Ahad, 18 Mac 2012

Amukan Abam

Setiap benda dalam dunia ni ada baik dan buruknya. Meh abam listkan senarai perkara baik dan buruk beberapa perkara yang abam tau


  1. Dadah. Kebaikannya adalah boleh digunakan sebagai ubat. Keburukannya ialah overdose boleh bikin manusia rasa melayang. Nyawa juga bakal melayang.
  2. Motor. Memudahkan manusia untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Juga menjadi punca anak-anak muda menempah maut awal dengan berlumba haram di lebuh-lebuhraya serata Malaysia.
  3. Senjata. Membantu manusia mempertahankan diri dari bahaya. Juga menjadi punca perang antara manusia dan perkakas untuk rompakan bersenjata
  4. Internet. Menjadi penghubung dan saluran komunikasi bagi manusia. Juga menjadi satu alternatif untuk merompak secara digital iaitu meng-hack akaun bank orang tanpa boleh dikesan.
  5. Makanan segera. Membantu mereka yang kesempitan masa untuk mengalas perut. Juga menjadi punca utama penyakit moden seperti diabetes kronik, darah tinggi serta lemah jantung
  6. Komputer. Mempercepatkan kerja manusia. Juga menyebabkan manusia menjadi semakin malas.
  7. Sukan. Salah satu cabang hiburan yang juga menjadi punca pergaduhan manusia mentaliti kelas ketiga yang bangang.
  8. Earphone. Memberi kebebasan untuk mendengar muzik kegemaran masing-masing tanpa perlu menggangu mereka yang mahukan ketenangan. Juga menjadi faktor manusia menjadi pekak.
  9. Politik. Perlu bagi menjamin kelangsungan sesebuah empayar atau negara. Namun juga boleh menjadi punca perang saudara.
  10. Binocular. Membantu korang melihat sesuatu yang jauh jaraknya. Juga menjadi peralatan skodeng mat skodeng tahap tinggi
  11. Kamera Phone. Membantu korang untuk menangkap gambar dan video bila-bila masa di mana jua. Juga menjadi perkakas membuat filem lucah. FUCK
  12. Petroleum. Menjadi penjana tenaga buat kereta dan segala jenis kenderaan. Juga menjadi punca kebakaran tak kira secara tidak sengaja atau disengajakan(jenayah)
  13. Tembakau. Pernah menjadi ubat sembelit dan juga penghalau binatang buas. Kini menjadi pembunuh manusia nombor satu di dunia. 
  14. Pisau. Tanpanya tak bolehlah kita memotong makanan. Tanpanya juga, tak bolehlah kita nak mengugut atau membunuh. Tak perlu bunuh pun takpe. Mencederakan dah cukup sakit.
  15. Wayang. Tempat di mana kita boleh melayan video di skrin besar dengan sistem bunyi yang best. Juga menjadi tempat maksiat lelaki serta perempuan gatal bermadu kasih di dalam gelap. Sekali lagi, FUCK
  16. Pondok istirahat. Di siang hari, tempat berehat ketika keletihan. Di kala malam, sarang maksiat. Lagi-lagi kalau takde lampu. Vavi
  17. Buku. Mampu menambahkan ilmu pengetahuan. Juga menjadi satu medium penyebaran propaganda.
  18. Duit. Menjadi perantaraan dalam satu sistem jual beli. Juga menjadi punca ketamakan manusia yang sentiasa nak lebih banyak duit. 
  19. Sains. Boleh mambantu umat manusia untuk menambahkan kualiti hidup. Juga boleh digunakan untuk mencipta senjata pemusnah umat manusia sejagat.
  20. Laman sosial. Tempat mencari kawan baru dan lama, juga medium komunikasi paling terkini. Juga menjadi tempat menyebarkan fitnah, juga menjadi medium perkongsian benda-benda tak senonoh. WHAT IS THIS BULLSHIT??
Yup. Memang kalau kita selidik semua benda ada both good and bad side. Cuma bergantung kepada kita je nak memandang dari sudut mana. Kalau kita memandang dari sudut yang baik, baiklah benda tu. Kalau memandang dari sudut yang bangang, banganglah benda tu. Tapi fikir balik, apa kata kalau kita memandang dari dua arah? Kan ke pertimbangan kita lebih baik?

Jadi janganlah tetibe mengecop ANIME sebagai negatif hanya kerana anda yang BANGANG tak reti nak memandang dari sudut positif. Cuba kalau sekali sekala alihkan bontot anda yang berat itu dan cubalah memandang dari sudut positif cerita itu pula. Kan anda akan jadi kurang bangang? Tak rugi apa-apa kan?

Jadi abam mohon. Lepas ni jangan bangang lagi. 

Abam sedang mencuba bersabar. Jangan sampai abam mencarut kat sini.

3 ulasan:

  1. Like the principle of Yin Yang.
    Nice!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye begitulah kisahnya. mohon mereka-mereka ini jadi bijak sikit sebelum menilai

      Padam