Sabtu, 18 Februari 2012

Blog baru - Satu perubahan

Okeh. Abam buat iklan haram lagi sekali. Pedoboss? Pegi mati

Kali ni abam iklankan demi kebaikan kita umat peminat AniManga. Satu blog baru telah dibuat oleh abam sendiri, bernaung di bawah panji Aku Pencinta Anime iaitu blog Mangaka Community.


Banner yang simple. Kalau crowded sangat nanti nampak metro la pulak


Blog ini adalah blog khas seni di mana korang sume attention whore artis amatur leh mencuba untuk mempamerkan bakat korang. Senang cite, blog ni adalah pentas untuk korang menonjolkan bonjol-bonjol kejantanan dalam seluar dalam diri korang. Okeh abam tau yang pompuan pun nak gak pamerkan bonjol-bonjol kan? Eh, ape abam merepek ni?

Kesimpulannya di sini ialah blog ni adalah satu platform khas disediakan oleh A.P.A untuk membantu korang memulakan karier korang sebagai artis pro dalam industri komik. Kitorang sayang industri komik Malaysia maka kami pun up blog baru ni sebagai salah satu cara untuk kitorang membantu menaikkan lagi industri ni.

Tapi jangan salah faham. Blog ni tak independent. Ia adalah blog bernaung di bawah A.P.A bermakna blog kesayangan korang ni takkan ditutup macam Aku Bukan Otaku dan akan terus beroperasi seperti biasa wakk. Cuma certain segment akan abam minta alih ke blog sebelah sana pulak. Di sini akan lebih menumpukan mengenai review dan isu serta forum mengenai isu semasa. Di sebelah sana adalah blog mempamer serta meriak-riakkan lukisan sendiri. Jangan menggedik kata korang tak suka membongkakkan diri. Abam tau korang sume memang riak. Takyah nak hipokrit huh!!

Kami juga dalam proses untuk create sebuah group di FB. Group seni ini akan dikendalikan oleh admin A.P.A sedia ada dan beberapa orang ahli yang dirasakan layak. Tapi setakat ni belum disahkan. Masih dalam proses pembuatan lagi group tu. Tapi (eh berapa banyak tapi daa) confirm, group FB ini akan diwujudkan dan korang leh kongsi art korang di situ gak. 

Jadi kepada yang mahukan perkongsian mengenai dunia seni dan mahukan kritikan bagi menajamkan lagi skil sedia ada, silakanlah join Mangaka Community blog. FB page akan diupdate di blog bila dah siap okeh?

Abam nak tido. Duit iklan? Abam diktator tak perlu bayar sesape pun. puii

Link to the new blog :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan