Selasa, 13 Disember 2011

Phantom Brave - Complicated


Nampak menarik. Moh kita review!!

Ape cer??

Ini kali brader usagi mau cerita pasal game yang aku baru try beberapa hari lepas iaitu Phantom Brave. Kenapa aku asyik update pasal game? Sebab cuti bagi aku perlu diisi dengan game dan bersantai sokmo. Gaya hidup tidak sihat? Please la you allz aku main futsal setiap petang. Aku bukan introvert lepak lam bilik 24/7 cam anak dara. Even anak dara pun kadang2 jalan keluar pegi sidai baju ke siram pokok ke. Eh, makin jauh lak aku mengarut.

Jadi ape bestnyer game Phantom Brave ni?

Kepada mereka yang tak ada PS2 korang tak merasa la main game ni. Except korang ada software PC yg leh main PS2. TAPI siyes aku dah try dan aku kecewa sebab grafik die jadi serius sampah. TAPI lagi, apadehal, asal leh layan.

Game ini adalah bergenre Strategy RPG, dengan pemain akan membawa watak Marona dan Ash (aku tak tau yang mane watak utama, Ash atau Marona) Marona ialah seorang Chroma yang mana dia dirasuk setan laknat dan digelar the possessed oleh masyarakat Ivoire. Sebab dirasuk dia dapat kuasa leh berinteraksi dengan hantu atau Phantom. Sebab itu dia leh rapat ngan Ash, sekor phantom dan juga rakan kepada parents si Marona ni. Parents Marona mati ketika berlawan dengan makhluk ganas yang aku tak tau nama dia, dan hanya Ash saja yang survive, itupun dalam bentuk phantom. Jadi Ash bersumpah akan melindungi Marona dari sebarang bahaya. Aku suka tgk Ash step up setiap kali Marona kene attack dan Ash ucapkan sebaris ayat yang pada aku agak awesome:

"You will step no further. For her sake, i will not fail!!"

Kan sweet bile Ash cakap camtu depan Marona tiap2 kali?

Shilake. Ni penangan Ombak Cinta la ni. Kan aku dah jadi jiwang.

Itu sedikit sebanyak mengenai game ni. Skang aku akan komen mengenai gameplay lak.

Utk pengetahuan korang, game ni bukan untuk orang malas dan jenis tak sabar. Walaupun aku ada dua kriteria tersebut iaitu malas dan tak berapa penyabar, tapi aku lain spesis so i rest my case. Kenapa? Sebabnya gameplay game ini adalah rumit. Complicated ada paham? Sebab tu tajuk entri ni Phantom Brave - Complicated.

Apa yang rumit? Well, kalau dari segi battle system tak la rumit. Korang pernah try game Final Fantasy Tactics Advance (GBA)? Memang sejibik macam tu. TAPI yang rumit ialah :

1. Sistem confine dalam battle. Kalau dalam kebanyakan strategy game yang lain, korang kene pilih party yang korang nak bawak dalam fight sebelum korang masuk perang, tapi sistem ni membolehkan korang memanggil party ketika fight bila-bila masa di mana jua ASALKAN korang ada bahan utk confine. Ape bahan untuk confine? Ia adalah segala bentuk item seperti batu, kayu, dan segala random shit yang bersepah di dalam battlefield. Kebolehan Marona memanggil phantom memerlukan bahan confine utk menyeru hantu/phantom seperti Ash dan rakan rakan ke medan perang. Dan lebih shitbrix, setiap item ada kelebihan dan kekurangan. Contohnya kalau korang confine sebijik batu, attack korang mungkin naik tapi intelligence dan speed korang akan jatuh. Bunyinya complicated? Memang complicated pun.

2. Kebolehan untuk mencantum item. Ini sesuatu yang best, tapi haram payah dan leceh. Contohnya karekter korang tak ada skil yang korang nak, dan skil tu hanya wujud dalam item atau karekter lain. Korang leh cantum karekter tersebut dengan item/karekter lain untuk membolehkan karekter korang mempelajari skil tersebut. Meh aku kasi contoh. Karekter lvl 20 korang tak ada skil Ice, dan dah banyak kali kene raped sebab takleh fight karekter yang lemah skil Ice. Tapi satu karekter yang lemah dan korang taknak pakai ada skil tersebut. Jadi korang leh gabungkan kedua karekter tersebut dan VOILA akhirnya watak korang dapat belajar skil Ice. Bukan karekter saja boleh cantum. Ada 4 jenis cantuman iaitu Karekter - Karekter, Karekter - Item, Item - Item dan Item - Karekter. Kalau korang gabung Karekter, korang hanya leh blaja skil. Tapi attributes karekter korang cam attack dan speed tak naik. tapi kalau Item korang cantum, leh naikkan attributes. Atas dasar itu aku lebih suka mencantum item dari karekter. Complicated kan?

3. Sistem forge. Kalau korang dah create karekter Blacksmith, korang leh forge item korang untuk menjadikan item tersebut lebih kuat dalam battle. Yang ini lebih mudah berbanding sistem cantum tadi, tapi aku tak bape minat. Kelemahannya ialah item tidak dapat acquire skil selain dari skil sedia ada. Maknanya kalau pedang, hanya leh belajar skil pedang sahaja. Tapi sistem ni penting untuk level up senjata. itu pun kalau senjata korang cukup mana. Mana tu hape? Baca lagi.

4. Mana. Korang kumpul benda ni untuk cantum dan forge item dan karekter korang. Juga berfungsi sebagai satu bentuk bantuan dalam mengupgrade item korang ke tahap lebih tinggi. Contohnya kalau item korang perlukan exp lagi 30 utk naik level, korang leh bayar guna Mana. Tapi kalau korang tanya aku, ini adalah satu pembaziran. Mana lebih elok digunakan ketika mencantum item dan forge. TAPI haruslah diingat selagi tak di-forgekan - yang memerlukan 1 mana kalau senjata dan maximum EXP, barulah sesebuah senjata tu akan naik level. Contohnya kalau senjata korang level 14 max exp, tapi malas nak forge. Alamat sampai kiamat dia level 14. Nak tak nak, spend la 1 mana tuk upgrade. Camne nak kumpul mana? Menerusi battle yang korang menang dan satu cara pelik iaitu menjemur mereka di tempat tinggal korang iaitu Phantom Isle. Kalau Illusionist korang rajin, dia akan cuba naikkan mana item tu sementara korang takde atau mereka akan gain mana sendiri.

5. Sistem Protection dalam battle. Yang ini memang lakhanat punya sistem nak kasi payah game. Walaupun benda ni leh jadi advantage utk player, tapi most of the time ianya adalah sejenis duri dalam dubur yang menyusahkan pemain. Sistem ini membolehkan karekter korang atau musuh dilindungi oleh sesetengah item di dalam medan. Contohnya sebuah pokok boleh memberi x2 defense (antara protection yang paling aku benci. cilake) kepada karekter musuh yang mana selagi item itu wujud dalam medan, selagi tu efek x2 defense tu berfungsi. Kalau itu aku masih leh tahan beb. Tapi satu boss fight ni, ada TIGA pokok yang memberi protection INVINCIBLE kepada boss sekor nih. Nak tak nak kena merentas desa musnahkan 3 batang pokok yang jaraknya memang vavi jauh, baru leh inflict damage kat makhluk sekor ni. Memang aku menyumpah berbakul2 depan TV sampai kene lepuk ngan mak aku. Ngeri kan? Tapi itu keburukan. Dari sudut positif kadangkala ada item confine yang menerima protection. Maknanya kalau korang confine karekter guna item ini, karekter tersebut akan menerima protection tersebut. Senang cite benda protection ni adalah supporting role dalam gameplay, tapi most of the time, lebih menyokong pihak lawan. GODDAMMIT!!

Secara overall, game ini memang complicated. Aku boleh faham kenapa features lain macam map tak complicated sangat - iaitu supaya player tak tertekan kerana game terlalu complicated. Cuba korang bayangkan dah la battle system payah, pastu ada lak dungeon puzzle cam lam Legend of Zelda? Tak ke jadi legend bila ada TV pecah sebab game?

Tapi aku agak suka game ni. Tak macam Radiata Stories yang terlalu mudah, game ni memberi sedikit cabaran kepada aku. And FYI, aku masih belum habiskan game ni. Tapi aku akan cuba habiskan game ni sebelum cuti abes sebab aku nak review menda lain lak.


Sajian istana di zaman silam. Eh, silap. Sajian mata buat penutup

Sebagai penutup aku sajikan mata korang dengan kecomelan dua watak ini iaitu Marona dan kawan baiknya Castile. FYI jugak, inilah dia sajian mata seekor pedo. Kalau korang suka, maknanya korang juga adalah pedo. Terase? MUAHAHAHAHAHA

Aku bukan pedo. Aku lolicon. Ape beza? Tanya sama pokok~~

Jumpa lagi di entri akan datang peeps.

1 ulasan: