Selasa, 22 November 2011

Aku, Bola dan Harimau Malaya



SELAMANYA HARIMAU MALAYA

Wassup peeps!!

First of all, i'd like to congratulate our national football team a.k.a the Young Tigers for winning the gold medal in Indonesian SEA games recently. Tapi jangan gelabah sangat. Ini baru pingat sukan SEA bukan World Cup lagi jadi jangan jadi bangang pergi page orang Indon pastu provoke diorang. Kalau ko nak rase buluh runcing up your ass then please do so.

Kali ini sempena kemenangan Malaysia kita lari tajuk sikit. Aku nak cerita mengenai bola sepak Malaysia yang aku tau dan yang aku alami. Penulis lain seperti Boku dan Kazu, diminta buat perkara yang sama sebelum korang dikejar bos Pedo.

Aku mula menceburi bidang sepak bola ketika berumur 9 tahun. Menonton Piala Dunia di Jepun/Korea buat pertama kali menarik minat aku terhadap sukan ini. Namun ketika itu bola sepak Malaysia masih ke laut lagi. Tiada pencapaian dan kemarau piala seperti Arsenal, Malaysia tidak sekuat ketika era Mokhtar Dahari dulu. Kalau dulu ranking Malaysia adalah nombor 70 dalam dunia yang melayakkan mereka untuk bermain di EPL, tapi sekarang ranking Malaysia di nombor 140+. Mendadak jatuhnya sebab kemelut dalaman FAM. Tapi atas semangat nasionalisme yang membuak, aku masih bersama pasukan negara walau mereka diayam-ayamkan pasukan kuat Asia Tenggara seperti Thailand dan Vietnam.

Aku ada bersama ribuan penyokong Harimau Malaya menyokong Malaysia ketika sukan SEA di Malaysia. Ketika itu Ultras Malaya tak ada siapa pun yang kenal. Sebab Ultras terkenal ketika ini adalah kerana Malaysia menang piala AFF Suzuki. Kalau Malaysia tak menang itu hari aku rasa tak ramai yang nak menyokong Malaysia kan? Korang ni memang glory hunters. Time menang je nak sokong. Time kalah bising pulak.

Aku berada di sana ketika skuad negara menang tipis ke atas pasukan vietnam untuk mara ke pusingan akhir bertemu Thailand (Rasanya betul kot. Ikut memori aku Malaysia mengalahkan Vietnam ke final. Atau aku yang dah terlupa. Memori aku bukan kuat sangat). Di pusingan akhir, kealpaan pertahanan Malaysia dihukum Thailand yang menjaringkan gol tunggal perlawanan sekaligus menghadiahkan pingat emas buat skuad Gajah Putih. Ya, aku berasa di stadium ketika itu menyokong Malaysia walau mereka tidak sekuat negara besar bola sepak yang lain. I am not a glory hunter. Menang atau kalah, aku tetap menyokong skuad negara.

Dan hari ini, aku bangga kerana perlahan-lahan bola sepak Malaysia sudah kembali meningkat naik. Kalau dulu bola sepak Malaysia ke laut, sekarang dah tak seteruk tu. Walaupun kebanyakan pemain Malaysia masih suka menyepak bola ke bulan macam Baddrol Bakhtiar itu hari. Kini Malaysia sudah jadi kuasa besar ASEAN. Itu Thailand yang kasi malu kita di laman sendiri sudah kene tapau di Jakarta. Itu Garuda pulak kene baham dek Harimau kelaparan pingat. Malaysian soccer is getting better and better. Maybe in the next 20 years we'll be able to compete in the World Cup who knows? I can dream, can't i?

Dan aku harap penyokong Indonesia akan jadi lebih bersopan dan tanamkan lebih banyak sifat kesukanan dalam diri. Kalau kalah bola pun dah mengerumun bas pemain lawan macam kalah perang dunia ke-3, susah la. It's just a game for god sake.

Pepehal akhir kata aku ucapkan tahniah buat Harimau Muda dan good luck berdepan dengan Syria malam ini. Penyokong Malaysia penuhkanlah stadium dan berikanlah sokongan padu lagi jitu buat pasukan kebangsaan!!

Sayangnya aku tak boleh ke stadium atas sebab peribadi. OTL

Okeh, jumpe lagi di post akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan