Ok, blog dah
berhabuk, jadi sampai masa aku pulak yang kena tulis untuk blog ni pasal yg
lain semua sibuk memanjang. Aku sorang je yg free pun. (Mohon boss up gaji aku
lepas ni) Minggu ni aku ade game review untuk korang dan kalau ade budak dalam
bilik tu, mohon bawak keluar sekarang.
AMARAN: GAME NI UNTUK
YANG BERUMUR 18 TAHUN KE ATAS JE. BAWAH DARI TU, KALAU KORANG MAIN JUGAK, AKU
TAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS APA YANG JADI PADA KORANG.
Ok, tak nak cakap
apa2 pasal cover ni. On to the review.
Storyline
Vincent Brooks
mempunyai masalah untuk kahwin dengan teman wanitanya Katherine yang dia dah
kenal selama 5 tahun. Satu malam dia terjumpa Catherine di bar dan sejak dari
tu, tiap2 kali dia tidur dia akan masuk ke alam Nightmare. Apa sebenarnya alam
Nightmare ni?? Kenapa Vincent masuk dalam alam Nightmare ni dan siapa
sebenarnya Catherine dan apa kaitan dia dengan semua kejadian ni?? Kalau nak
tau, main game ni dan korang akan paham segala-galanya.
Gameplay
Gameplay terbahagi
kepada dua; waktu petang di bar dan waktu malam di alam Nigtmare. Untuk
gameplay di bar, korang boleh berinteraksi dengan pengunjung yang datang,
minum, check handphone, balas mesej dan main mini-game. Tapi perlu diingatkan,
setiap pilihan yang korang buat akan mempengaruhi meter yang akan mempengaruhi
storyline dan jugak ending yang akan korang dapat. Untuk alam Nightmare pulak,
gameplay memang berbeza sebab korang akan susun, tolak dan panjat blok untuk
sampai ke tingkat paling atas menara yang ada 8 tingkat dan sepanjang jalan tu,
korang akan berlari daripada bos yang akan bunuh korang kalau korang buat
silap. Memang aku respek team Persona yang buat game ni. Walaupun diorang
terkenal sebab buat game RPG, tapi diorang telah lakukan yang terbaik untuk
buat game platformer puzzle-solving ni.
Graphics and Sound
Untuk game pertama
Team Persona untuk konsol PS3, game ni memang tak mengecewakan dari segi
grafik. Untuk Voice Acting pulak, korang tak boleh tukar ke Japanese. Boleh
dengar English je. Tapi pada aku, English Voice Acting ni pun dah cukup hebat
sebab diorang gunakan khidmat Voice Actor dari game Persona 4. Untuk muzik, tak
perlu sebut lagi, memang terbaik. Kalau korang tau Shoji Meguro, korang akan
tau yang setiap muzik dia memang terbaik.
Replayability
8 ending, setiap
pilihan jawapan mempengaruhi storyline dan jugak 64 stage mini-game Rapunzel
akan buatkan korang main game ni lebih dari 40 jam untuk dapatkan semuanye
walaupun main storyline hanya 10-15 jam bergantung pada skill korang main. Tak
lupa jugak mode Colosseum dan Babel yang akan buatkan korang main lebih lagi
dari 40 jam.
Pro
Graphic, Muzik,
Storyline, dan ending.
Cons
Satu je yang jadi masalah
untuk game ni ialah tak ada mode explore macam game persona. Jadi korang duduk
je la kat bar tu, minum, lepas tu balik dan jugak game ni sangat2 susah
walaupun korang dapat undo sampai 9 kali.
Summary
Setakat ni game
terbaik dari Team Persona dan Storyline game ni akan buatkan korang fikir
masak-masak sebelum buat keputusan. Aku bagi 9/10 markah untuk game ni dan aku
rekomen pada orang yang boleh berfikir secara matang sebab storyline game ni
yang padat tentang kisah perhubungan manusia mungkin tak sesuai untuk budak2
yang belum matang lagi.
Ok, sampai sini je
dan untuk post yang akan datang, aku ada review game farm simulation paling
best. Ape game tu?? Tunggu je la ye. Adios peeps.
lucky bastard. game jenis camni pun dapat layan, parents tak sesah ko ke layan game sx nih?? wakakaka
BalasPadamapapun mantop review.