Isnin, 6 Februari 2012

Penulis Jemputan : inFamous 2


Okeh abam dapat satu entri nak up dalam blog ni. Entri kali ni datang dari seorang manusia bernama Kei. Bagus dia ni sebab tulis nickname sekali dalam entri dia. Tak payah susah2 abam nak come up ngan nama lain untuk dia. Kalau tak abam terpaksa bagi nama macam KutuRayau89, Tiadamasadepan atau Gediknakmampus. Kenapa nickname negatif je abam nak bagi? Sebab korang menyusahkan abam kalau tak tulis nickname. So, contohi mamat ni kalau tak abam sumpah nama korang. Takmoh cite banyak. Layan je review dia

Review by Kei

Hello dan salam perkenalan buat peeps semua. Ya, ini lah post pertamaku sebagai penulis jemputan di A.P.A. Nama?? Panggil je Kei atau nak lebih mesra Shin (jgn tanye kenapa nama Jepun). Ok, minggu ni sebagai penulis jemputan di A.P.A Kei ada review untuk game inFamous 2 (walaupun Kei ni tau main je tulis review tak pandai). Pedoboss tlg jgn dengki dgn Kei yg ada ps3 ni. Game inFamous 2 ni telah dikeluarkan oleh studio Sucker Punch pada 7/6/2011.

Storyline

Kei malas nak spoiler storyline dia jd baik la korang pegi beli ps3 (atau korang tanye je uncle Google,Wiki atau ape2 yg berkaitan) dan main game ni tp percaya la bila Kei cakap storyline game ni adalah yg paling menarik Kei pernah tgk. Pedoboss pun approve.

Gameplay
Game ni banyak memanjat…. ye banyak memanjat, korang tak percaya ke? Watak utama yg korang pakai, Cole ada skill untuk memanjat mcm monyet… dan rasanye elok Kei guna dia nak kutip kelapa belakang rumah atok Kei dari Kei guna monyet dan jgk…dlm game ni pilihan yg korang buat akan mempengaruhi ending di mana korang boleh pilih sama ada nak jd jahat atau baik dan ada jugak Karma meter yg mempengaruhi kuasa yg Cole akan dapat. Kuasa yg Cole ada ialah kuasa elektrik, dan tlg jgn tanye mana dia dapat kuasa tu sebab Kei tak nak bagi spoiler. Masalah paling besar yg Kei dapati ialah, kawalan karakter… ye, si  monyet sorang ni mmg susah nak dikawal…. dan jgk dia tak boleh jatuh dlm air atau dia akan mati… (apesal ko jatuh dr tempat tinggi ko tak mati jatuh dlm air mati plk) *rageface*

Graphic and sound
Ok, grafik untuk game ni pada Kei biasa2 je sebab bila dibandingkan yg ni dgn FF XIII, FF akan menang hands down (yes,I’m a FF freak, Problem??) Sound effect yg digunakan dlm game ni pada Kei, tak cukup mengancam mcm bubur kacang tak cukup santan… ya, Kei mmg tgh lapar sekarang ni… ==”

Pro
Ape yg Kei puji tentang game ni ialah game ni ialah storyline yg mmg menarik, keadaan bandar yg hidup dan jumlah mission… semua ni akan membuatkan korang main game ni sampai lebih dr 35 jam… (walaupun kadang2 mission tu ulang2 je ==”)

Con
Ape yg kurang tentang game ni??? biar Kei citer sikit… yg pertama ialah jenis musuh.. ape masalahnye??? Kei rasa org yg cipta game ni mmg org malas sebab ada lebih kurang 10 jenis musuh je (tak termasuk boss) dan ye, korang akan lawan musuh yg sama sampai la habis game ni…. kedua, seperti yg Kei tulis td, masalah mengawal karakter… korang tak percaya, korang main la….. ketiga ialah camera angle yg mmg kadang2 boleh buat korang mati tgh2 lawan… dan keempat ialah ketiadaan meter HP (Health Point)  yg membuatkan game ni jd lg susah….. (dah la game ni mmg susah… ke Kei yg bingung sgt bubuh Hard Mode)

Summary
Kesimpulannye, game inFamous 2 adalah game yg best dan Kei rasa, sesiapa yg ada ps3 patut main game ni… markah untuk game ni adalah 7/10…
Ok, setakat ni je review untuk inFamous 2 (review ke pun???)… Kei pun dah penat sebab ni baru pertama kali Kei menulis review…. jd harap2 nye pedoboss akan bagi Kei menulis lg untuk A.P.A….  Until then, Farewell peeps…

(PEDOBOSS, AKU DAH TULIS NI BILA NAK BAYAR KOMISYEN AKU)

Statement last tu klaka. Abam gelak guling2 sampai highway mendengarnya. Kami ni pun tak berbayor apatah lagi korang yang dijemput. Tapi takpe. Kalau ko antar lagi entri macam ni abam belanje cekedis sebungkus. Orait??

Ahad, 5 Februari 2012

Art sites

Hello everyone,it is I,Kazu,the lazy writer of this blog.Sorry for the long time of no updates from me.I played too much game lol.Anyways,enough about that,lets keep this entry short and sweet,alright?

So,you want to upload your art somewhere on the net in order for others to appreciate it and gain some more knowledge to improve your art.Well,have no fear,there is a few sites that you can visit in order to do so....what?Did you just say Facebook?Dude,that's social networking site,its not that suitable to share arts~try go to these art sites.For example:

Deviantart


This is a very famous site for sharing arts.be it drawing,literature,photography.In short,all types of arts and considering of the large number of  member in that site,that is around millions,it will be easy to expose your arts to the public.People can comment on your arts,fav your art to show that they like your arts,not to mention that they can critique to help yourself in order to improve in your arts.Trust me,it is a good site,I have been there for more than 1 year and I improved tremendously,from only doing traditional to now a full-fledged (sort of) digital artist.The only downside of this site is some of the useless features in the site and dramas everywhere.I suggest you stay away from dramas if you want to enjoy being in that site.


Pixiv


Another great art site,and absolutely no drama whatsoever,not to mention that there is plenty of professional artist there for you to learn to improve your drawing.The only downside of this site however,it is in Japanese.Eventhough there is some English,you still need a good understanding of it in order to expose your art properly there.Go to this site if you want a challenge in your arts as pleasing the crowd there is harder than in dA(Deviantart)

Behance


This is a good art site too.You can create portfolio of your arts and even sell it to the crowd.Well,dA can do that too~but this site is more specific to that matter.This site is a professional way for you to expose your arts.
I cant say much because I am lacking of knowledge of this site.Do share if you have info about this site.




And that concludes my entry.What..?You said it is too short?I dont care,as long as my message gets to you,that's all that matter.I hope you can use this site to your advantage in order to share arts and get to know more people.Never hurt to have a friend in the same field,ya?


Well,adios bebeh~ (✌゚∀゚)☞


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


THIS POST IS BROUGHT TO YOU BY MY PSP.MAKING PEDOSAGI JELLY SINCE I BOUGHT IT

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Abam Anime

Kenalkah korang, Abam Anime?


Post pertama kali abam takmoh cite banyak. Penulis jemputan kalu antar post pastikan berilmiah. Abam berciri diktator. Abam rase macam abam mencik penulisan korang tak best, abam delete.

Abam bad mood sebab abam nak join A.P.A pon banyak songehnye. Nak kene wat e-mel baru la jadah. Bila abang tanye kenapa, selambe je budak Pedosagi cakap nama akaun abam terlalu gay. Sampai ati dia. Abam tau la abam diktator tapi jauh di sudut hati abam yang hitam ada taman syurga tau. Sampai ati buat abam camni.

Sape kondem cara abam tulis entri, abam sula dia ngan galah tokwan abam. Jangan main-main ngan Abam.

Tugas abam lam blog ni, post2 penulis jemputan dan benda2 tak signifikan. Juga update news terbaru ACG. Selain itu abam juga akan mengimbau nostalgia anime dan manga lama. Korang nak kata abam ni berperangai macam orang tua, sukati korang la. Abam tak kisah. Abam tau korang dengki kat abam macam Harian Metro dengki kat ACG.

Akhir kata ACG will never die.

ENTRI INI DIBAWAKAN OLEH KEREPEK KENTANG CAP ABAM ANIME

Blog updates - New features

Wassup peeps?

Aku ada update some new features dalam blog ini iaitu Awesome Amateur Artist dan Awesome AniManga Sites. Ini adalah salah satu cara untuk promote group atau sites yang berkolaborasi dengan A.P.A secara langsung atau tidak langsung. Antara group tersenarai dalam list adalah Malaysia Anime World Artworks (MAWA), BOREGEN, Liga Komikus dan A.P.A Facebook page. Group ini adalah group yang membincangkan dan berdebat mengenai isu dalam dunia AniManga selain group bersosial sesama AniManga lover. Dengan adanya ciri-ciri ini melayakkan mereka untuk menerima sedikit promosi dari kami di A.P.A. In case, kalau ada group yang ingin berkolaborasi dengan kami, silakan post link di dalam post ini dan kami akan cuba letakkan link group anda di sini untuk tujuan promote group anda.

Di samping itu, artist2 amatur yang memberi kami inspirasi juga diberikan penghargaan dengan adanya ruangan Awesome Amateur Artist di dalam blog ini. Kami di A.P.A menyokong usaha para pelukis amatur dan menghargai ketekunan mereka. Maka di A.P.A kami sedia untuk membantu menaikkan nama para pelukis amatur sebagai satu usaha membantu mereka kick-start karier mereka sebagai seorang kartunis pro di dalam industri komik Malaysia.

Dan aku juga bercadang untuk memulakan sebuah segmen bertajuk Awesome Art of the Week di blog ini. Andai ada art yang awesome di dalam group yang berkolaborasi dengan kami, kami akan update art itu di sini. Ini masih dalam perancangan. Namun andai ianya berhasil, setiap hujung minggu akan dipaparkan lukisan-lukisan yang awesome di blog ini untuk tatapan para pembaca blog. Ini sekaligus memberi extra incentive kepada para pelukis di group tersebut untuk bekerja lebih keras.

Dan andai anda mempunyai idea yang ingin dikongsi, anda boleh apply sebagai penulis jemputan di A.P.A. Namun hanya artikel yang benar2 mempunyai pengisian akan disiarkan.

Itu sedikit sebanyak pembaharuan yang dilakukan oleh aku terhadap blog ini. lebih banyak pembaharuan dan pembaikan akan dilakukan di masa hadapan. Harap teruskan menyokong kami di A.P.A demi kemajuan dunia AniManga Malaysia!

Khamis, 2 Februari 2012

Thursday Thoughts #1

I'm back betch

Thursday Thought ialah segmen baru dalam blog ni. Thursday Thoughts akan diupdate setiap hari Khamis, setiap 2 minggu. So next week takde Thursday Thoughts. But a week after akan update satu artikel. Dikendalikan oleh aku sendiri, The Great Pedosagi, segmen ini is mainly about my thoughts and opinion about some issues in the AniManga world. Jadi sila baca elok2. Ini ialah PENDAPAT aku sahaja. Kalau korang bash aku kerana mengutarakan pendapat aku mengenai certain issue, aku akan assume korang sebagai manusia bermentaliti kelas ketiga, berfikiran sempit dan bangang melantun tahap 20. Pendapat itu dikongsi untuk dibincangkan. Kalau baru bagi pendapat dah kene trash memang sah korang bangang.

Untuk memulakan segmen ni aku takmoh la bincang benda berat2. Aku rasa sesuatu yang cheesy dan isu yang agak lama boleh aku gunakan untuk kickstart this new segment. Jadi aku mau bincang mengenai FANSERVICE

That's right folks. FANSERVICE. We love them. I mean, sape yang tak suka fanservice? Golongan tak sihat tanpa nafsu je yang tak teruja tengok fanservice. Jadilah decent camner pon, korang kene akui behind your decent attitude, there's a beast within.

Tapi aku bukan nak bincangkan mengenai sama ada korang gemar atau tidak fanservice ini. What boggles my mind is that whether it is normal, or is it necessary to put as much fanservice in one single anime or manga? PERLU KE?


THIS

Tak perlu aku cakap, korang sendiri pon perasan kan?? Kalau sesebuah anime moden takde fanservice memang tak sah. Kalau yang genre biasa2 dah ade hardcore ecchi, korang bayangkanlah cerita bergenre Harem, Ecchi, Yaoi dan yang sama erti dengannya?? Lagilah banyak. Silap haribulan, boleh juling mata tengok objek terlebih lantun di kaca TV


WARNING: LATUNAN MAUT MAMPU MENJULINGKAN MATA ANDA

Bukanlah nak kata old anime takde ecchi. Ade tu memang ada. Love Hina, Midori no Hibi dan yang sama waktu dengannya pun ada unsur hardcore ecchi gak. Tapi berpada-pada la. Kalaupun ko nak mengetengahkan cerita macam tu, make sure la jalan cerita ko best. Kalau cerita ko berterabur dan hanya mengharapkan ecchi serta fanservice sahaja untuk menarik viewers, you're better off drawing a hentai manga goddamit!!

Kami(baca sebagai aku) peminat anime tak kisah kalau ada fanservice dalam anime kegemaran aku. Dalam anime favourite aku, Tengen Toppa Gurren Lagann, Yoko pakai tak cukup kain aku ok je. Jadi kenapa aku tak kondem TTGL? Sebab walaupun Yoko memang seksi dan berkali-keli menjulingkan mata aku dengan pakaian dia yang mencucuk mata, TTGL tetap memiliki kualiti penceritaan yang bagus. Kalau cerita ko bagus, aku tak kisah pun. Tapi majoriti(bukan semua) cerita anime sekarang tak memiliki kualiti cerita yang bagus. Camner nak layan?


Panty shot. PERVS, FEAST YOU EYES

Kalau aku nak tengok fanservice sahaja, baik aku tatap gambar bogel Yoko di depan skrin. Tapi aku tak buat. KENAPA?? Sebab aku nak layan CERITA bukan FANSERVICE. Mungkin sekali sekala tu boleh la, tapi haramjadah pe kalau setiap episod ada benda tu?

Aku perhatikan ini sudah menjadi satu trend. Fanservice sekarang sudah boleh jadi modal utama sesebuah manga atau anime. Aku malas nak list senarai anime atau manga yang mengutamakan fanservice sebab nanti ramai yang melatah. Lu pikir la sendiri.

In the end, this will just end up as another rant coz nobody will give a shit about a random blogger who start this blog for fun. Takde sape kisah tapi ade aku kisah? Sekurang-kurangnya sambil aku bercerita ni mungkin ada yang sependapat dengan aku kan? Dan dari situ kami leh berbincang dengan lebih mendalam mengenai perkara ni. Atau kalau ada yang tak setuju, kita leh berbincang secara matang. This way kita leh mengembangkan lagi pengaruh AniManga.

That's the main purpose of this segment. Jadi meh kita discuss. You, do you like em? I mean, too much fanservice. You think it's good for the industry?

Jom bincangkan

Selasa, 31 Januari 2012

Midori no Hibi : Anime jiwang best

Tahukah korang, banner blog dah tukar baru?

Sebab aku tgh ketandusan idea, aku fikir ada eloknya kalau aku tulis review mengenai sesuatu anime yang aku pernah tonton. Selepas aku membelek-belek koleksi DVD aku dalam kotak untuk dijadikan sumber idea, aku terpandang kotak DVD anime yang aku minat sepanjang zaman. Sure it's old, tapi Midori no Hibi pada aku adalah antara anime dan manga antara yang ter-best aku pernah tengok.


"SAYA CINTA SEIJI"

Midori no Hibi ialah sebuah anime diadaptasi dari manga dengan tajuk yang sama karya Kazuroe Inoue. Menceritakan mengenai Sawamura Seiji, seorang samseng yang sedang sangap mencarik awek. Tapi, biasalah. Awek mane nak dengan samseng? Dahlah samseng, ganas lak tu. Tapi sebenarnya seganas-ganas si Seiji ni, dalam hati beliau ada taman-taman bunga. Beliau dahagakan kasih sayang seorang awek dan siapa sangka dalam dia kemaruk mencari awek, tak ape kes tah, akhirnya dia ketemu dengan seorang awek yang ikhlas mencintai dia. YAYZZ!! Congratz Seiji!!

