Rabu, 16 November 2011

AniManga - The dying industry

Wassup peeps!!

It's been a long time isn't it? Sorry for the long hiatus. All three of us are busy with exam so we can't update this blog. Well it's not like theres anyone who read this shit anyway. Aku tau takde sape pun yang nak baca entri merapu kitorang nih. Sapelah kitorang di hati korang. Aku merajuk ni. Jangan tegur aku lima hari. *sulks at the corner*

Acah-acah je. Baiklah. Sebab aku pun dah lama tinggal blog ni sampai bersawang bagai, jadi aku kene buat satu entri juicy to re-start blog ni kan? Jadi inilah dia topik yang akan kita bincangkan dalam entri kali ini. BAM!! Amekaw. AniManga - The dying industry. Sejauh mana kebenaran kenyataan ini? Mari kita selidik dengan lebih mendalam lagi.

Sebelum aku merepek lebih jauh lagi, ingin aku menyeru kepada saudara troll Kazu dan Boku untuk mengeluarkan kenyataan berkenaan isu ini dalam bentuk entri. Jangan buat bentuk komen dan post dekat sini. Aku tampar korang laju-laju bisu seminggu nanti. Lepas exam ni jari jemari aku dah makin kuat sebab asyik menulis. LU JANGAN MAIN MAIN. GUA SERIOUS NIH (insert serious reaction here plz)

Okeh jom kita balik ke isu pokok. Kenapa aku keluarkan kenyataan sedemikian rupa? Jangan salah sangka. Aku masih belum murtad anime. Kegilaan aku terhadap anime, manga dan shota (err.. scratch that) masih menebal dalam diri. Aku masih mencintai Anime sepenuh jiwa raga aku. In fact, dari rasa cinta mendalam itulah lahirnya blog ini tempat aku meluahkan kecintaan aku terhadap anime, betul tak anak-anak? Pandai cucu atok.

Ada sebab kenapa aku keluarkan kenyataan demikian. Aku tak tulis kenyataan tu semberono je. Ini adalah dari pemerhatian aku terhadap perkembangan industri AniManga ini di Malaysia sejak kebelakangan ini. Kalau korang perhatikan, sekarang ni dunia AniManga semakin menyepi, seperti ianya sedang melalui fasa pengakhiran dan kelihatan seperti akan berakhir tidak lama lagi. Pengakiran sebuah pop culture bukanlah sesuatu yang baru. Banyak lagi pop culture di dunia ini yang telah lama "mati" kerana sudah dianggap ketinggalan zaman. Namun jangan gusar. Kita hanya melalui fasa di mana perkembangan dunia ini semakin perlahan. Pop Culture kegemaran kita ini masih belum "mati" terima kasih kepada golongan pencinta anime seperti korang sume ni. Sayang korang sangat-sangat. MUAAAAAHHHHHHHH~~~~<3

Awww gedixxx yewwwwww~~

Tapi realitinya memang perkembangan dunia AniManga ini semakin perlahan. Tak seperti beberapa tahun dahulu di mana perkembangan dunia AniManga sangat rancak dan begitu popular sekali. Sekarang orang sibuk dok bincang pasal Korean drama, K-pop dan yang lelaki, bincang pasal awek Korea yang hot. That's right peeps. A CHALLENGER APPEARS!! Ketibaan era K-pop dan drama nangis Korea sedang menelan kemegahan era J-pop dan AniManga awesome Jepun. Rival diorang tak jauh pon. Korea ngan Jepun ni saudara serumpun. Macam Malaysia-Indonesia. Begitu kuat pengaruh Korea ini sampai satu ketika telinga kita dipekakkan serta dinanah laharkan oleh sekumpulan manusia menggelarkan diri mereka M-POP. Kumpulan MAX 24/7 dan kumpulan Gula-Gula (nama pun dah gay) begitu teruja mengikut pop culture Korea sehingga mereka meniru konsep K-Pop dan mengaplikasikannya kedalam musik mereka. Tapi bukan pujian yang mereka dapat. It's the other way around. Biasalah. Kalau dah suara sumbang ke laut, tarian gay semacam takkan nak bagi piala pusingan pulak kan? Bernanah sekejap telinga aku dengan lagu depa.

Balik ke isu asal. Ya, salah satu faktor mengapa industri ini semakin perlahan ialah kerana kemunculan rival serumpun iaitu Korea. kemunculan pop culture ini sedikit sebanyak menyumbang kepada kelembapan industri AniManga di Malaysia. Tapi itu baru satu. Aku rasa mesti ada faktor lain yang aku sendiri kurang pasti. Kerana isu ini sangat besar kesannya kepada dunia AniManga yang aku cintai, maka aku tak boleh mengulas mengenai perkara ini sendirian. Makanya, Boku dan Kazu anda juga harus bersuara meluahkan pendapat mengenai isu ini. Aku juga ingin menjemput kepada semua pembaca Aku Pencinta Anime yang ingin berkongsi pendapat agar menghantar penulisan mereka ke e-mail aku supaya boleh kita kongsikan dengan pencinta anime yang lain dan bersama kita cari jalan penyelesaian kepada isu ini.

Ini email aku. :

deidara.killerbeez@gmail.com

Sekiranya anda cinta akan dunia AniManga, luahkan pendapat anda, dan marilah kita bersama hidupkan semula era megah dunia AniManga.

I DON'T CARE WHATEVER IT IS, I'M STILL A PROUD ANIMANGA MANIAC!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan