Selasa, 31 Januari 2012

Midori no Hibi : Anime jiwang best

Tahukah korang, banner blog dah tukar baru?

Sebab aku tgh ketandusan idea, aku fikir ada eloknya kalau aku tulis review mengenai sesuatu anime yang aku pernah tonton. Selepas aku membelek-belek koleksi DVD aku dalam kotak untuk dijadikan sumber idea, aku terpandang kotak DVD anime yang aku minat sepanjang zaman. Sure it's old, tapi Midori no Hibi pada aku adalah antara anime dan manga antara yang ter-best aku pernah tengok.


"SAYA CINTA SEIJI"

Midori no Hibi ialah sebuah anime diadaptasi dari manga dengan tajuk yang sama karya Kazuroe Inoue. Menceritakan mengenai Sawamura Seiji, seorang samseng yang sedang sangap mencarik awek. Tapi, biasalah. Awek mane nak dengan samseng? Dahlah samseng, ganas lak tu. Tapi sebenarnya seganas-ganas si Seiji ni, dalam hati beliau ada taman-taman bunga. Beliau dahagakan kasih sayang seorang awek dan siapa sangka dalam dia kemaruk mencari awek, tak ape kes tah, akhirnya dia ketemu dengan seorang awek yang ikhlas mencintai dia. YAYZZ!! Congratz Seiji!!

Yup, tak sangka ada gak awek yang minat ngan mamat kasar ni. Cuma satu je masalahnye. Awek ni pulak, secara misteri, telah berubah menjadi tangan kanan si Seiji ni. DAFUQ??? Ape jadah nak bercinta dengan tangan sendiri??(Namun para lelaki yang kuat fap boleh dikatakan bercinta dengan tangan sendiri juga kan? i rest my case)


Lelaki yang bercinta dengan tangannya. Memang forever alone

Jadi dari situ bermulalah kisah hidup mereka berdua. Seiji kena merahsiakan kewujudan Midori dari pengetahuan masyarakat. Ye la. Kalau orang tau, kang tak pasal2 orang cop Seiji sebagai weirdo. Worst, they might even conduct some research on him. FUCK NO!

Mereka kenalah tinggal bersama(of course la. Dah die tu tangan Seiji, kenalah tinggal sama2) dan sepanjang tempoh inilah Midori mula mengenali Seiji dengan lebih mendalam.

Anime ni memang best. First time aku baca manga dia aku ingat lagi. Masa tu manga ni disiarkan lam majalah Arena Komik. Aku masih dok asrama lagi. Senior beli Arena, aku tibai sebab nak baca Midori no Hibi. Nostalgia betul. Manga dia memang best. Walaupun siri manga Midori no Hibi boleh dikatakan agak panjang, tapi sebab ia terlalu awesome, aku setia membaca sampai episod last. Tak banyak anime atau manga yang kuat memberi impak kat aku sampai aku leh sanggup ikut sampai ke episod terakhir. And FYI, tahun lepas aku baca semula manga ni dari episod satu sampai ke episod akhir, dan aku tak rasa boring pon!! Giler kentang!!

Ape makan Kazuroe Inoue ni?

Anime die pun leh tahan. Tapi yang aku kurang minat adalah ianya terlalu pendek. Cuma 16 episod lam DVD, memang buat aku rasa cam tak puas. And most of the character telah di-remove bagi memendekkan lagi siri animenya. Aku faham yang air time untuk anime ni tak banyak thus kene la buat pendek je but still... OTL


Pasangan kekasih comel. Alolololololo

Keseluruhannya aku rasa adalah amat berbaloi untuk korang mencuba untuk menonton anime ni.That is, kalau korang tak pernah layan lagi la anime ni. Aku rasa most of the hardcore anime-fans out there tau pasal anime ni. Lagi-lagi kalau sebaya ngan aku. Cuma yang muda-muda, baru nak berjinak-jinak dengan dunia AniManga ni, korang beleklah jugak manga dan anime lama ni sebab walaupun animation tak sebaik sekarang, cerita diorang kebanyakkannya awesome wa cakap lu!!

Aku bagi 4 bintang untuk manga Midori no Hibi dan 3 setengah bintang untuk animenya. Untuk korang-korang yang tengah tangkap cintan, anime ni memang untuk korang. Lagu Chiisana Tegami versi music box pun mmg layan gak lagu dia. Memang tip top lah senang cite. Rugi kalau korang tak try tgk.

Thats all for now. Brader pedosagi nak gi makan

Ade sesape nak belanje? Elaun pedosagi tak masok lagi ni *sparkly eyes*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan