Isnin, 13 Februari 2012

Kronologi perubahan banner blog

Sempena... Fuck, nak bagi alasan ape ek nak tulis entri random nih? Ah, korang bace je jangan banyak bunyik. Kalau tak sudi baca, klik butang bertanda pangkah kat hujung browser korang dan pegi mampos.

Aku saje up entri ni untuk tunjukkan korang perubahan demi perubahan yang terjadi ke atas banner blog ni sepanjang hampir setahun blog ni beroperasi. Aku akan upload banner-banner terdahulu aku termasuk banner lama dari blog nukilan sampah aku (juga blog yang menaikkan nama aku) iaitu Aku Bukan Otaku. 

Kita bermula dari design blog yang pertamax sekali iaitu A.B.O

Aku Bukan Otaku banner design



Tipu la kalau aku cakap blog ni tak menaikkan nama aku sebagai seorang penulis blog. Post aku yang first, walaupun dipenuhi nada amarah dan sangat sampah, tapi post itu la yang menaikkan nama aku dalam bidang ni. Tapi blog ni tak bertahan. 3 post dan akhirnya hancur. Aku pindahkan pusat pemerintahan ke A.P.A di mana aku berjanji untuk tidak METRO lagi di masa hadapan. I kept my promise didn't i?


Dan sebab aku noob design ketika itu, maka seringkas ringkas design aku buat. Lagipun aku agak tak sabar masa tu nak up sebuah blog. 


Moving on


Aku Pencinta Anime (A.P.A)


Inilah dia blog kesayangan korang. Melalui beberapa fasa sejak diasaskan beberapa bulan lepas, turun naik blog ni berkaitan dengan kandungan post pada waktu itu. Kalau dalam bulan tu ada rajin sikit up entri, maka naiklah traffic blog. 




Banner pertama sejak aku beralih dari A.B.O sangat ringkas. Tulisan besar je kat atas banner. Tapi inilah dia banner yang dijadikan asas untuk banner yang lain. Senang cerita, banner ni mak kepada banner blog aku yang lain. MOTHER OF BANNER...



Selepas tu aku buat entri random mengenai pedobear dan decide, we need to change things a bit. Maka terciptalah banner kurang ajar ini. Menampilkan makhluk gila seks sebagai duta produk, traffic aku lembab naik sebab majoriti manusia lari melihat dia senyum di header blog. Ko memang bawak sial la pedobear. 




Selepas pedobear gagal menaikkan nama blog aku di persada dunia, SOPA, PIPA dan ACTA, tiga peraturan internet yang bangang melantun diperkenalkan. Jadi aku meluahkan kemarahan aku dengan cara yang sihat iaitu dengan membuat banner cool ini. Dan percaya tak, sejak kali terakhir traffic blog aku naik mencanak Oktober lalu, banner ini kembali menaikkan traffic aku yang perlahan. Naik tinggi terus wa cakap lu!! Hampir setanding dengan traffic bulan Oktober itu hari tapi kurang sikit je. 


Banner ni banner haram. Abang Anime kasi naik banner ni tanpa pengetahuan aku. Cilake. Isi banner ni ada betulnya, tapi cilake.




Lepas tu aku sendiri naikkan banner ni untuk memujuk para penulis wanita yang berminat untuk menulis untuk kami. Setakat ni takde perubahan. Masih menunggu wakk.


Rasanya macam dah takde banner lagi dah kan? Heheh. SALAH!


Banner rahsia yang pernah digunakan kurang dari beberapa minit sahaja di blog ni. Sebaik saje aku up banner ni, aku terus delete balik dan naikkan sebuah banner yang lain. Inilah dia, banner era troll.




Cuba teka bila aku pernah guna banner ini di blog aku? Sape dapat jawab aku bagi korang baucer langganan akhbar Harian Metro selama setaun weh!!


Cepat2!! Aku takmoh tunggu lama2.

2 ulasan: