Selasa, 23 Ogos 2011

Usagi Drop - Yumi Unita

Today is review day people!!


Manga ape ni? READ THE POST PEOPLE!!

Walaupun aku baru dapat idea untuk post baru mengenai isu-isu hangat berkenaan dunia AniManga tapi aku dah lama plan untuk post review manga ni. Jadi aku rasa lain kali je la aku post idea aku kot? (ala bukan korang baca sangat pon blog ni kan?)

Kali ni aku review satu manga yang pada aku, sangat bagus penceritaannya dan mampu mencairkan hati aku yang sekeras batu. Kalau setakat komik biasa-biasa je aku takkan cair nyer. Lagi-lagi genre shoujo memang bukan kegemaran aku. Manga ni memang biasa dari segi cerita. Takde kuasa-kuasa hebat shinigami cam dalam Bleach ataupun Death Note waima Dragonball. Dan tak ada aksi pertarungan sengit macam dalam Teppu ataupun *insert fighting manga title here* . TAKDE. Jadi apa yang special pasal manga ni? Aku baru je sebut keistimewaannya. SAPE DAPAT JAWAB AKU BAGI DUA KUPANG. JAWAB-JAWAB!!.

Keistimewaan manga ni terletak kepada jalan ceritanya yang NORMAL. That’s right folks. No imaginary unicorn, no tooth fairy, no nothing in this manga. It is NORMAL. The only thing yang tak normal ialah Daikichi, watak utama cerita ini mempunyai seorang makcik berumur 3 TAHUN. Yup, no mistake. 3 TAHUN LADIES AND GENTLE MEN.




Rin memang comel gile kot!! *ehem* i'm not a pedo kay? SERIOUSLY *seriousface*

Usagi Drop ialah sebuah manga josei karya Yumi Unita, berkisar mengenai Daikichi, seorang pemuda di pertengahan usia 30-an baru sahaja kehilangan datuknya yang meninggal akibat sakit tua. Itu normal la. Kalau dah sampai ajal, tua ke muda tetap pergi jugak kan? So kepada yang muda-muda di luar sana, CUBALAH ISAP ROKOK KALAU RASA IDOP KORANG PANJANG SANGAT. *ini adalah taktik psikologi. Malaysians mmg kalau makin disuruh, makin tak mau buat betul tak??*

Itu biasa je. Normal la atok pergi dulu. Tapi yang ajaibnya atuknya ada seorang anak luar nikah! Kalau sama umur ngan Daikichi leh la dia terima. Tapi umurnya Cuma 3 TAHUN BEB. Rin Kaga adalah anak kepada datuk Daikichi dan kini kerana “bapa”nya telah pergi selama-lamanya (romantic tak ayat aku? LOLZ) maka dia perlu dijaga oleh salah seorang ahli keluarga Daikichi. Memang haru sekejap keluarga Daikichi. Makcik2 dan Pakcik2 Daikichi refuse nak jaga Rin sebab takut malu. Status anak luar nikah beb. Sian gila. Bukan salah dia pon. SO ANAK MUDA YANG TAKDE MASA DEPAN JANGAN KORANG ROSAKKAN ANAK DARA ORANG PULAK. Pesanan ikhlas dari Aku Pencinta Anime.

Jadi disebabkan tak tahan sikap pesimis pakcik makcik yang kolot dan close minded (reminds me of typical Malaysians, no?) makanya Daikichi buat keputusan. Daikichi akan menjadi penjaga Rin dan sebelum dia Tanya Rin sama ada nak ikut dia atau tak, die sempat la hamburkan kata-kata hinaan terhadap makcik pakcik dia dengan begitu COOL sekali. SALUTE YOU DAIKICHI. TABIK SPRIIIIINGGGGGG!!!!


Comel la Rin nih. Tah kenapa tah orang tak nak bela dia. bukan salah dia pon dia dilahirkan sebagai anak luar nikah. oh humanity WHY GOD WHY?????

Maka lepas tu bermulalah cerita suka duka Daikichi dan Rin yang begitu normal and I got to say, cute in a way. Manga ini istimewa kerana author manga ini mampu menukarkan sesuatu yang normal dalam kehidupan seorang bapa dan anak, kepada sesuatu yang sangat cute dan interesting. It was like, reading a book about parenting. I mean, A REALLY GOOD BOOK about parenthood. Dan dalam cerita ni, korang kena perhatikan perkembangan watak Rin dan bagaimana kehadiran Rin dalam hidup Daikichi mengubahnya menjadi seorang manusia yang lebih baik, keseluruhannya.

But I like the earlier part of the manga. When Rin becomes a teenage, it becomes a lil bit dull. Maybe the cuteness fades away as Rin grows up. But still entertaining. TAPI aku tak nak la spoil mood korang untuk membaca manga ni. Jadi aku Cuma bagi sedikit sneak peek mengenai manga ni and nothing more.

Overall, aku rasa this manga is a MUST READ for those who loves shoujo and josei kind of manga. Especially the girls since this manga is dedicated to the girls (the term Josei itself means ‘ladies’ which means it was dedicated to the ladies). Seriously guys, you don’t have to wait till the next episode comes out because the series is completed oredy. All you have to do is read, and enjoy the manga.


Kaga Rin dan Daikichi dalam siri drama Usagi Drop. DO WANT!!!


A bit of a side note, selepas siri manga Usagi Drop/Bunny Drop tamat, sebuah filem dan siri animasi Usagi Drop mula ditayangkan di Jepun. Kalau korang rajin search kat internet dan kalau korang SUPER BAIK HATI, tolong inform aku mengenai siri anime Usagi Drop ni ek?? PLEASEEEEEEEEE????? AKU MINAT GILE KOT CITE NI!!! SIAN LA KAT AKUUUUU

That’s all peeps.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan