Khamis, 8 Mac 2012

Thursday Thoughts #4 : Another Delayed Entry

Yelah, yelah aku cuba nak rajin la ni

Wassup peeps. Sori aku tak update blog ni. Bukan aku taknak but the thing is aku sedang menyiapkan satu projek besar akhir tahun yang gempak. Untuk lebih info leh rujuk di Facebook Mangaka Community, satu event besar pertama kali dalam sejarah penubuhan kami sedang giat dirancang. Jadi di kesempatan ini aku nak iklankan jugalah kepada korang. Projek kami ialah untuk membuka sebuah booth atau gerai di Comic Fiesta hujung tahun ini. Ye, aku sibuk sangat dengan SBE dan jugak natang projek ni sampai terabai blog ni. Thursday Thoughts pun tak update. Pulut kan??

Jadi kalau nak tau lebih lanjut silakan melawat group page kami okeh?

Berbalik kepada isu asal. Apakah topik Thursday Thoughts hari ini? Hurmm. Jujur aku cakap aku memang takde idea pun nak discuss isu apa. Sori kepada yang selalu buka blog ni menantikan nukilan aku (eleh, macam la ade orang baca blog bersawang ni) Ada yang menanti sebenarnya. Aku menulis ni pun setelah ada yang menegur di Fb page yang berbunyi:
"perasan tak Thursday Thoughts minggu ni takde lagi?"
Oh sungguh aku tak sangka ada orang yang  membaca nukilan sampah ini. Tersentuh jiwa ragaku. 

Siyes aku tak sangka ada yang membaca. Aku rasa entri aku untuk Thursday Thoughts ni tak la padu mana. Padu lagi entri aku yang bertajuk Ikut Berfikir. One of my best entry thus far. Tapi pepehal, thanx for the supprt guys. Appreciate it.

Jadi untuk tidak menghampakan korang, aku cuba update Thursday Thoughts berbekalkan internet pelan rupa siput sedut dan keteguhan diri aku dibantu oleh secawan nescafe 3 in 1 pada pukul 2:30 pagi hari Ahad. Nama Thursday Thoughts update hari Ahad. Nampak bangangnya di situ.

Untuk kali ini aku nak bincang mengenai something yang biasa-biasa je. Sejarah. Yes topik boring. Silakanlah klik button pangkah dan pergi tidur mimpi pedobear mekaseh. 

Yes, sejarah. Aku ada terfikir, macam mana kita nak tahu sesebuah sejarah itu benar? Sejarah adalah kronologi atau timeline (bukan timeline Facebook ye. Aku cepuk ko kang berterabur gigi) mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku kepada seseorang atau sesebuah tamadun. At least that's how i define it. Tapi persoalannya di sini siapa yang menetapkan sejarah yang kita baca dalam buku-buku teks sebagai sesuatu yang benar? 

Dan sejauh manakah kebenaran sejarah yang ditunjukkan di dalam buku teks yang kita baca? Jangan kasi pening, aku beri contoh. Bayangkanlah andai kata aku boleh merubah masa. Aku ubahkan sejarah WW2. AXIS(German nazi, Japan, Italy etc) menang menundukkan Allied(U.S.A, Poland, British, Russia etc.). Korang leh bayangkan tak agaknya macam mana rupa buku teks kita? Bagaimana lak dengan isinya?

Isi buku teks itu akan berkisar mengenai kejayaan demi kejayaan AXIS dalam perang. Juga ditunjukkan wira-wira perang dan tokoh-tokoh ketika itu yang pastinya bukan dari Allied. Hitler akan disanjung, Jepun akan dianggap wira Asia, general perang dari Allied akan dianggap sebagai bajingan keparat penjenayah perang dan akan menghadapi hukuman gantung sampai mati. 

Yes, sejarah akan berubah. "Kebenaran" juga akan berubah andai AXIS yang menang dalam WW2. Senang cerita sejarah ni ditulis oleh pihak yang "menang". Yang kalah, no one gives a shit about their story. Nobody wants to listen to the story of the losing side. They believed in the words of the side that won. That's history. 

Sebab AXIS kalah, cerita Holocaust menjadi intipati utama bila nak menyalahkan the Nazis. Tapi korang pernah tak terfikir kemungkinan pihak Allied juga pernah melakukan kekejaman? Mungkin tak seteruk Holocaust tapi masih berkemungkinan kan? Kalau pihak AXIS menang perang agaknya apa cerita buruk mengenai Allied yang akan dijadikan isi buku teks kita? Cerita perang semua menunjukkan Allied sebagai penyelamat umat manusia? Itu sebab diorang menang perang. Kalau kalah? AXIS akan jadi penyelamat umat manusia dari kapitalisme keparat Amerika, itulah isi cerita yang akan jadi laris macam goreng pisang panas. 

Apa yang aku cuba sampaikan? Well, aku pun tak tau sebenarnya. Mungkin korang leh tolong cedokkan untuk aku apa mesej sebenar dalam entri kali ni? Niat aku cuma berkongsi apa yang aku fikir. That's the main puspose of this segment. To share my thoughts. That's why it's called Thursday Thoughts.

Jadi apa pendapat korang. Adakah selama ini kita disajikan dengan sejarah yang benar, atau sekadar propaganda?

Paranoid? Maybe...

5 ulasan:

  1. itu sebab abam x suke history~ bias sgt..

    BalasPadam
    Balasan
    1. amboi berahsia-rahsia lak kao ye ngan abam. mentang2 abam open anonymous nyer setting kao rahsia2. takpe2.

      tak suka pun kena belajar gak. sejarah walau banyak putar belitnya tetap sejarah yang perlu kita pelajari.

      Padam
  2. Tak suka sejarah tapi skor...=w=||

    BalasPadam
    Balasan
    1. saje nak eksyen pandai sejarah lettew. LOL jkjk.

      Padam