Isnin, 12 Disember 2011

Aku, Anime dan Comic Fiesta


Comic Fiesta 2010. Aku dan Kamen Rider

Wassup peeps!!

Okeh. Comic Fiesta, iaitu event ACG terbesar di negara ini akan bermula tidak lama lagi. Jadi sempena event ini aku akan menulis satu entri mengenai pengalaman aku menyertai event ini. Kalau korang ada ikut watch Deviantart aku (walaupun aku dah jarang gila update. faktor malas) korang mesti tau betapa epic dan facepalm sekali perjalanan aku untuk ke Comic Fiesta tahun lepas. Yang tak ikut, aku akan citer kat sini. So jangan ke mana-mana. Kita akan kembali bersama abang Pedosagi di dalam rancangan Yea-Yea bersama Pedobear. *shot*

Aku first join event ACG terbesar Malaysia ni tahun 2008 iaitu CF di Sunway Pyramid Convention Centre. Sebab first time aku pergi ke event sedemikian rupa makanya aku pun agak blur, dah macam a deer enter the village. Tak paham? Rusa masuk kampung la. Lame jokes? Korang ingat aku kisah?? Blog aku sukati aku la nak tulis hape pun.

Masa tu aku pergi sorang. Tak ada yang sudi menemani dan tak ada kawan internet yang aku jumpe kat CF tahun tu. Memang agak sunyi la gak. Korang tengok mamat forever alone tu, ha macam tu la rupa aku masa first time join event CF ni 3 taun lepas. Tapi bezanya aku hensem, tak macam mamat forever alone tu muka kerepot. Tak caye tanya pedobear.

Tapi walaupun aku forever alone ketika itu, kesengalan MC Comic Fiesta ketika itu mengubat hati aku. Bapak klaka mamat dua ekor tu. Aku gelak cam kene sawan cipan. Diorang ni mmg pro buat keje. Best gila bila CF ada mamat camni nak menceriakan lagi event yang dah memang awesome ni.

Event CF tahun 2008 dan 2009 memang best. Tapi aku sedikit kecewa dengan event CF tahun lepas iaitu tahun 2010. Serius kalau korang jadi macam aku, korang pun akan rasa down giler. Korang nak tau kenapa? Meh aku cite.

CF tahun 2010, parents aku takleh antar aku ke rumah nenek aku di Petaling Jaya atas urusan kerja (umah wan aku jadi hotel 5 bintang setiap kali ada event kt area KL. makan free, tido free, ape lagi ko nak??) Jadi atas dasar cinta anime, aku pergi ke Petaling Jaya bersendirian. Sekali lagi, ini kes forever alone. Ye la aku tau aku tak ramai kawan. Aku tak nak sambung citer dah. Frust lak aku.

*selepas dipujuk dan disogok oleh pedobear*

Oklah aku sambung cite. That year, aku terpaksa pergi ke CF sendiri menaiki bas. Aku memang ada pengalaman naik bas so aku takde masalah. TAPI, di sinilah bermulanya pengalaman epic yang ngeri perjalanan aku dalam menuju ke Comic Fiesta. *epic bg music sung by Kazu and Boku*

Sume start ok. Tapi halfway through secara tiba tiba ada seorang pakcik mabuk duduk sebelah aku. Kalau duduk je no hal. Tapi kalau dah mabuk, kacau2 idop orang, memang patut makan terompah le jawabnye. Pakcik ni mula2 mintak aku pasangkan butang baju die. Sebab otak dibawah pengaruh alkohol, so koordinasi badan pun tak bape elok. Teruk punya mabuk sampai butang baju takleh pasang.Aku dah siap pasangkan, ingat dia nak gi balek ke kerusi dia kat blakang. Skali dia bantai dok merepek tah hape yang aku tak paham sebelah aku. Pastu mintak pulak henset aku nak buat call. Aku agak teragak2 nak bagi. Kang kalau dia balun amek henset aku kan naya? Tapi bila aku pikir balek, ngan condition dia yang skang ni, aku tak perlu berlari pun nak kejar dia kalau dia rembat henset aku. Tapi aku masih tak bagi. Akhirnya driver bas ni pun agak nampak aku agak rimas melayan kerenah pakcik ni, dia suruh pakcik ni balek ke tempat duduk asal. Selamat aku.

Moral of the story, jauhi arak dan sekutu mereka. Mesej masyarakat dibawakan oleh A.P.A

Jadi pakcik pengacau sudah tiada. Aku terasa nak melukis dalam bas. Dah abes lukis, aku taruk file lukisan tu kat atas seat. Lepas tu terlelap sekejap. Aku mimpi Hatsune Miku confess cinta dia kat aku. Okeh, korang leh scratch part confession cinta tu sebab yang tu memang rekaan semata. Ape sengal dia nak mencintai watak 3D macam aku apabila dia sendiri adalah watak 2D? INI CINTA TERHALANG!!! FORBIDDEN LOVEEEE!!!!

Balek ke pangkal jalan. Aku sedar2 je, bas hampir2 nak tinggalkan stesen keretapi Sg. Buloh, tempat yang aku sepatutnya turun. Aku amek sume beg2 aku terus lompat turun bas. Bas dah jalan baru aku perasan, FILE LUKISAN AKU MASIH DI ATAS BAS. WHAT THE PARK????? &*%&(#*^)@!!!! SHILAKE!!! Dengan hati sayu, aku berjalan menaiki Komuter ke stesen Dato' Haron. Sebelum naik komuter, henset aku jatuh atas platform so aku kutip la. Lepas aku naik Komuter baru aku perasan TIKET AKU HILANG!! Oh great. One after another. Mungkin tercicir masa aku angkat henset aku tadi. Adakah ini daulat pakcik mabuk sebab aku tak bagi pinjam henset?? TIDAKKKKKKK!!!!!

Lepas tu aku terbaca lak satu sign bertulis :

"Penumpang tanpa tiket akan dikenakan denda sebanyak RM****"

OK. NOW I AM SO FUCKED UP. Aku fikir2 balik camne nak selesaikan benda ni. In the end aku teringat sesuatu, dan aku tersenyum lebar buat pertama kalinya hari ini (siyes ko nak senyum camne kalau bad luck sepanjang hari) Aku teringat stesen Dato' Haron takde MESIN TIKET. Bermakna aku leh lepas tanpa memerlukan tiket. I AM SAVED!!!! Sampai je kat umah wan aku terus peluk cium wan aku macam baru lepas balek perang. Gile nyer journey semata-mata untuk Anime. Tapi sebagai seorang pencinta, aku tak kisah betapa hellish perjalanan perlu aku tempuh, aku akan tetap lakukannya demi anime yang ku cinta *muntah ijau*

Dan event CF tahun tu? Agak bosan kalau korang tanya aku. CF 2010 tak meriah macam tahun sebelumnya dan terlalu crowded. Tapi apadehal, at least aku dapat gak jumpa sorang kawan internet aku - Tsu-su!! Tapi siyes, rasa cam tak berbaloi aku went through all that shit dan akhirnya event ni tak seseronok yang aku jangka.


Ini salah sorang kawan internet aku yang aku jumpa. Namanya? Dirahsiakan. Ngehngehngeh

Aku cuma harap CF tahun ni lebih bagus dari tahun lepas. Dan rekod 3 tahun berturut-turut aku lebur sebab tahun ni aku tak pegi. Ada hal sikit. Pepehal kepada mereka yang pergi, post gambar korang yang best2. Aku nak gak tgk camne rupa CF tahun ni. Kalau korang nyer gamba lawa aku masukkan lam blog ni. Dapat iklan free. Kehkehkeh.

Ok tutup kedai. Sekian saja dari pedosagi. Lain kali jumpa lagi di entri akan datang.

Entri ini dibawakan oleh kerepek kentang cap Pedobear.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan