Selasa, 17 April 2012

Teppan Shoujo Akane Maximum by Youtube - Personal Review

Ok peeps. I'm back.

Bila kali terakhir aku buat entri review komik amatur buatan tempatan? Korang tak ingat? Aku lagi tak ingat. Seingat aku kali terakhir aku review komik Azuan Shah Tahir iaitu FB Chan dan sebelum tu adalah komik Princess Hypocrites karya Adrian Ravenhart (still follow this two awesomely drawn piece) Jadi entri kali ini aku mahu mengiklankan pulak satu lagi karya top notch buatan tempatan iaitu Teppan Shoujo Akane Maximum karya Youtubee 


Title panjang gile wakk!!

Page Liga Komikus. Check it out peeps!! Link belowhttps://www.facebook.com/LigaKomikus.Malaysia

Youtubee ialah salah seorang komikus dari sebuah page awesome di FB iaitu Liga Komikus. Go check it out peeps banyak komik yang awesome korang leh baca di Liga Komikus. Jangan lupa like okeh? Aku tak tau banyak sangat latar belakang pelukis bernama Youtubee ni jadi takleh komen banyak. Kang kalau salah info leh kena rejam woo. Apapun one thing i know is that this fella got mad skills. Just look at those dynamic, smooth lines. You can't help but to admire this fella. Damn!!

Berbalik kepada review, Teppan Shoujo Akane ialah sebuah komik masakan. Diselitkan sedikit unsur humor di dalamnya bagi menambahkan rencah dan perisa kepada cerita tersebut. Aku takmoh bagi sinopsis kali ni. Aku insist korang baca dan nilai sendiri komik ni. Aku mahu terus komen apa yang aku nampak pada komik ni.

One of the strong points in this comic is the neat drawing. In every panel you can see that Youtubee is putting a lot of effort to make sure every single thing was drawn in detail. Komik dengan lukisan yang kemas memang boleh menarik perhatian pembaca. Andai mata pembaca senang melihat komik tersebut lebih tertarik la mereka nak membaca kan? Simple logic. Illustration memang adalah strong points dalam komik ni. Susunan panel juga agak kemas dan dialog yang tersusun, memudahkan pembaca untuk membaca komik ini. Dari segi kesenian, komik ni memang top notch. Kudos.

How can you not admire THIS!? I mean, look at it! LOOK AT IT!!

Dari segi penceritaan pulak, pada aku Teppan Shoujo Akane bukanlah genre cerita yang aku minat. Jujur aku katakan, komik masakan bukanlah satu genre kegemaran aku. Boleh dikira dengan jari jumlah komik masakan yang mampu menarik perhatian aku contohnya Yakitate!! Japan dan Cooking Master Boy. Selain dari itu, aku tak berapa mampu mencerna genre seperti ini. Komik Teppan Shoujo Akane ini awesome, tapi ceritanya tidak begitu menarik perhatian aku. Apapun aku tetap tertarik untuk membaca komik ni kerana art dalam komik ini yang detail. So jangan down sangat Youtubee. Ini just pendapat peribadi.

Now let's go to the downside of it. Dari pemerhatian aku, aku dapati komik ni agak 'statik'. Kurang pergerakan dan agak kaku. Mungkin kerana pemilihan genre cerita masakan mengehadkan pergerakan watak dalam cerita ini. Sayang kerana pada pendapat aku dengan skil lukisan Youtubee dan teknik garisan mantap dia seharusnya mampu mengaplikasikannya ke dalam komik. I hope you're not offended. This is just my personal opinion. Different people have different views, eh?

But overall, i say Teppan Shoujo Akane is one awesome piece worth reading. The art is good, everything is in great detail, and you'll love Youtubee's fair sense of humour. Seriously, go read it. I'll link the comic so that you guys can enjoy it. 


That's all peeps. I'm out. Ciao

P/s: Kepada Youtubee mohon maaf kalau review mengguris hati anda. Ini sekadar pandangan peribadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan