Sabtu, 17 Mac 2012

Drama murahan - Sediakan popcorn anda

Epul meluru keluar dari rumah dengan hati yang remuk. Tidak tahan ejekan abangnya. Bukan mengenai pasukan kegemarannya, Barcelona yang ketinggalan sepuluh tiang dalam La Liga. Bukan kerana Selangor diayamkan pasukan relegasi Kedah. Bukan kerana bola. Namun kata-kata abangnya cukup mengguris hati sanubari Epul. 
"Epul. Kau dah besar pun layan kartun lagi? Cam budak budak..."
Kata-kata Abang Ewan seperti bilah pedang yang tajam. Epul terluka. Tanpa sedar menitis air mata Epul. Pantas dia meluru keluar dari rumah menuju ke pondok kecil di hujung kampung. Epul selalu pergi ke situ untuk menenangkan fikiran. Epul kesat air matanya. Direbahkan badannya dan sambil memandang siling dia mengomel sendiri.
"Biarlah kalau orang suka tengok anime pun. Tak salah pun. Bukan Epul hisap gam ke ape..."
Sebak hatinya bila Abang Ewan menyakatnya begitu. Bukan sekali. Berkali-kali Epul diejek sedemikian rupa oleh Abang Ewan. Sudah berkali-kali dia disakat oleh Abang Ewan. Malah, setiap kali diajukan kepada ibu bapanya, mereka seperti menyokong abangnya pula. Tak adil. Sungguh tak adil!!

Penat memandang atap pondok, dia mengereng pula. Namun masih tidak boleh menenangkan hatinya. Aneh. Selalunya bila dia baring di situ terus saja tenang hatinya. Pondok itu nyaman, redup dipayungi sebatang pokok yang menjadi buah mulut orang kampung kononnya tempat hantu bersarang. Namun Epul tidak kisah akan khabar angin seperti itu. Padanya itu hanya cerita rekaan saja. Sepanjang dia berada di situ tidak pernah terjadi apa-apa kepadanya. 

Fikiran Epul masih serabut. Jika tadi dia mengereng ke kanan, dialih pula ke kiri. Puas beralih-alih posisi, Epul bangkit. Dicapainya basikal yang tersandar di dinding pondok. Dia berkayuh ke kedai runcit Ah Lam di tepi jalan besar. Harapnya adalah bahan bacaan yang boleh dijadikan tatapan ketika baring-baring di pondok. Sambil mengayuh, dia mengira duit di dalam koceknya. Dihitungnya cukup RM5. Cukup untuk membeli senaskah Gempak. Atau mungkin senaskah Kreko. Yang manapun bolehlah. Epul tak kisah. Yang penting adalah sesuatu yang boleh dibuatnya untuk melupakan kata-kata Abang Ewan yang masih berbekas di hatinya.

Epul sedikit kecewa hari itu. Kreko sudah habis dirembat. Gempak pun belum keluar isu yang baru. Epul belek ruang majalah. Selain buku memancing tak ada yang menarik minatnya. Akhirnya dibelinya senaskah akhbar (censored). Sekurang-kurangnya bolehlah dia belajar bahasa orang putih dengan membaca akhbar itu. Epul walaupun masih budak tapi sudah pandai bahasa orang putih. Baru-baru ini dia dipilih mewakili sekolah ke pertandingan public speaking. Ibu bapanyalah yang paling bangga. Habis diarak piala pusingan itu ke serata kampung. Kononnya anak mereka sudah pandai bertutur bahasa asing. Kembang kempis si Epul apabila dipuji melambung seperti itu.

Setibanya di pondok terus dibeleknya halaman sukan. Prinsip Epul, lelaki sejati tidak membaca berita utama dahulu. Berita sukan itu yang penting. Pilihanraya dan segala cerita hangat gosip artis serta skandal datuk-datuk di akhbar, persetankan semua itu. Pada Epul, itu tidak penting. Sambil membaca, dikunyahnya Twisties berperisa ayam yang baru dibelinya di kedai Ah Lam tadi. Epul tak suka makan pedas.

Berita sukan itu dibaca penuh khusyuk, lebih-lebih lagi berita kekalahan Syaitan Merah Manchester dan adiknya Manchester Pak Arab Minyak yang dilauk kelab picisan. Senyum sehingga ke telinga dia. Selaku seorang pembenci Manchester beradik, berita itu seperti berita kemenangan Malaysia dalam piala Asia.Bolehlah dia menganjing rakan-rakannya yang rata-rata meminati pasukan syaitan freemason itu.

Selesai membaca halaman sukan, dia beralih ke halaman lain. Dibacanya penuh hemat. Tiba-tiba terbelalak matanya melihat satu artikel dalam akhbar itu. Secara tiba-tiba, amarahnya yang tadi pudar selepas berita kekalahan Manchester beradik, kembali meluap. Merah padam mukanya. Digengam akhbar itu sehingga keronyok. Entah syaitan mana merasuk, habis segala carutan terbit dari bibir Epul. Dimaki-makinya akhbar itu sehingga ke satu tahap dia terus mencapai akhbar itu dan dibalingnya keluar pondok. Bertebaran helaian akhbar itu. Epul masih belum puas. Hatinya menyumpah-nyumpah. Dihentak-hentaknya lantai pondok sebagai tanda protes. 

Dia cuba bertenang. Dipraktikkan teknik yang dipelajarinya dalam satu ceramah motivasi di masjid kampungya beberapa hari yang lalu. Epul berjaya menenangkan dirinya. Namun masih ada rasa marah dan dendam mendalam terhadap akhbar itu. Epul capai semula helaian akhbar itu. Artikel itu dibaca semula. Kali ini dia lebih tenang. Setiap baris ayat dalam artikel itu diteliti oleh Epul. Usai membaca artikel itu, dicapainya lighter Abang Ewan yang dirembatnya sebelum dia keluar dari rumah tadi. Rancangan asalnya hanya untuk mengenakan Abang Ewan. Biar dia kempunan rokok di rumah. Tak disangkanya lighter itu akan berguna akhirnya. Dengan lighter itu, dibakarnya helaian akhbar itu. Melihat artikel itu hangus dijilat api, Epul rasakan sedikit ketenangan. Namun dia masih tidak puas. Hari itu, di pondok itu Epul memasang azam. Akan dibuktikan kepada mereka bahawasanya ANIME adalah universal. Bukan untuk kanak-kanak, bukan untuk orang dewasa, namun universal. Dia tahu azamnya itu mungkin payah untuk dikecapi, namun dia nekad untuk merealisasikannya. 

Nak tahu artikel apa yang Epul baca? Nah:


Sekali lagi, aku ada soalan. Tak banyak. Satu je.

Kalau anime itu tidak sesuai untuk kanak-kanak kerana contentnya yang "tidak bermoral", kenapa cerita hantu tahyul mahyul yang Dr.M kata merosakkan minda masyarakat di Malaysia jadi makin hangat macam goreng pisang panas? Even ada slot pulak tu setiap malam Jumaat. Siaran malam Jumaat tu pun sebab nak kenakan dengan mood kononnya sebab konon malam Jumaat banyak hantu. What is this bullshit??

Pastu camne lak cerita2 macam KL Drift, V3 Samseng Jalanan, Remp-IT etc.??? Itu ok pulak?? Bermoral la bergaduh bagai macam yang ditunjukkan dalam movie tu?? Bermoral la tu??

Kalau tak faham dan tak berusaha untuk memahami kami pun, tolong hormati kami. 

Secara rasminya sekarang ada dua akhbar yang layak dijari tengahkan. Marilah kita bersama menjari tengahkan dua akhbar ini. BANGSAT!!

3 ulasan:

  1. actually, i half-agree with what the article said that anime is not for kids...
    Many of anime nowadays shows to much what we call in our community as fanservice and this fanservice is what's not for kids.

    and my other half is....there ARE many other anime that is suitable for kids viewing with less and lesss fanservice. Their job is to find THESE suitable anime and not banned all of the anime industry.

    seriously, mentaliti mak bapak, family kena mainkan peranan jugak...jgn terus nak ban anime dr ditonton. byk lagi anime lain yg baik2 xnak ambik peduli pulak....

    BalasPadam