Khamis, 15 Mac 2012

Thursday Thoughts #5 - Soalan belum terjawab

Kali ni di Thursday Thoughts aku mahu compilekan persoalan di minda aku yang perlu dibersihkan demi menyiapkan assignment aku sebelum aku berangkat ke Bina Insan Guru (BIG) minggu depan. FUCK


Yes, MY MIND IS FULL OF F&%K

Let's do this.

1) Perlu ke fanservice melampau dalam anime dan manga masa kini?

2) Nak naik taraf pasukan bola tempatan? Habis kenapa pasukan negeri 'makan' pasukan kelab?

3) Kenapa ramai sangat dengki ngan pasukan Selangor F.A? Tau la team kuat.

4) Apsal artis pakai tudung nampak rambut? Kat skolah ustaz tak ngajar agama ke?

5) Kenapa ramai manusia paranoid dalam Malaysia ni? Sikit-sikit, ini agenda. Sikit-sikit, propaganda. Dafuq?

6) Kenapa ahli politik bangang sangat? Korang gaduh bukan selesaikan masalah rakyat pun. Meroyan nak berkuasa sangat ke?

7) Apsal aku dah tak berapa interested nak beli DVD mahupun melayan anime/manga? Adekah jiwa AniManga aku sudah mati? TIDAKKKKK

8) Sekali lagi, apsal orang politik sibuk nak pegang bola sepak? Sampai menjunam jatuhnya. Pegi la main golf sana. Pulut ayam tol la. 

9) Yang main online game apsal emo sangat kalau kalah? "Siap kau kalau aku jumpa kau kat luar" - Dafuq? Sebab game kau nak pukul aku? Nampak ketara bangang di situ

10) Betul ke pilihan jalan hidup aku?

11) Ustaz aku pesan kalau bersedekah kena berahsia. Jadi apa jadah sedekah depan TV masuk berita? Ustaz, yang ni kira ke?

12) Malaysia negara sedang maju(belum maju lagi). Tapi apsal ramai sangat manusia mentaliti kelas 3? Bila nak sampai wawasan 2020 kalau manusia camni ramai lagi lam Malaysia ni?

13) Berapa kali nak kena explain baru korang paham bahawa komik, manga, kartun, anime dan seumpamanya adalah universal? Bukan hanya untuk kanak-kanak. Sampai bila aku kena explain baru korang leh paham setannnnnnnn???

14) Apsal kuat sangat semangat kenegerian rakyat Malaysia? Korang ni rakyat Malaysia ke? Apsal nak assabiyah bagai? Nak makan kasut?

15) Bila aku speaking English ramai yang sinis. Apsal? Korang dengki? Tak patriotik abah kau. Patriotisme seseorang itu tidak diukur hanya melalui bahasanya. Salah ke nak memperkasakan bahasa kedua aku? Ada aku pinggirkan bahasa ibunda ke? Sipot la kau ni.

16) Awek pakai sendat tapi marah bila orang tengok. Nak buat camne? Dah kau pakai camtu orang tak tengok macam membazir la pulak. 

17) Pakai tudung tapi pakai ketat nampak lurah bagai. Korang ni memang bangang ke atau terencat sejak lahir?

18) Best ke merempit? Apsal tak daftar race halal je? Cub Prix tu bukan ke arena untuk korang peragakan skil? Bukan atas jalan?

20) Payah ke nak bagi signal kereta bila nak pusing? Ke korang ni lesen bayar(rasuah)?

21) Susah sangat ke sekolah sampai nak ponteng, berenti sekolah bagai? Aku dah masuk kolej ni aku rasa sekolah lagi heaven. 

22) Bila konflik Palestin-Israel nak berakhir? Aku dah penat boikot ni. Lapar McD.

23) Bila aku nak dapat idea yang REAL untuk Thursday Thoughts ni?

23 soalan. ada sesape leh tolong jawabkan untuk aku?

9 ulasan:

  1. awek pakai sendat tapi marah kat orang yang tengok die memang bodo. dah ko tayang kitorang pandang je la

    BalasPadam
  2. hi imran its me idham nice to meet you...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tipu...aritu aku nmpk ang mkn mcd....

      Padam
    2. tp btl la ap ang kata....ironic kan...

      Padam
    3. dey macha pe cite drop comment rupa haram kat blog aku? wakakaka. mentang2 aku baru up feature anonymous suke suki je die guna anonymous account mau komen.

      sebab tu la aku cakap. dah penat boikot. sebab tu aku makan. wakakaka

      Padam
  3. oit,heaven tu nickname aku laa...hehehe gila ko 23 soklan tolong jawab...pi tanya iphone 4S..ada Siri,tanya dia..''Hello,have a good day''...''Dafuq''....hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siri jawap merapu. lagipun soklan2 ni aku ajukan kepada manusia bukan robot paham? wakakaka

      Padam
  4. Banyaknya soalan, sememangnya juga soalan yang wajar.
    Bila fikirkan, memang sah ahli politik jenis yang sibuk menyibuk menyampah sumbat sana sini. Konon ini baik, tapi bila dah jadi, tak berapa jugak.
    Tapi tak boleh salahkan ahli politik saja, sebab ahli politik berleluasa bila orang ramai mahukan mereka. Mereka yang undi kenalah fikirkan masak-masak apa yang akan jadi bila ahli politik tersebut dapat jawatan. Betulkah mereka mampu? Apakah latar belakang mereka? Adakah mereka bergurau?
    Tapi saya tak dapat banyak kacau pemikiran, sebab saya bukan tinggal di negeri berahli politik.
    Apapun
    Tak, saya tak faham kenapa awek pakai baju ketat-ketat. Barangkali dorang fikir "OH MUAT" kendian "AMG SEMPITLAH. Takpe pakai je bazir duit saya beli dulu kena buang berat badan ni"
    Tentang tudung nampak rambut, itu bagi dorang FESYEN. Sememangnya FESYEN sesuatu yang ramai perempuan terikut-ikut. Fesyen seksi ke, fesyen baju labuh ke, fesyen ketat ke, fesyen merapu ke, mana saja fesyen, asal mampu gerenti ada yang ikut. Itulah sudah hakikat manusia.
    Kendian tentang dorang yang tak signal. Dorang pikir kita semua mind-reader, atau dorang pelupa sangat atau tangan tak cukup nak flip signal stick tu. Alahai, pemanduuuuu.
    Lepas tu, Palestin-Israel rasanya akan berenti dengan kemenangan Palestin bila dah nak kiamat. Sesungguhnya satu petanda adalah 'bila pihak Islam menang'. Tapi tak sepatutnya Palestin, boleh mana-mana negeri. Tapi, selagi ada PM Israel durjana tu, selagi itu tak selesai. Alahai, manusiaaaaaa.

    Then semua soalan-soalan yang lain tu, samada:
    1 - dorang semua manusia, semua punya sifat buruk tersendiri. Tak layan cakap ibu bapa, tak layan cakap guru, tak layan cakap ustaz. Tiada rasa tanggungjawab sebab tak diajar untuk bertanggungjawab.
    2 - dorang tamak. Nakkan kuasa, nakkan harta, nakkan apa yang sorang to ada. Dengki juga ada unsur tamak, sebab dorang nakkan apa yang awak ada, tapi tak mampu, jadi dorang hantam awak saja.
    3 - dan yang terakhir, semua ni memang...sebahagian daripada orang Melayu. Saya Melayu, saya tak akan mengatakan saya bukan Melayu, tapi dengki itu nampaknya sudah sememangnya sebahagian dari akar umbi kita. Kalau boleh nak carik dengki tu dari akar Melayu, tapi sayang sekali, belum dapat lagi, sebab yang dengki sentiasa tidak PAHAM. //tableflip Memang bukan Melayu saja, gerenti bangsa lain ada juga, tapi Melayu ketara sangatlah bro. ._.)

    Daaaaan itulah ulasan memanjang sayur kacang panjang saya.
    Sekian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mak oi ZP berjela balasnye. ni nak menulis entri ke ape ni? muahahaha. cer terai jadi penulis jemputan. wakakaka

      hurm entahlah makin kita tanyakan soalan, makin kita layan, makin sempit fikiran mereka yang bermentaliti kelas ketiga. jadi rasanya cara terbaik adalah hanya memerhati sambil makan popcorn

      Padam