Ahad, 5 Februari 2012

Blog updates - New features

Wassup peeps?

Aku ada update some new features dalam blog ini iaitu Awesome Amateur Artist dan Awesome AniManga Sites. Ini adalah salah satu cara untuk promote group atau sites yang berkolaborasi dengan A.P.A secara langsung atau tidak langsung. Antara group tersenarai dalam list adalah Malaysia Anime World Artworks (MAWA), BOREGEN, Liga Komikus dan A.P.A Facebook page. Group ini adalah group yang membincangkan dan berdebat mengenai isu dalam dunia AniManga selain group bersosial sesama AniManga lover. Dengan adanya ciri-ciri ini melayakkan mereka untuk menerima sedikit promosi dari kami di A.P.A. In case, kalau ada group yang ingin berkolaborasi dengan kami, silakan post link di dalam post ini dan kami akan cuba letakkan link group anda di sini untuk tujuan promote group anda.

Di samping itu, artist2 amatur yang memberi kami inspirasi juga diberikan penghargaan dengan adanya ruangan Awesome Amateur Artist di dalam blog ini. Kami di A.P.A menyokong usaha para pelukis amatur dan menghargai ketekunan mereka. Maka di A.P.A kami sedia untuk membantu menaikkan nama para pelukis amatur sebagai satu usaha membantu mereka kick-start karier mereka sebagai seorang kartunis pro di dalam industri komik Malaysia.

Dan aku juga bercadang untuk memulakan sebuah segmen bertajuk Awesome Art of the Week di blog ini. Andai ada art yang awesome di dalam group yang berkolaborasi dengan kami, kami akan update art itu di sini. Ini masih dalam perancangan. Namun andai ianya berhasil, setiap hujung minggu akan dipaparkan lukisan-lukisan yang awesome di blog ini untuk tatapan para pembaca blog. Ini sekaligus memberi extra incentive kepada para pelukis di group tersebut untuk bekerja lebih keras.

Dan andai anda mempunyai idea yang ingin dikongsi, anda boleh apply sebagai penulis jemputan di A.P.A. Namun hanya artikel yang benar2 mempunyai pengisian akan disiarkan.

Itu sedikit sebanyak pembaharuan yang dilakukan oleh aku terhadap blog ini. lebih banyak pembaharuan dan pembaikan akan dilakukan di masa hadapan. Harap teruskan menyokong kami di A.P.A demi kemajuan dunia AniManga Malaysia!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan