Jumaat, 18 Mei 2012

Cerita bola - Off topic sekejap

Wassup peeps

Korang dah baca title di atas so kalau dah title macam tu takkan la aku nak cite pasal resepi cekodok pisang pulak kan? Ya, kali ni ada sedikit off topic dan kita akan berbicara mengenai bola sepak. Satu jenis cabang sukan yang popular dan dikenali umum serata dunia. Kenapa aku pilih subjek ni untuk tema entri kali ni? Sebab kebelakangan ni banyak benda berlaku dan aku rasa tak salah kalau aku highlightkan sebahagian event berkaitan bola sepak dalam dan luar negara.

  • Final Piala F.A Malaysia menemukan Kelantan dan pasukan kelab yang pertama kalinya berjaya sampai ke final iaitu Sime Darby FC. 
  • F.A.M melatah bila TSAM merasmikan CD Dikir Warriors. Memang la dia digantung dari tugas F.A.M tapi apa salahnya dia rasmikan CD tu? Pulut ayam tol F.A.M
  • EURO 2012 akan berlangsung tak lama lagi. Kali ni di Ukraine dan Poland (Tuan rumah bersama). Aku bajet kalau tak Spain atau France, Germany akan menang. Jangan mention Argentina itu negara belah America bukan Eropah.
  • Ketika artikel ini ditulis, ada rumors mengatakan jalan-jalan di Poland dan Ukraine dibersihkan dengan membunuh semua kucing dan anjing. Ini just rumors. Aku tak boikot selagi aku tak dapat kesahihan berita ni. And please, aku pun pencinta kucing gak. So better investigate dulu 
  • Perpindahan Nazmi Faiz Mansor ke kelab Liga Zon Sagres (Divisyen utama Portugal) dan kebangangan sebahagian rakyat Malaysia yang sibuk dengki bila Harimau Muda ditulis sebagai kelab bermain di Singapore. Bro, dah memang Harimau Muda main kat Singapore takkan nak tulis main kat Uganda pulak?? 
  • Selepas 44 tahun menanti akhirnya Manchester City menjulang piala BPL selepas jaringan lewat permainan Kun Aguero memusnahkan ego setan merah Menchester. 
  • Yang kurang relation dengan sukan bola tapi masih boleh berkait, iaitu isteri perdana menteri menang anugerah tokoh sukan. Ini memang bangang punya berita. Sape punya keje ni? Sukan apa dia main?? 

So yeah, banyak benda berlaku dan aku rasa macam tak kena kalau aku tak menulis pasal bola selepas seminggu feed aku dipenuhi dengan post berkaitan bola. 

Jadi kali ni aku mau cerita mengenai kecintaan aku kepada bola sepak. Kenapa kitorang suka dengan sukan ni. Kenapa ia popular. Kenapa sukan ni menjadi kegilaan anak-anak muda dan kenapa Malaysia takleh layak ke Piala Dunia. 

Sebab pertama aku cintakan sukan ni adalah kerana emosi. Jarang ada sukan di mana kita boleh rasakan segala emosi dalam dan luar permainan. Kalau korang nak contoh tak perlu pergi jauh. Beberapa minggu lepas Manchester City menentang Malaysia... eh silap! Queens Park Rangers. Kerana kealpaan pertahanan City mereka dihukum oleh sekujur tubuh bernama Mackie yang mudah menanduk bola masuk melepasi penjaga gol City Joe Hart dan bangang of the night Joleon Lescott. Jaringan tu seakan memusnahkan harapan dan penantian 44 tahun para peminat Manchester City sehingga satu ketika majoriti peminat dilihat mengalirkan air mata melihat para pemain mereka bertungkus lumus untuk mencari gol kemenangan dan menamatkan badi 44 tahun tanpa kejuaraan. Mereka begitu emosi melihat usaha pemain mereka satu demi satu diselamatkan penjaga gol prolifik QPR, Kenny. Akhirnya mereka diselamatkan oleh seorang anak muda bernama Edin Dzeko yang menanduk kemas sepakan penjuru Silva untuk menjadikan kedudukan 2-2. Namun untuk merangkul kejuaraan mereka perlu menang dan akhirnya kemenangan itu hadir begitu dramatik dengan jaringan Kun Aguero lewat permainan. Usai perlawanan padang Etihad Stadium diserbu ribuan peminat yang mahu meraikan penantian 44 tahun bersama para pemain mereka. Tangisan kehampaan mereka diganti dengan tangisan kegembiraan. Ya, malam perlawanan itu penuh emosi. Itulah salah satu faktor yang menjadikan sukan ini istimewa di mata kami peminat bola sepak. 

Zinadine Yazid Zidane. Legend ni.


Emosi itu ada dalam setiap sukan. Tapi pada pendapat aku, ia lebih kuat dirasai dalam sukan bola sepak. Satu lagi faktor ialah kontroversi dalam bola sepak. Walaupun kadangkala pedih ditelan, tapi inilah rencah utama yang menjadikan bola sepak itu begitu istimewa. Siapa boleh lupa the hand of god? Apabila Maradona menjaringkan gol menggunakan tangannya? Siapa boleh lupa apabila tragedi hand of god berulang kembali dalam Piala Dunia Afrika Selatan 2010, tapi kali ini dilakukan oleh pemain Uruguay bernama Luis Suarez? Berbeza berbanding Maradona, kali ini Suarez menepis rembatan yang jelas menerjah gawang dan akibatnya NAH! Kad merah buat si arnab racist. Namun akhirnya Asamoah Gyan tetap gagal menyempurnakan sepakan penalti dan itu terbukti menjadi pemusnah kerana Ghana tersingkir dari Piala Dunia selepas tewas kepada Uruguay. 

Maradona bermain bola tampar

Kontroversi itulah sebenarnya yang menjadikan sukan ini istimewa. England dan Germany sehingga hari ini masih bertelingkah mengenai jaringan pada final piala dunia yang kontroversi. Thierry Henry masih dikecam kerana memusnahkan harapan Ireland untuk ke piala dunia apabila beliau memegang bola dengan tangan. Sergio Busquet, Drogba, Dani Alves, Cristiano Ronaldo masih dikecam sebagai penerjun bebas di atas padang. Ya, itulah dia yang menjadikan bola sepak istimewa. Kontorversi ini dibincangkan di mana-mana, forum internet, kedai kopi, di sekolah, di mana sahaja para peminat giat mengulas mengenai satu satu kontroversi dalam bola sepak. Sememangnya kontroversi dan bola sepak tidak boleh dipisahkan. 

Calon untuk anugerah Penjaga Gol terbaik Uruguay : Luis Suarez!


Satu lagi faktor kecintaan aku terhadap sukan ini adalah kerana adanya sesuatu yang kita, peminat bola sepak gelar sebagai Derby. Derby ini adalah pertemuan antara kelab setempat dan biasanya boleh manjadi sangat hangat dan kontroversi. Di La Liga, mereka ada derby bertaraf dunia digelar El Clasico. Pertemuan Real Madrid dan FC Barcelona memang dinanti peminat seluruh dunia. Di England, banyak pertarungan derby disiarkan di kaca TV dan mendapat liputan antarabangsa antaranya Liverpool - Everton dan Manchester City - Manchester United. Derby ini biasanya dihangatkan oleh media tempatan dan para peminat serta kadangkala perang psikologi antara pengurus pasukan. Hentam-menghentam itu perkara biasa. Kalau korang tak familiar dengan situasi ini, cukuplah kalau diimbas kembali derby Asia Tenggara di final Piala Suzuki yang menemukan Malaysia bertemu Indonesia. Hangat bukan? Ya, itulah yang memarakkan lagi kecintaan kami terhadap sukan bola sepak. 

Sememangnya banyak faktor yang menjadikan sukan ini istimewa di mata kami. Tapi meski aku cinta akan sukan ini, aku kecewa dengan perkembangannya baru-baru ini. Maksud aku, di Malaysia. Malaysia adalah tanah di mana sukan bola sepaknya sangat tidak normal. Sukan bola sepak di Malaysia ini boleh jadi bahan ketawa orang-orang luar. Kenapa? Kerana post sudah memang panjang, aku tulis point je supaya korang tak penat mau baca:

  • Di Malaysia, orang dalam F.A.M tidak boleh kritik pasukan kebangsaan. Kritikan itu membina, jadi kenapa melatah tak tentu hala? Mengkritik pasukan kebangsaan akan menyebabkan korang digantung tugas. Macam mana bola sepak mau maju?
  • Hanya di Malaysia, liga utamanya hanya ada berbelas pasukan. Kononnya tidak mau jadual yang padat dan congested. Aneh sebab di luar negara jumlah pasukannya berpuluh-puluh. Ada kejohanan continental lagi. Tak ada yang mengadu penat?
  • Hanya di Malaysia, kelahiran pasukan kelab dikatakan sia-sia sebab negeri patut bersatu. Kalau macam itu la rupanya, Malaysia ni cuma perlukan 14 pasukan je ke? Kompetitif ke kalau kita implement sistem bodoh macam ini? Kompetitif korok kamu.
  • Pasukan negeri makan pasukan kelab. Sendiri mau fikir. Masing-masing dah besar panjang.
  • Orang politik cantas mencantas. Ya tuan-tuan dan puan-puan, inilah puncanya kenapa Malaysia yang dulunya ranking 70+ dalam FIFA jatuh menjunam sampai ke 140+. Inilah puncanya kenapa sukan kita semuanya ke laut. Kalau dah tak reti sukan turun la dari takhta presiden, pegi la main golf ke polo ke. Pulut kambing tol la. 

Dan beberapa lagi sebab yang aku malas nak discuss. Celake apa discuss pastu diorang buat pekak je. Damn politician puihhh.

Ya aku cinta sukan ni. Aku juga cinta akan negara. Jadi aku memang teringin mau tengok negaraku terus maju dalam sukan ni. Sayangnya dengan melihat kepada senario bola sepak negara ketika ini, aku tak rasa bola sepak Malaysia mampu pergi jauh. Selagi beginilah keadaannya, maka terus terperosoklah kita di tangga ke 140+ dalam ranking dunia. 

Apa pendapat korang pulak? Apa yang buat korang cinta akan sukan ni dan apa yang mengecewakan korang mengenai sukan ni? 

2 ulasan:

  1. Kenapa pulak politik campur ngan sukan ni...:I

    BalasPadam
    Balasan
    1. entah. tanya la politicians korup. diorang yang sibuk2 nak menyelit masuk sukan. ada sukan golf lagi mau kacau sukan bola yang free lagi ekonomi.

      Padam