Rabu, 11 April 2012

Teori Konspirasi abam


Blog sudah bersawang. Penulis sudah lari. Masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Tinggal abam sa-orang diri. Korang memang celake. Tak reti-reti nak teman abam yang kesepian ni? 

Usagi sibuk dengan hal Comic Fiesta Project dia. Kazu sibuk dengan hal kampus. Student life sangat bz kata diktator muda Boku. Jadi kerana hanya abam sahaja yang free dan tak sibuk maka abam cubalah update sikit2 yang mana abam reti. Abam bukan bijak blog sangat.

Jadi abam terfikir la kalau ada penulis jemputan atau penulis perempuan kan elok. Baru-baru ni penulis jemputan dah jarang hantar penulisan diorang. Tiba-tiba abam terfikir. Peminat anime ni ramai. Kenapa sikit je yang antar pendapat diorang kat abam? Abam rasa mesti ada sedikit pendapat boleh dikongsikan dengan pembaca blog yang rata-rata meminati anime tapi kenapa sikit sangat yang antar?

Untuk pengetahuan korang, sejak ruangan penulis jemputan dirasmikan, penulis paling aktif adalah Kei. Yang lain either menghantar karangan kurang bermutu atau sekadar spam emel abam. Palat la korang ni. 

Jadi abam buat satu teori konspirasi:


What if they actually do have an idea, but they're to shy/scared to share it??

Boleh jadi. Tak mustahil. Punyalah ramai peminat AniManga takkan hanya Kei je (selain penulis blog ni) yang sering berfikir mengenai dunia AniManga?? 

Jadi di sini abam mahu katakan, jangan takut, jangan risau. Pendapat itu dikongsi untuk kebaikan bersama. Kalau ada orang nak marah/flame korang, para diktator ada untuk mem-bekap korang. Asal argument korang valid, of course. Kalau argument serupa itu tahi hanjeng bekap pun tara guna. 

Jadi hantar la artikel korang untuk kami siarkan di ruangan Penulis Jemputan. Emel abam sedia menerima surat artikel korang :

abang.anime@gmail.com

Jadi takyah takut2 dah. Hantar je artikel korang. Kita kongsi idea untuk kebaikan dunia AniManga sejagat. Kalau bukan kita yang berusaha majukan dunia ni siapa lagi?

Majulah animanga untuk Malaysia. <<<slogan lama dah tak best. harooommmm

2 ulasan:

  1. abang anime,saye ade blog tpi nape tak followwww????

    konspirasi??huhuh ingat pertabalan ke tdi

    BalasPadam
    Balasan
    1. abam malas nak ikot blog kao. unless kalau kao antar satu artikel jemputan kat abam. wakakakaka

      Padam