Sabtu, 17 Disember 2011

Ideas and originality

Wassup folks

Nampaknya salah satu dari troll belaan pedoboss telah insaf dan kembali menulis. Good for him, pedoboss don't have to stalk him nemore now that he oredy wrote a goddamn entry. And it is a good one too. Dang, Third Birthday shower scene? Bet all the guys got hard down there watching the scene *nosebleed max*

Okay kembali di sri pentas (ape aku merepek ni?) Baru je tadi aku terlintas satu topik hangat di sebuah group seni mengenai idea dan originality. Penulis post tersebut (nama dirahsiakan) meluahkan rasa berang, bengang dan amarah kerana komik di era ini tidak lagi original seperti dahulu. Eh, betul ke?

Jom kita bincang dengan lebih mendalam.

Aku kalau boleh taknak cakap, tapi realiti tu menyakitkan kan? Walaupun pahit, kita kena berdepan realiti. Realitinya, memang ada benarnya. Memang kalau kita amati betul-betul, untuk mencari sebuah komik yang betul-betul original di ketika ini adalah amat sukar. Reality bites, but we have to deal with it.

Pada pandangan aku, yang benar-benar original adalah pelopor industri manga iaitu mereka yang mula-mula melakukan revolusi manga. Orang tersebut ialah tak lain tak bukan, lagenda manga yang juga dikenali ramai sebagai Manga no Kami-sama, Tezuka Osamu sensei. Selepas dia ini, adalah mereka yang meneruskan legasi manga, atau kalau korang nak bahasa kasar dia, peniru dan plagiat. Tapi berterima kasihlah kepada para plagiat dan peniru ini kerana merekalah yang mengembangkan aliran manga ke serata dunia.

Tapi itu dari segi stroke lukisan. Originality stroke manga memang bermula dari Tezuka Osamu sensei. Tapi bagaimana pula dengan idea?

Memang idea itu sukar untuk menjadi original. Tapi pada pendapat aku adalah tidak salah sekiranya kita merujuk sesebuah komik untuk membantu membina idea dalam melukis komik. Ia boleh dikatakan sebagai satu bentuk rujukan, bagi membina foundation dalam melukis komik. Tak semua orang dilahirkan dengan otak cerdas genius yang mampu melahirkan idea bernas. Kadangkala minda kita perlukan satu bentuk bantuan iaitu melalui rujukan bagi menyediakan landasan dalam menstrukturkan idea. Jadi tak salah merujuk. Sebab tu dalam kebanyakan komik masa kini ada sedikit persamaan dengan komik terdahulu.

Dan sesebuah idea itu hanya boleh menjadi plagiat apabila idea itu dicedok bulat bulat tanpa sebarang penambahan. Kadangkala persamaan hampir 70% juga boleh menjadi plagiat. Sebab itu kebanyakan pelukis hanya mengambil main idea sebagai rujukan. Selebihnya adalah idea mereka sendiri. Mengenai plagiatnya sebuah idea itu adalah subjektif. Penilaian seseorang individu mengenai plagiarism adalah berbeza. Pada aku, komik ini adalah satu bentuk hiburan. Maka apabila aku terhibur, asal saja idea itu bukan idea cedok dan plagiat yang terang aku terima. Aku dah baca banyak komik yang mana main ideanya adalah hasil rujukan komik-komik terdahulu sebelum mereka tetapi memiliki plot original dan tarikan tersendiri.

So aku rumuskan di sini, merujuk itu tidak salah. Plagiarism itu salah tetapi ia bergantung kepada penilaian umum mengenai isu tersebut. Kerana banyaknya komik rujukan di pasaran sekarang adalah tidak pelik kalau sebuah komik yang original, dengan plot yang biasa mampu untuk menjadi lebih popular. Persoalannya, adakah komik seperti itu di pasaran ketika ini?

Dan dalam mengutarakan idea, adalah lebih baik kita menyuarakan pendapat dengan matang. That way kita boleh mengelak dari mencetuskan pergaduhan dan perpecahan. Aku tau sebab aku pernah alami perkara ni. Korang mesti tak ingat insiden masa aku mula-mula menulis kan? Kenapa sekarang tak ada lagi kontorversi? Kerana aku belajar dari kesilapan. Dan aku harapkan yang sama dari mereka yang terlibat, no offense.

ini sekadar pendapat. Mari kita bincangkan dengan tone yang matang dan lebih teratur.

Post ini bosan? Maaf, kena serius sekejap. Lepas ni aku kembali merapu, jangan risau.

Takde gambar sebab aku malas. kthanxbye

Tiada ulasan:

Catat Ulasan