Yup, tak sangka ada gak awek yang minat ngan mamat kasar ni. Cuma satu je masalahnye. Awek ni pulak, secara misteri, telah berubah menjadi tangan kanan si Seiji ni. DAFUQ??? Ape jadah nak bercinta dengan tangan sendiri??(Namun para lelaki yang kuat fap boleh dikatakan bercinta dengan tangan sendiri juga kan? i rest my case)


Lelaki yang bercinta dengan tangannya. Memang forever alone

Jadi dari situ bermulalah kisah hidup mereka berdua. Seiji kena merahsiakan kewujudan Midori dari pengetahuan masyarakat. Ye la. Kalau orang tau, kang tak pasal2 orang cop Seiji sebagai weirdo. Worst, they might even conduct some research on him. FUCK NO!

Mereka kenalah tinggal bersama(of course la. Dah die tu tangan Seiji, kenalah tinggal sama2) dan sepanjang tempoh inilah Midori mula mengenali Seiji dengan lebih mendalam.

Anime ni memang best. First time aku baca manga dia aku ingat lagi. Masa tu manga ni disiarkan lam majalah Arena Komik. Aku masih dok asrama lagi. Senior beli Arena, aku tibai sebab nak baca Midori no Hibi. Nostalgia betul. Manga dia memang best. Walaupun siri manga Midori no Hibi boleh dikatakan agak panjang, tapi sebab ia terlalu awesome, aku setia membaca sampai episod last. Tak banyak anime atau manga yang kuat memberi impak kat aku sampai aku leh sanggup ikut sampai ke episod terakhir. And FYI, tahun lepas aku baca semula manga ni dari episod satu sampai ke episod akhir, dan aku tak rasa boring pon!! Giler kentang!!

Ape makan Kazuroe Inoue ni?

Anime die pun leh tahan. Tapi yang aku kurang minat adalah ianya terlalu pendek. Cuma 16 episod lam DVD, memang buat aku rasa cam tak puas. And most of the character telah di-remove bagi memendekkan lagi siri animenya. Aku faham yang air time untuk anime ni tak banyak thus kene la buat pendek je but still... OTL


Pasangan kekasih comel. Alolololololo

Keseluruhannya aku rasa adalah amat berbaloi untuk korang mencuba untuk menonton anime ni.That is, kalau korang tak pernah layan lagi la anime ni. Aku rasa most of the hardcore anime-fans out there tau pasal anime ni. Lagi-lagi kalau sebaya ngan aku. Cuma yang muda-muda, baru nak berjinak-jinak dengan dunia AniManga ni, korang beleklah jugak manga dan anime lama ni sebab walaupun animation tak sebaik sekarang, cerita diorang kebanyakkannya awesome wa cakap lu!!

Aku bagi 4 bintang untuk manga Midori no Hibi dan 3 setengah bintang untuk animenya. Untuk korang-korang yang tengah tangkap cintan, anime ni memang untuk korang. Lagu Chiisana Tegami versi music box pun mmg layan gak lagu dia. Memang tip top lah senang cite. Rugi kalau korang tak try tgk.

Thats all for now. Brader pedosagi nak gi makan

Ade sesape nak belanje? Elaun pedosagi tak masok lagi ni *sparkly eyes*

Isnin, 30 Januari 2012

Game review - Pro Evolution Soccer 2012

Wassup niggas

Kali ni brader pedosagi mau cerita pasal sebuah game bola yang second awesome lepas game FIFA12 (walaupun dalam konsol, FIFA12 banyak gila glitch fail) iaitu game Pro Evolution Soccer 2012.


Aku seorang nasionalis. Jadi ni menjadi pilihan aku untuk gambar PES2012. Kalau korang tak suka, silakan tekan ALT+F4 dan pergi makan nasik. Lagi elok

Kepada bukan peminat bola kalau takmoh baca review ni sila klik button merah bertanda pangkah di hujung browser anda, mekaseh

Game kali ni banyak perubahan berbanding dengan PES yang dolu2. Ada kebaikan dan ade juga perubahan yang membuat pemain bola tegar seperti aku FUUUUUUUUUUUU depan skrin laptop sehingga menimbulkan syak bahawa aku seorang manusia yang telah hilang kewarasan diri. Tapi dari segi keseluruhan game, aku rasa game ni lebih baik dari game PES yang lalu. Improvement yang dibuat oleh Konami dengan memperkenalkan beberapa sistem baru dalam game pada aku adalah sesuatu yang positif. Di sini aku ulas beberapa interface baru lam game ni.

Teammate Control

Dengan memperkenalkan engine baru dalam game ni, Konami juga memperkenalkan satu interface atau sistem baru dalam game ini iaitu Teammate Control. Kalau dulu kita hanya control seorang pemain dan teammate kita akan digerakkan oleh bot, sekarang kita boleh control lebih dari seorang player thanx to this system. Dengan adanya sistem ini, kita mampu menggerakkan lebih dari satu pemain dan memudahkan kita untuk membuat hantaran ke ruang kosong serta memberi lebih banyak option ketika menyerang dan bertahan. Tapi untuk pemain baru mungkin adalah lebih baik jika korang berlatih dulu guna sistem baru sebab jujur aku cakap, aku sendiri belum master lagi benda ni. Nampak cam susah. Pepehal kalau korang dah master aku rasa mesti lagi mudah nak menang kalau lawan ngan team kawan korang. Mesti team kawan korang senang2 je kene rape ngan team korang sebab korang dah master menggunakan sistem ni

Football Life

Ini juga satu pembaharuan dalam PES. Football Life adalah Master League dan Be a Legend mode yang lama, namun diberikan nafas baru. Dalam Master League, korang leh create rupa manager dan ambil alih kelab yang diberikan atau just kawal team sedia ada cam Bercelona. Masih sama macam Master League yang lama, tapi ada sedikit pembaharuan dari segi grafik dan interface dalam permainan. Be a Legend pun masih seperti yang lama, tetapi diberikan rupa baru oleh Konami. Selain itu dalam kedua-dua mode ini ada sedikit penambahan iaitu Mission. Dalam kedua-dua mode, ada misi yang mesti dilaksanakan pemain. Ia mungkin expectation oleh bos kelab atau harapan peminat, dan ia mesti dilaksanakan kalau korang taknak kena tendang keluar kelab. Jadi sedikit challenging berbanding mode lama. Selain itu juga ada mode baru bernama Club Boss yang hanya boleh di-unlock jika korang dah dapat cukup Game Point. Unlock mode ini di Extra Content. Dengan mode ini pemain akan memainkan peranan sebagai chairman sebuah kelab. Macam Tony Fernandez la. Di sini, urusan kelab dari tandatangan pengurus pasukan, peruntukan kelab sampailah kepada memberi nasihat kepada pengurus menjadi tugas anda selaku seorang chairman kelab. Tapi yang kurangya, mode ni korang takleh main sebagai pasukan. So, korang tengok je la team korang main sama ada menang atau jadi lauk sayur. Tu yang aku kurang kenan.

Selain dari penambahan dalam dua sistem diterangkan di atas, aku juga dapat rasakan pengadil dalam game ini semakin "human". Tau kenapa? Sebab pengadil dalam PES boleh buat kesilapan macam manusia. Keputusan kontroversi pengadil boleh buat korang meraung macam kena kejar pedobear. Aku pernah kena dan aku memang RAGE tahap karma. TAK OFFSIDE LA GAMPANG!!!! *(^&%R%(*^%)(%)%*%^&*^(

Bot dalam PES? Aku tak tau la korang, tapi aku rasa bot dalam game ni dah jadi makin bangang. Korang mesti akan merasa panas ati kalau main mode Be a Legend sebab korang hanya control seorang player sahaja. Yang lain sumer bot so peluang utk RAGE adalah sangat cerah. Atau mungkin kerana aku belum biasakan diri dengan sistem baru ni. Tak taulah

Keseluruhannya, game ni agak OK. Selain dari kegagalan Konami mendapatkan lesen dari liga-liga utama dan kejohanan seperti FIFA World Cup menyebabkan nama sesetengah pasukan dan kejohanan terpaksa diubah, aku rasa ok la untuk mereka yang gemarkan permainan bola sepak yang ringkas. Recommended utk peminat bola kalau laptop korang pun takleh tampung FIFA12 cam aku *sulks at the corner*

Itu je kali ni

Korang tak minat bola? Kenapa korang bace? Tak suruh pun?

btw, MENYU KALAH LAWAN LIVERPOOLLLLLL!!!!!! YAYYYY!!!!! Tapi aku tak minat Liverpool. Aku minat Newcastle. Dan Barcelona. wakakaka.

Abes. Gi main jauh2.