Khamis, 2 Ogos 2012

Review game: Catherine


Ok, blog dah berhabuk, jadi sampai masa aku pulak yang kena tulis untuk blog ni pasal yg lain semua sibuk memanjang. Aku sorang je yg free pun. (Mohon boss up gaji aku lepas ni) Minggu ni aku ade game review untuk korang dan kalau ade budak dalam bilik tu, mohon bawak keluar sekarang.

AMARAN: GAME NI UNTUK YANG BERUMUR 18 TAHUN KE ATAS JE. BAWAH DARI TU, KALAU KORANG MAIN JUGAK, AKU TAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS APA YANG JADI PADA KORANG.



Ok, tak nak cakap apa2 pasal cover ni. On to the review.

Storyline
Vincent Brooks mempunyai masalah untuk kahwin dengan teman wanitanya Katherine yang dia dah kenal selama 5 tahun. Satu malam dia terjumpa Catherine di bar dan sejak dari tu, tiap2 kali dia tidur dia akan masuk ke alam Nightmare. Apa sebenarnya alam Nightmare ni?? Kenapa Vincent masuk dalam alam Nightmare ni dan siapa sebenarnya Catherine dan apa kaitan dia dengan semua kejadian ni?? Kalau nak tau, main game ni dan korang akan paham segala-galanya.

Gameplay
Gameplay terbahagi kepada dua; waktu petang di bar dan waktu malam di alam Nigtmare. Untuk gameplay di bar, korang boleh berinteraksi dengan pengunjung yang datang, minum, check handphone, balas mesej dan main mini-game. Tapi perlu diingatkan, setiap pilihan yang korang buat akan mempengaruhi meter yang akan mempengaruhi storyline dan jugak ending yang akan korang dapat. Untuk alam Nightmare pulak, gameplay memang berbeza sebab korang akan susun, tolak dan panjat blok untuk sampai ke tingkat paling atas menara yang ada 8 tingkat dan sepanjang jalan tu, korang akan berlari daripada bos yang akan bunuh korang kalau korang buat silap. Memang aku respek team Persona yang buat game ni. Walaupun diorang terkenal sebab buat game RPG, tapi diorang telah lakukan yang terbaik untuk buat game platformer puzzle-solving ni.

Graphics and Sound
Untuk game pertama Team Persona untuk konsol PS3, game ni memang tak mengecewakan dari segi grafik. Untuk Voice Acting pulak, korang tak boleh tukar ke Japanese. Boleh dengar English je. Tapi pada aku, English Voice Acting ni pun dah cukup hebat sebab diorang gunakan khidmat Voice Actor dari game Persona 4. Untuk muzik, tak perlu sebut lagi, memang terbaik. Kalau korang tau Shoji Meguro, korang akan tau yang setiap muzik dia memang terbaik.

Replayability
8 ending, setiap pilihan jawapan mempengaruhi storyline dan jugak 64 stage mini-game Rapunzel akan buatkan korang main game ni lebih dari 40 jam untuk dapatkan semuanye walaupun main storyline hanya 10-15 jam bergantung pada skill korang main. Tak lupa jugak mode Colosseum dan Babel yang akan buatkan korang main lebih lagi dari 40 jam.

Pro
Graphic, Muzik, Storyline, dan ending.

Cons
Satu je yang jadi masalah untuk game ni ialah tak ada mode explore macam game persona. Jadi korang duduk je la kat bar tu, minum, lepas tu balik dan jugak game ni sangat2 susah walaupun korang dapat undo sampai 9 kali.

Summary
Setakat ni game terbaik dari Team Persona dan Storyline game ni akan buatkan korang fikir masak-masak sebelum buat keputusan. Aku bagi 9/10 markah untuk game ni dan aku rekomen pada orang yang boleh berfikir secara matang sebab storyline game ni yang padat tentang kisah perhubungan manusia mungkin tak sesuai untuk budak2 yang belum matang lagi.

Ok, sampai sini je dan untuk post yang akan datang, aku ada review game farm simulation paling best. Ape game tu?? Tunggu je la ye. Adios peeps.

1 ulasan:

  1. lucky bastard. game jenis camni pun dapat layan, parents tak sesah ko ke layan game sx nih?? wakakaka

    apapun mantop review.

    BalasPadam