Isnin, 6 Ogos 2012

Tribute to the Malaysian hero

Takmoh cakap banyak. Kita kecewa malam ini. Pingat emas sangat hampir tetapi Lin Dan nyata berada dalam kelasnya tersendiri. Namun kita harus bangga. Dato' Lee Chong Wei bertarung sehingga ke akhir, enggan menyerah sebelum berjuang. Walau beliau tewas akhirnya, sekelian rakyat Malaysia tahu betapa beliau telah memberikan yang terbaik buat Malaysia tercinta. 

Titis air mata LCW, luluh hatinya kerana gagal menghadiahkan pingat buat negara. Kesedihannya turut dirasai peminat, yang menitiskan air mata melihat wira kita tumbang di tangan jaguh China. 

Aku sendiri sebak melihat jaguh kita menitiskan air mata. Pingat emas itu bukanlah segalanya kerana di hati peminat, LCW adalah permata berharga lebih bernilai dari pingat emas olimpik. Bangkit semula LCW!! Kami sekelian peminat bangga akan pencapaianmu LCW!! Jangan berasa rendah diri, Olimpik masih ada lain kali. Kemi peminat sentiasa yakin dan percaya bahawa jaguh kami, Lee Chong Wei akan kembali, lebih kuat dan bersemangat. 

#ThankYouLeeChongWei

P/s: Sebagai tanda penghargaan, banner utk DLCW aku dah naikkan. Kalau ada mesej2 dan kata2 perangsang kepada wira negara kita ini, silakan komen di ruangan komen. 

Entri yang serius. Kali ni je, lain kali tak konpem serius

Tiada ulasan:

Catat Ulasan