis sebuah entri. FUCK!


Muka aku ketika entri ini ditulis

Alang2 takleh tido, ada elok aku up satu entri.

Thursday Thought minggu depan baru leh masuk. Tapi tak bermakne aku berhenti berfikir sepanjang waktu itu. Berfikir itu perlu. Manusia yang tak berfikir bukan lagi manusia tetapi hayewan(mohon sebut mengikut ejaan supaya boleh difahami)

Jadi aku berfikir. Dah berapa lama aku berkecimpung dalam bidang AniManga ni? Dan kenapa aku macam boleh lekat dengan hobi ni?

Ada penjelasan?

Sebenarnya kita tak perlukan penjelasan untuk sesuatu yang kita suka lakukan. Ada ko boleh jelaskan kenapa ko suka makan ayam dan benci makan ikan? Tak ada penjelasan logika mengenai perkara tu. Samalah dengan hobi. Citarasa ni, tak perlukan penjelasan pun takpe sebenarnya. Sebab lain orang, lain citarasa. Benda subjektif ni tak perlukan penjelasan. Buat gaduh je nanti.

Kembali ke main point, aku terfikir. Sepanjang aku meminati hobi ni, pernah ke aku terikut-ikut dengan budaya mereka yang ditonjolkan di dalam Anime atau Manga? Bila difikirkan, adalah beberapa perkara. Tapi mengapa hanya beberapa sahaja menjadi ikutan, dan bukan semua?

Jom kita fikirkan sama-sama.

Berdasarkan pemerhatian aku, mereka yang mengikuti hobi ini sebenarnya berisiko untuk sesat. YA, BETUL TU. SESAT. Mereka yang berkecimpung di bidang ini sebenarnya berisiko termakan propaganda dan ideologi disebarkan melalui media Anime dan Manga. Contohnya nah, tengok di Belgium dah ada pembunuh bersiri kerana taksub membaca Manga. Senang cerita Anime dan Manga ni boleh disalahgunakan untuk menyebarkan dakyah dan idea songsang.

Tapi kenapa aku bangkitkan isu ini? Selaku seorang peminat AniManga, bukankah ini seperti membuka pekung di dada? Seperti kita sendiri memburukkan dan melabel AniManga sebagai suatu bentuk penyebaran idea songsang? TIDAK SAMA SEKALI. Kaji kenyataan aku sebelum buat spekulasi liar. Hujah aku belum tamat. Mohon dengar dulu sebelum menghentam.

Apa yang aku cuba sampaikan adalah, kadangkala ada idea yang merbahaya dan melanggar batas budaya negara kita disiarkan di dalam Anime atau Manga. Jadi kita selaku peminat AniManga, perlu lebih bijak menilai dan berfikir. Kalau kita bijak menilai, kita mampu untuk membezakan antara yang baik dan buruk perkara yang disiarkan di dalam Anime atau Manga. Contoh paling ringan aku boleh bagi, kebanyakan Anime dan Manga berkisar mengenai pertarungan. Kadangkala, pertarungan ini diadakan di sekolah. Orang yang tak berfikir, dengan mudah dia akan terpengaruh dengan idea bahawa bergaduh di sekolah adalah "COOL". Maka akan meningkatlah kadar pergaduhan di sekolah dengan adanya golongan kurang bijak atau istilah kasarnya, bangang ya rabbi.

Jadi point aku di sini adalah, jadilah peminat anime yang berfikir. Jangan hanya mengikut saje. Golongan yang berfikir ini aku kata, mereka adalah golongan yang akan terus berusaha memastikan legasi AniManga terus maju dengan idea-idea mereka. Manakala yang hanya reti mengikut dan menjadi wapanese tetap ini, aku cuma boleh berdoa agar mereka diberikan petunjuk agar tidak lagi BANGANG di masa hadapan. Semoga mereka diselamatkan dari menjadi lebih bangang dari biasa.

Jadi berbalik kepada soalan aku tadi:

"Sepanjang aku meminati hobi ni, pernah ke aku terikut-ikut dengan budaya mereka yang ditonjolkan di dalam Anime atau Manga? Bila difikirkan, adalah beberapa perkara. Tapi mengapa hanya beberapa sahaja menjadi ikutan, dan bukan semua?"

Bukan berniat nak mendabik dada. Jawapannya jelas, ianya adalah kerana aku BERFIKIR sebelum MENGIKUT.

Jadi marilah kita bersama menjadi peminat yang bijak. Jangan terjun membabi buta. FIKIR DULU SEBELUM IKUT

Aku harap entri ni membuka mata korang. Nak ikut, terserah. Taknak ikut, teruslah menjadi bangang. Pilihan masing2 punya.

Okeh, tamat entri mengarut. Nak beransur ke kamar.

Dodoikan aku barang sepam dua?

4 ulasan:

  1. this is one very nice entry~ :3 i like it very much. x banyak ckp2 kosong, n sgt bertauliah.

    (tgok tu, hidung da besau~ xD)
    nywy, ths is one hell of an entry. (^^)b gud job.

    BalasPadam
  2. thanks Eryth. sekali sekala, kena serius. berkecimpung dalam bidang ni kadang2 perlu gak serius. Sampai masa untuk kita buka mata diorang bidang ni bukan sekadar hobi atau hiburan. kalau kita serius dalam bidang ni, dan banykkan berfikir, this shit can be more than a form of entertainment.

    BalasPadam
  3. mohon beri otak kepada mereka yang tak berfikir nih,macam ayah aku cakap "nak buat sesuatu,fikir dulu"~jangan main ikut jer,mohon gune akal kepada mereka yang sesat,tunjukkan mereka jalan yang luruss

    BalasPadam
  4. "mohon tunjukkan jalan yang lurus"

    AYAT INI

    i lol'd XD

    tapi betul gak. semoga mereka diberikan hidayah dan tidak lagi bangang di masa hadapan

    BalasPadam